Terus Dapat Pelanggan Yang Membeli! Alhamdulillah, hari ini - TopicsExpress



          

Terus Dapat Pelanggan Yang Membeli! Alhamdulillah, hari ini minggu kedua (daripada 4 minggu; setiap Isnin 2pm-7pm) saya ajar peserta Jihad Facebook Advance, walaupun kurang sihat :) Selepas lebih kurang 30 minit saya mengajar teknik yang saya gunakan sekian lama berniaga melalui Facebook, syukur para peserta juga membuat DUIT terus! Wow! Alhamdulillah :) Syukurnya. Betul-betul teknik tersebut menjadi -- dengan izin Allah SWT :) Pengalaman saya - banyak trial & error. Bukan semudah mereka yang belajar dengan saya hari ini. Namun, saya ingin membantu dan hanya kongsikan cara yang boleh menjual dan menarik pelanggan :) Hepi sangat :) Ada dua lagi kelas untuk batch pertama ini. Isnin depan, dan Isnin depan-depan. InsyaAllah banyak lagi nak kongsi. Melalui Jihad Internet, saya akan sentiasa pastikan kelas yang saya buat adalah unik, dan BERKESAN. Salah satu yang unik adalah ia dibuat dalam grup kecil supaya mereka terus faham dan amal. Paling penting, apa yang saya kongsikan... semuanya saya dah buat dan sedang buat. Ibu saya selalu pesan.. Im kena ajar perkara yang Im tahu dan Im buat sahaja :) Pesanan ibu insyaAllah sentiasa jadi pedoman. Selain itu, saya turut sediakan makanan dan minuman sepanjang kelas supaya mereka tidak lapar dan tidak keluar daripada kelas.. hehe :)
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 13:23:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015