Tiga kontraktor disaman WARTAWAN SINAR HARIAN 1 Oktober 2013 - TopicsExpress



          

Tiga kontraktor disaman WARTAWAN SINAR HARIAN 1 Oktober 2013 HUTAN MELINTANG - Akibat menurap jalan sehingga menutup injap (valve) pili bomba di sini tanpa kebenaran, tiga kontraktor dikenakan tindakan tegas oleh Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rahmad Nazlan berkata, ketiga-tiga kontraktor tersebut dikenakan tindakan saman pada September lalu. Menurutnya, perbuatan kontraktor itu bukan sahaja menghalang kerja pemadaman api jika berlaku kebakaran malah salah di sisi undang-undang. “Tindakan itu juga, boleh memberikan ancaman kepada nyawa orang awam mahupun pekerja di dalam premis berhampiran. “Tindakan tegas diambil sebagai peringatan supaya tidak mengambil mudah aspek keselamatan,” katanya. Rahmad berkata, ketiga-tiga kontraktor itu disaman di bawah Akta 341 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan perlu menjelaskannya dalam tempoh 30 hari. Selain itu, katanya, bomba juga boleh mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik bangunan yang melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran pada pili bomba dengan menyimen sekitar kemudahan itu. “Tindakan tidak bertanggungjawab ini akan mengakibatkan kerja memadamkan api terganggu dan bomba akan sentiasa memantau aspek keselamatan di kawasan seliaan masing-masing,” katanya.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 03:51:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015