Tingkatkan semangat patriotisme sepanjang bulan kemerdekaan - TopicsExpress



          

Tingkatkan semangat patriotisme sepanjang bulan kemerdekaan PONTIAN 22 Ogos - Orang ramai disaran menjadikan Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun bagi meningkatkan semangat patriotisme tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya. Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon berkata, semangat itu boleh diterjemahkan dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis awam, perniagaan, kediaman dan kenderaan. Beliau berkata, sebagai rakyat yang cinta dan sayangkan negara, masyarakat seharusnya mengambil bahagian menjayakan sambutan tersebut walaupun di mana sahaja mereka berada sama ada di bandar atau luar bandar. Menurutnya, bagi generasi muda pula, kedatangan bulan Ogos merupakan permulaan yang baik bagi mereka untuk menghayati erti kemerdekaan yang telah dilakar oleh para pemimpin negara sebelum ini. "Marilah kita menunjukkan perasaan sayang kepada negara yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan serta pembangunan negara sejak mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu," katanya semasa melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Pontian 2013 di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Pontian, Abdul Rahman Salleh; Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok. Pada majlis tersebut, Muji turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada ketua jabatan dan agensi kerajaan, mukim dan kampung-kampung. "Seharusnya semua pihak merasa teruja untuk sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan dengan memberikan sokongan bagi menjayakan program sambutan di tempat masing-masing," katanya sambil mengingatkan supaya bendera yang dipasang di premis masing-masing mestilah berada dalam keadaan baik serta tidak koyak bagi menggambarkan perasaan hormat dan bangga terhadap Jalur Gemilang. Beliau berkata, rakyat tidak harus menunggu pemberian Jalur Gemilang percuma daripada mana-mana pihak kerana sehelai bendera itu tidak membebankan berbanding kemewahan hidup pada hari ini. "Apalah nak dibandingkan dengan harga sehelai Jalur Gemilang untuk dipasang di premis perniagaan, rumah mahupun kenderaan sebagai tanda kecintaan kita kepada negara yang bertuah ini," katanya.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 22:56:05 +0000

Trending Topics



style="min-height:30px;">
"Assalamualaikum"" ***CLEARANCE SALES** view my album less
Father, we can live in such a way that our limitations define us
The LORD shall cause thine enemies that rise up against thee to be
Eu avisei que a equipe ritmo total surpreenderia vcs, ADRIANO PAZ

Recently Viewed Topics




© 2015