Tulis Buku | Tahun 2010, buku hasil karya saya sendiri yang - TopicsExpress



          

Tulis Buku | Tahun 2010, buku hasil karya saya sendiri yang pertama muncul di pasaran. Buku Buat Duit dengan Baiki handphone adalah buku dalam bidang bisnes/teknologi. Seterusnya, pada 2011, buku kedua saya pula terbit dalam bidang bisnes/teknologi/kanak-kanak iaitu Ustaz Handphone. Pada tahun yang sama, buku Kembara Lima Putera : Mencari Pohon Emas hasil tulisan bersama rakan-rakan penulis, Tuan Zamri Mohamad, Tuan Haeqal Zulqarnain, Tuan Zahiruddin Zabidi dan Tuan Syarafuddin Sulaiman pula diterbitkan dalam bidang sastera kanak-kanak. Pada tahun 2012 dan 2013, nampaknya tidak ada buku saya yang terbit, melainkan hanya hasil tangan editing sahaja. Semasa bertugas sebagai editor di Mazni Irfan Publication, saya tidak sempat menukang buku sendiri. Saya tidak sehebat Tuan Bahruddin Bekri dan Puan Husna Adnan berjaya menulis buku sendiri meskipun sibuk menukang buku orang. Saya terfikir membuat sequel Ustaz Handphone, namun, sekarang saya tidak lagi berada dalam bidang baikpulih handphone. Ataupun agaknya kerana banyak genre yang saya ceburi, dan salah satunya adalah teknologi yang sangat cepat berubah, maka cara penulisan buku pun harus pantas dan berubah. Tahun ini, saya menceburi bidang baru sebagai ghost writer. Juga akan berkolaborasi dengan ahli Tim Pengkaji Hadith Psikologi bagi menulis beberapa buku berkaitan. Mohon doa sahabat-sahabat yang baik. Sudah lama tidak menulis...Rindu.... p/s : Terkenangkan Allahyarhamhuma Tuan Adlie Syamsudin Samsudin dan Tuan Imran Yusuf, dua mentor penulisan/terjemahan yang sangat baik. Kami pernah bercita-cita menterjemahkan Quran dalam bahasa Inggeris. Kini tinggal saya seorang.
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 00:55:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015