Tikam ibu saudara JEMPOL - Ibu kepada dua cahaya mata cedera parah - TopicsExpress



          

Tikam ibu saudara JEMPOL - Ibu kepada dua cahaya mata cedera parah di bahagian belakang badan setelah ditikam anak saudaranya yang kurang siuman di kediamannya berhampiran Pekan Bahau awal pagi, semalam. Bapa suspek yang enggan dikenali bagaimanapun tidak menyangka anaknya berusia 27 itu bertindak sedemikian terhadap wanita berusia 44 tahun itu. Menurut bapa suspek yang berusia 58 tahun itu, dia menyedari anaknya keluar rumah ketika bangun pada jam 6 pagi untuk menunaikan solat Subuh. Katanya, ketika itu, dia terdengar bunyi enjin motosikalnya dihidupkan dan kebiasaan anaknya akan keluar awal pagi untuk membeli sarapan di kedai berhampiran. "Namun selang beberapa minit abang ipar saya yang tinggal di belakang rumah datang memaklumkan anak saya menikam ibu saudaranya di bahagian belakang, namun senjata apa digunakan saya tidak pasti. "Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati belakang badan kakak ipar saya berlumuran darah. Saya terus menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah (HTAN)," katanya. Menurutnya, keadaan kakak iparnya itu stabil dan dimaklumkan berada dalam bilik bedah tengah hari semalam. Katanya, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Bahau pada jam 8.40 pagi. Ketika mengulas lanjut perwatakan anaknya itu, dia memaklumkan anaknya tidak sempat mengambil peperiksaan akhir semasa menuntut di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Kedah akibat sakit antara tahun 2006-2007. “Perwatakan dia kadangkala riang, suka ketawa, kemudian pendiam, begitulah dia. Dia pernah menjadi pelajar terbaik ketika belajar di sebuah Kolej dekat sini, sebelum melanjutkan pelajaran di Politeknik," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan, Tukiman Seriman yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menahan suspek lebih kurang jam 4.15 petang semalam, di sebuah rumah di Felda Raja Alias Dua.
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 10:10:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015