Tips4Bahagia : Satu ilmu yang saya pelajari beberapa minggu lepas - TopicsExpress



          

Tips4Bahagia : Satu ilmu yang saya pelajari beberapa minggu lepas yang kita boleh belajar gunakan seolah-olah seperti "berpuasa" untuk meningkatkan ketenangan di dalam diri kerana ketenangan adalah satu kekayaan. Antaranya adalah:- 1. Belajar diam. 2. Jangan komen. 3. Jangan menghukum/ menilai. 4. Jangan emotional. 5. Menjadi observer (Pemerhati) yang tenang. 6. Submit semua rasa dan fikiran kepada Allah swt. 7. Terus bernafas dengan tenang. 8. Banyakkan berselawat dan bersyukur 9. Melihat setiap orang sebagai pembawa "watak" mereka sendiri dan anda boleh pilih watak anda.. 10. Semua perkara di dalam dunia dalaman diri adalah lebih penting kerana ketenangan adalah satu pilihan di dalam diri dan boleh dibawa ke luar diri. Kita boleh kawal apa yang ada di dalam diri kita. Setiap apa yang kita FIKIR,RASA, CAKAP dan BUAT adalah pilihan kita. Ia hanyalah alat sepertimana anggota badan kita yang lain seperti kaki, tangan dan kepala. Semua di dunia luar kita hanyalah ilusi yang boleh dinikmati tanpa perlu dikeji. Tidak bergerak setiap satu zarah melainkan dengan izin Allah swt dan setiap yang digerakkan pasti ada sebab dan hikmah! Tak faham tak pe. Belajar perlahan-lahan, subjek ni tak diajar di sekolah.Subjek : Kenal Diri ... Kenal Allah.
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 22:04:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015