Tips Pembelian iPhone Secondhand terbaik Salam semua mesti ramai - TopicsExpress



          

Tips Pembelian iPhone Secondhand terbaik Salam semua mesti ramai dok tunggu aku nak update apa lepas ni.Menulis ni kadang kena banyak idea,ilmu dan pengalaman sebenarnya.Dan yang paling adalah Rajin.Boleh tiap-tiap hari update tapi Copy paste la.Dan curi artikel orang lain.Tapi aku malas nak buat macam tu sebab tak semestinya artikel yang kita ambil tu betul je semuanya.Ok la nak cerita la sedikit ni ikut pengalaman aku la.Bukan Pengalaman orang lain ye.Harini nak cerita Tips nak beli iPhone ni sebab aku rasa iPhone ni susah sikit nak cek dari Blackberry.So kita mulakan Pertama pastikan korang deal orang tu kat shopping complex ke kedai makan ke.Yang banyak orang la.Jangan sesekali pergi ke stesen minyak sebab ni lah selaluya jadi penipuan.Sebab di Stesen Minyak pada waktu malam tak berapa nampak sangat condition iPhone itu sendiri.Tapi kalau siang kat mana-mana boleh jumpa. Kedua better korang duduk dan ajak penjual tu minum.Kalau dia bawa kereta dan kalau dia takmo turun adalah something wrong somewhere tu.Maksud adalah benda tak kena dengan iPhone tu so be careful ok. Ketiga Ingat Jangan Pikir orang Melayu Takde tipu dan dok kata orang cina je menipu hakikat adalah sama ye. Keempat Janganlah korang dok tergoda dengan harga murah sangat sebab murah ni selalunya ada udang di sebalik Mee ye.Melainkan murah RM50 ke RM100 takdehal.Yang Jadi masalah bila iphone yang dijual 1300 jadi RM800 or RM900.Selalunya orang Melayu la jadi mangsa ditipu.Nampak je kat Mudah murah terus call nak jumpa. Kelima Jangan la percaya kat mudah bulat-bulat.Sebab yang banyak scammer adalah di Mudah.my.Kalau korang report kat Mudah dia orang tak pernah amik tindakan.Buat penat je report di Mudah.my. Keenam Selalunya kalau orang jual handphone yang semi faulty dengan harga yang lebih murah.Jika korang tak ada kepakaran jangan beli.Dia kata Mic tapi rupenya rosak adalah motherboard.Jangan pandai-pandai ye. Alkisah macam ni adalah sorang mamat ni jual harga murah di Mudah.my kerana semi faulty.lepas tu pembeli ni mesej dan tanya dia kata rosak hanya Mic je yang lain ok.lepas tu pergi lah deal.Cek-cek tengok kat handsfree sticker warna putih dan cek tempat charging warna merah.tapi sebab tak berapa nampak ingat sticker so xpelah.Tanya dia masuk air ke tak dia kata tak.Konon-konon pergi amik torchlight macam tak tau apa-apa!macam bodoh!Siap recommend kawan lagi boleh betulkan.Mula-mula dia kata kawan dia punya phone.Pastu dia kata dia pakai.Kalau kawan pakai maksud takkan kawan nak tipu kawan.Dan lepas tu tu mamat ni pakai. Malam tu dia cerita la kawan kedai dia bukak dah cek suma bersih takde apa masalah kira mic je rosak.SO takpela buyer pon beli la handphone dia malam tu dan esok pergi la ke lowyat.Satu kedai ni cekkemungkinan kata Mic.So dia bukak dia bagitau buyer handphone ni pernah orang bukak dan bukan problem Mic tapi motherboard so kena dalam empat ratus lebih kalau nak baiki.So ati buyer panas dan terus telefon.Dia tak angkat call.So terpaksa mesej mintak angkat call.Dia angkat call.Dia siap kata duit da buat minum n clubbing.So tinggal setegah mintak refund dia kata tak memang takde duit.Dia kata try pegi kedai kawan or cek kedai lain kat tingkat pertama.So cek la henpon tu kat kedai lain.Dekat 1jam tunggu kedai kata tu bukan masalah MIC tapi iPhone ni masalah motherboard.Dan iphone ni banyak kali repair rupanya. Telefon kali kedua dia takmo bagi duit tu.Dan dia kata memang tak tahu apa-apa pasal iphone.Dia pakai elok je.Sedangkan malam tu dia suruh kawan cek siap bukak takkan kawan bangang sangat bukak iphone watpe klau tak reti tengok rosak.So memang buyer bawa nak report polis jela.Then telefon abang buyer yang memang polis untuk mintak pandangan dan guide.Teladan Jangan pikir melayu sama melayu takleh tipu.Dia memang niat menipu sebab takkan kawan dia check tak tau masalah phone.dan malam tu dia kata kawan di tengok memang hp ok takde masalah.Nasib guna iphone boleh print skrin apa benda bukti semua mesej dan segalanya.Ni kat bawah adalah salah satu iklan penjual. Ok ni adalah part-part nak tengok condition HPFirst sebelum deal tanya local set atau oversea set.Sebab kalau local set memang datang dari Malaysia.So tak payah lah susah-susah pikir.Sebab set Malaysia boleh masuk mana-mana Simkad.Kalau overse set kebanyakan locked so kena menggunakan Gevey Sim.Gevey Sim ni untuk unlocked simkad supaya bila guna simkad Malaysia dia boleh baca.Dan tak semua iphone oversea set yang unlocked boleh guna gevey sim ni.Sebab bila terupdate baseband iphone memang masuk apa-apa simkad tak bolehlah.Contoh bila unlocked set baseband. Kedua sila tengok condition dulu da scratch ke tak.Ada setengah pembeli tak kisah dengan condition asalkan semua ok tak rosak dan boleh dipakai sampai bila-bila.Ketiga nak tau local set atau oversea set senang tengok pada charger dia.Selalunya oversea set ni plug dia 2 pin je.Macam local set plug dia 3 pin.kat bawah boleh tengok kalau local set dari maxis ke celcom ke atau digi.Gambar Keempat kalau malaysia mesti MY kalau bukan MY adalah negera lain la. Kelima tengok IOS ye IOS 5.1 adalah latest buat masa ni tapi kalau yang kaki Jailbreak jangan update lagi IOS 5.1 ni sebab jailbreak untuk IOS ini hanya ada tethered baru.Yang Untethered hanya ada pada IOS 5.01 ye.Beza Tethered dan untethered ni adalah tethered ni kalau korang install pada iphone korang,bila hp korang mati pasal habis bateri korang kena onkan dia guna itunes.Kalau yang untethered tak payah.Kalau hp mati on je macam biasa Keenam korang kena tengok ada tak iTunes kat iphone tu.Sebab Kalau takde iTunes means tak ori la kebanyakan China set. Dan Ketujuh iphone jenis lama semua menggunakan sim biasa je.Dan iPhone 4 ke atas menggunakan Micro sim contoh mcam kat bawah ye.Dan bukan menggunakan dual SIM atau memory card. kelapan sila tengok Home Button ok ke tak.Selalunya memang iPhone ni masalah dengan Home button yang cepat rosak.Kalau kena tekan kuat tu maksud memang rosak atau nak rosak.kalau ada yang tak tau home button apa ni dia kesembilan ni adalah yang sangat-sangat penting Tentang nak cek masuk air ke tak.Untuk melihat iphone masuk air ke tak sila bawa torch light korang walau dalam keadaan siang terang benderang.bawak yang kecik je tapi boleh suluh yang letak kat kunci.Dan bawaklah benda halus macam jarum mana tau benda tu tertutup dengan habuk.So korang guna la tuk buang habuk kat tempat charging iPhone ye.Dekat iphone ni ada 2 tempat yang perlu korang cek satu kat tempat cucuk handsfree satu lagi tempat charging iphone.Contoh macam kat bawah.Kalau tak masuk air dia adalah warna putih.Kalau masuk air dia berwarna merah. Kesepuluh Lihat skrin bila korang touch menu dia rasa susah ke tak nak slide.Sebab kalau iPhone china memang tak smooth la kata orang.dan memang lambat tahap gaban.Kalau iPhone memang smooth lebih dari samsung s2 ye. Kesebelas Sila cek sound contoh macam button volume kat tepi dan try buka pada setting ringtone iPhone berbunyi ke tak dan kamera pastikan masa tangkap setting pada ON jangan Auto ye.Sebab bila cahaya siang kita akan dapat lihat bila setting Pada On ni gambar akan jadi brightness sangat.Kira tak gambar yang nak keputih.Ar tu pon boleh jadi masalah.Sebab tu better COD bila siang tak galak la MALAM. Keduabelas ye lupa tadi kalau iPhone ni memakai screen protector ke 100 pon pastikan kalau korang yang jenis banyak songeh bukak SP tu untuk pastikan dia tak calar.Kalau calar korang takleh marah buyer pon sebab tu salah korang tak cek benda nampak luaran.Tapi sebelum bukak SP ni tanya dulu ada calar ke tak.takpe tanya berapa kali pon.Sebab ni adalah terakhir untuk pastikan tak ada calr ye sebelum beli.Jangan kalau Taknak beli korang pandai-pandai bukak SP iPhone dia mahu korang kena terajang. Ketigabelas ni memang salah selalunya bila orang melayu deal dengan orang melayu tak cek boleh call ke tak.Sebelum nak beli iPhone pastikan korang ada Micro sim sebab kadang penjual takde micro sim sebab dah tukar simkad ke apa.cek boleh call ke tak ye.Takut Speaker atau mic rosak.dan call la sesiapa.try la browser search semua. Keempat belas sila check serial number sama tak dengan kotak.Untuk check semua ni pergi ke setting pastu general pastu about dan akan jumpa la benda ni.Boleh tengok gambar keempat.
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 12:04:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015