TİPS BAGAİMANA UTK TİDAK TERTİPU DGN MAKLUMAT YG - TopicsExpress



          

TİPS BAGAİMANA UTK TİDAK TERTİPU DGN MAKLUMAT YG DİSAMPAİKAN? Mudah. Tidak susah. Anda perlu bijak menerima setiap maklumat yang sampai kepada anda. Maklumat yang sampai itu pula harus dipadankan dengan maklumat lain yang boleh menerangkan keadaan sebenar. Maklumat lain itu boleh la jadi maklumat luar yang mungkin boleh terdiri daripada contoh-contoh dari luar negara yang menjelaskan kenapa sesuatu perkara itu berlaku di negara mereka dan keadaan itu mungkin sekali sama atau hampir sama dengan perkara yang sedang berlaku di negara kita. Ia akan membuka ruang kepada kita untuk berfikir bahawa realiti kita hidup di dunia yang mempunyai banyak negara, kita bukan hidup di sebuah planet terpencil yang bernama Malaysia dan dihuni oleh kita sahaja. Jadikan maklumat-maklumat dr luar reference utk anda mengenalpasti kesahihan sesuatu maklumat dan ape game disebalik maklumat itu..
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 20:14:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015