Tuan/ Puan MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MENGISI TABUNG - TopicsExpress



          

Tuan/ Puan MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MENGISI TABUNG PEMBANGUNAN SURAU DIRI JUMAAT HIDAYATUL ISLAMIAH. Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 2. Merujuk kepada perkara diatas, kami Ahli Jawatankuasa Kariah Surau Diri Jumaat Hidayatul Islamiah, Sri Taman Cicely dengan rendah diri memohon jasa baik Tuan/ Puan, sudi apalah kiranya menghulurkan Infaq fisabilillah serta Sumbangan Ikhlas untuk mengisi Tabung Pembangunan Surau Diri Jumaat ini serta turut membantu membiayai beberapa cadangan menaik taraf, baikpulih dan penyelenggaraan pembaikan dibeberapa bahagian bangunan Surau ini yang telah uzur serta agak sekian lama tidak diperbaiki demi memberi keselesaan para Ahli Jemaah/ Ahli Kariah Muslimin dan Muslimat beribadat disamping memberi keceriaan pada Surau ini . 3. Sehubungan dengan itu juga, pihak Ahli Jawatankuasa Surau Diri Jumaat Hidayatul Islamiah, Taman Cicely sedang berusaha melakukan kutipan sumbangan ikhlas tersebut serta mengharapkan Tuan/ Puan untuk turut bersama mengambil inisiatif membantu bagi menjayakan perkara tersebut. 4. Untuk tujuan tersebut Sumbangan ikhlas Tuan/ Puan bolehlah disalurkan atau diserahkan terus kepada; BENDAHARI, SURAU DIRI JUMAAT HIDAYATUL ISLAMIAH. ENCIK ABDUL SAKOR BIN BABOK - No. TELEFON: 019 -5599403 atau ke Akaun: BANK ISLAM MALAYSIA BHD (BIMB) CAWANGAN TELUK INTAN No. Akaun: 08031010038039 atas Nama: MADRASAH HIDAYATUL ISLAMIAH 5. Bersama ini disertakan Borang Jawapan untuk maklumat penerimaan sumbangan tersebut 6. Besarlah harapan kami, sudi sekiranya permohonan kami ini mendapat perhatian dan sokongan jitu dari Tuan/ Puan, dan semoga segala bentuk kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh Tuan/ Puan kami dahului dengan ucapan "jazakumullah hu khairan jaza" dan merakamkan penghargaan terima kasih. . YA ALLAH……… Kami mohon dan merayu "Mudahkanlah bagi kami segala urusan kami, janganlah Engkau susahkan atas kami Wahai Tuhan sempurnakan bagi kami dengan kebajikan”. Sabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang membina masjid kecil atau besar kerana Allah, nescaya Allah SWT membina baginya sebuah istana di dalam syurga." ( Hadith Riwayat al Tirmizi). Sekian, terima kasih Yang benar, Disah dan disokong oleh ………………………………. ………………………………. ( Abdul Sakor bin Babok) ( Haji Mohd Taib bin Ibrahim ) Untuk makluman Tuan/ Puan, diantara beberapa cadangan serta rancangan untuk dinaiktaraf serta baikpulih bagi penambahbaikan yang akan memberi manafa’at adalah saperti berikut; 1. Menaik taraf lantai serta memasang jubin untuk Dewan Muslimat. Status: Dalam perlaksanaan. - Catatan: Jubin dibiayai oleh Para Muslimat 2. Membina tandas baru bagi mengganti tandas lama yang lebih sesuai. 3. Menaik taraf lantai ruang beranda surau serta menambah ruang untuk para pelawat bersolat termasuk penambahan ‘Awning’ 4. Menaiktaraf lantai belakang bangunan Surau serta membekal dan memasang jubin.. 5. Menambak Pasir dan Batu ‘Crusher Run’ di kawasan Surau 6. Membina tempat letak kenderaan (Motorsikal) . 7. Membaiki kolah yang bocor serta membekal dan memasang jubin. 8. Membina pejabat dan setor. 9. Mengubahsuai bilik persalinan muslimat. 10. Mengubahsuai bilik Imam dan Bilal 11.. Mengganti Sistem Siaraya baru bagi mengganti sistem lama yang sering rosak. 12. Mengecat keseluruhan luar dan dalam * Catatan: Segala cadangan serta perancangan diatas akan dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan yang akan diterima. Sila layari laman FB: facebook/pages/Surau-Diri-Jumaat-Hidayatul-Islamiah/283220705071638 Email : suraudirijumaat@yahoo BORANG JAWAPAN SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN SURAU DIRI JUMAAT HIDAYATUL ISLAMIAH SRI TAMAN CICELY, TELUK INTAN, PERAK. PENGERUSI/ BENDAHARI, Surau Diri Jumaat Hidayatul Islamiah, Sri Taman Cicely, d/a Lot No. 10938, Lorong M1/27, 36000, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. No. Tel: 016-5644160 (PENGERUSI), 019-5599403 (BENDAHARI), No.Fax. 05-6213279 Tuan, Adalah *Saya / Kami dengan ikhlas menyalurkan Sumbangan ke Tabung Pembangunan Surau Diri Jumaat seperti butir-butir berikut:- i. Nama Individu/ Organisasi/ Kumpulan:..…………………………………………….. ii. Alamat :…………………………………………………………… ……………………………………………………………. iii. No.Telefon : ……………………………… iv. Sumbangan diserahkan melalui/ sila tandakan ( √ ) :- ( ) Tunai : RM : …………………( ) Cek : RM :…………………….. ( ) Bank in **Tunai / Cek ke akaun ‘MADRASAH HIDAYATUL ISLAMIAH’ BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – ( BIMB ), CAWANGAN TELUK INTAN No. Akaun: 08031010038039 RM:……………………….. ( ) Melalui Pos Cek : RM :……………………. kepada Nama dan Alamat saperti diatas. Tandatangan : ……………………………………… Cop Rasmi :(jika ada) Tarikh : …………………………………….. **Potong mana-mana yang tidak berkenaan Keratan di simpan oleh penyumbang-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AKUAN PENERIMAAN SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN SURAU DIRI JUMAAT, HIDAYATUL ISLAMIAH. Di terima Sumbangan daripada Tuan/ Puan……………………………………………………. Sebanyak RM:………………….............Tunai/ Cek No:………………………………………. Tandatangan Pengerusi atau Bendahari: ……………………………………
Posted on: Thu, 13 Jun 2013 16:10:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015