Teringat puasa tahun lepas, sehari sebelum berakhirnya bulan - TopicsExpress



          

Teringat puasa tahun lepas, sehari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan ana langsung tak makan banyak masa tu. Yang ana makan dan minum cuma sikit sahaja seperti orang yang tiada selera makan. Keesokkan harinya, ana tak bangun sahur. Jamah sahur pun tak. Ana kuatkan diri juga untuk berpuasa walaupun seperti orang yang tidak bermaya. Tapi alhamdulillah, Allah berikan kekuatan kepada ana. Walaupun satu hari tak jamah makanan, ana bersyukur dapat habiskan puasa pada masa itu. Moga Ramadhan tahun ini ana dapat perbaiki segala amal ibadah kepada Allah. InshaAllah. Maafkan ana andai ada terkasar bahasa serta menguris hati semua pihak tak kira yang pernah mengenali ana secara alam realiti mahu pun alam maya. | Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan | ~ haziq ~
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 10:17:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015