Terkedu lihat majikan berdarah Nusajaya: Seorang pekerja salun - TopicsExpress



          

Terkedu lihat majikan berdarah Nusajaya: Seorang pekerja salun kecantikan terkedu selepas melihat majikannya terbaring berlumuran darah di lantai dengan kesan kelaran di leher, pergelangan tangan dan tikaman di perut di Jalan Indah 1/1 Taman Bukit Indah, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11.30 pagi, difahamkan pekerja sibuk melayan dua pelanggan lain di dalam bilik di salun itu sebelum terkejut melihat majikannya mati dalam keadaan mengerikan di dalam kedai. Pemeriksaan dijalankan mendapati mangsa, Amy Liew, 39, cedera di pergelangan tangan dan leher serta ditikam di perut, dipercayai diserang sepasang lelaki dan wanita yang berpura-pura datang ke premis sebagai pelanggan. Dalam kejadian itu, suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun dipercayai turut melarikan dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan wang disimpan di dalam laci premis. Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya Deputi Superintendan Razak Mad Said berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang pembantunya serta dua pelanggan lain sebelum pasangan itu memasuki salun kononnya untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Menurutnya, pembantu mangsa masuk ke bilik rawatan untuk melakukan proses mencantikkan kulit kepada dua pelanggan wanita dan meninggalkan majikannya bersama mereka. “Suspek memulakan perbualan dengan bertanya harga untuk mendapatkan rawatan kecantikan di salun itu, namun tidak lama kemudian berlaku pertengkaran antara mereka, menyebabkan pembantu premis keluar untuk melihat apa berlaku kerana keadaan tiba-tiba menjadi senyap. “Dia terkejut melihat majikannya terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di atas lantai. Wanita terbabit segera menghubungi polis,” katanya. Katanya, pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat cedera parah. Razak berkata, hasil maklumat awal, mangsa baru memulakan perniagaan itu sejak enam bulan lalu dan pihaknya tidak menolak kejadian berunsurkan samun berikutan beberapa alat hubungan, barangan elektronik dan sejumlah wang tunai dipercayai hasil bayaran pelanggan, dilarikan suspek. “Hasil siasatan awal, kami percaya suspek menggunakan pisau ketika mencederakan mangsa, namun pemeriksaan di dalam premis dan kawasan sekitarnya gagal menemui sebarang senjata untuk dikaitkan dengan pembunuhan itu. “Kami akan menjalankan siasatan rapi untuk mengetahui punca sebenar kejadian ini serta mengesan kedua-dua suspek yang melarikan diri sejurus kejadian,” katanya. Menurutnya, siasatan tetap dijalankan walaupun premis yang baru beroperasi itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sesiapa yang ada maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Fairoz Ithnin.HM
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 00:27:45 +0000

Trending Topics



t:30px;"> How is everyone today enjoyable to say the least i hope, now that
“Dzikir Cinta” ... Pramugari Dan Pak Tua

Recently Viewed Topics




© 2015