Tersebar melalui whatsapp gambar Pegawai Bank yang ditembak di - TopicsExpress



          

Tersebar melalui whatsapp gambar Pegawai Bank yang ditembak di wajahnya. Sekali lagi umat Islam kelihatan tidak menggunakan aqal ketika menyebarkannya. Sejak dahulu (ketika isu Nurin) saya telah menulis hukum MENYEBARKAN GAMBAR INI ADALAH HARAM, ia bukan sahaja melanggar OSA bahkan ia juga melanggar hukum Islam. Rujuk tulisan penuh di zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=613&Itemid=72 Secara ringkas ia adalah kerana sebab berikut :- 1) Ia tidak mendapat izin pihak keluarga Al-Marhumah. Sudah tentu tiada keluarga yang ingin disebarluaskan gambar jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia terutamanya jika ia dalam keadaan tidak menyenangkan. Justeru, ia dikira adalah hak peribadi yang bersifat persendirian atau ‘private and confidential. Hasilnya, penyebaran ini dikira membuka dan mendedahkan rahsia orang lain yang tidak diizinkan oleh Islam untuk dilakukan. Ia juga mencarikkan maruah al-marhumah dan keluarganya. Nabi s.a.w menyebut :- كل المسلم على المسلم حرام عرضه وماله ودمه Ertinya : Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya ( Riwayat Muslim, no 2564, 4/1986 ; At-Tirmizi, no 1927, 4/325 ; Tirmizi : Hasan Ghorib) -Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman-
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 10:39:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015