Tian Chua : Black505 Diteruskan Di Padang Merbok Parti Keadilan - TopicsExpress



          

Tian Chua : Black505 Diteruskan Di Padang Merbok Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan meneruskan himpinan Black 505 bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 penyertaan kehadiran ahli dari setiap negeri pada perhimpunan yang dijadualkan pada 22 Jun ini.“Ini berdasarkan tinjauan kita di ceramah-ceramah dalam siri jelajah Black 505 di seluruh negara sebulan selepas pilihan raya,” katanya yang dipetik dari portal keadilandaily.Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak meluluskan permohonan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok ekoran himpunan tersebut bakal mendatangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota.Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, PKR akan menggerakkan kesemua jentera cabang dan ranting parti untuk menghimpunkan rakyat di Padang Merbok.“Saya tidak fikir sukar untuk mencapai angka kehadiran tersebut kerana himpunan sama yang pernah dibuat di Kuantan pada 14 Mei lalu berjaya menghimpunkan lebih 30,000 rakyat untuk hadir membantah keputusan PRU," katanya.Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib, Padang Merbok terlalu dekat dengan pusat bandar dan akan mengundang kesukaran kepada pengguna jalan raya lain."Jalan-jalan terbabit termasuklah Jalan Kuching, Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Malah Jalan Parlimen merupakan laluan popular untuk aktiviti berbasikal dan program riadah lain," jelasnya.Tambah Phesal, himpunan tersebut walau bagaimanapun boleh dianjurkan di lokasi lain seperti Stadium Titiwangsa atau Stadium Merdeka sebagai alternatif.
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 05:42:12 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015