Topik Jumaat IKIM.FM (Nota),19/7/13 by Ustaz Zaharuddin Abdul - TopicsExpress



          

Topik Jumaat IKIM.FM (Nota),19/7/13 by Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman: 1. Rasulullah SAW bersabda: Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka, kenalah banyak2 sedekah untuk selamatkan dari api neraka. Kebanyakan ulama menyebutkan sedekah yang dimaksudkan adalah sedekah harta. Fikirlah sedekah yang jariah. Pilihlah tempat sedekah. Contoh: Sedekah kepada Maahad Taafiz yang memang kita tahu hafiz/ hafizah di situ akan guna sehabis2nya. 2. Zakat fitrah boleh dibayar di tempat yang lebih memerlukan. Contoh, orang Malaysia yang berada di Indonesia, boleh bayar di Indonesia. Nak bayar di Malaysia pun boleh. Untuk ditimbang sendiri. 3. Sedekah: Kalau takde duit untuk sedekah, then buatla benda yang baik atau sebarkan kalam yang baik. Bacalah 33kali Subahanallah.. Walhamdulillah..Walailaha illallah wallahu akbar setiap kali lepas solat. 4. Jika orang yang sudah meninggal dunia kita syaki tak bayar zakat perniagaan/ pendapatan/ harta/ emas dan zakat2 lain. Sebaiknya, kalau si mati ada lagi wang peninggalan, guna wang tersebut untuk lunaskan hutang zakat itu. Kalau takde wang peninggalan, guna wang sendiri untuk bantu lunaskan zakat tersebut. 5. Kajilah dengan sebaiknya ke mana sedekah nak disalurkan. 6. Bila sudah sedekah, jangan batalkan sedekah itu dengan mengungkit2 apatah lagi ungkit2 yang menyakitkan. Habis pahala sedekah. Even jangan ungkit dalam pemikiran (example: Bila dah sedekah RM50, dok ungkit dalam fikiran "Eh, RM50 tu patutnya boleh beli beras 10kg, ruginya aku")..JANGAN! 7. Jauhilah perasaan riak.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 02:09:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015