UKHWAH FILLAH Ukhwah ini umpama tasbih Punya awal namun tiada - TopicsExpress



          

UKHWAH FILLAH Ukhwah ini umpama tasbih Punya awal namun tiada akhirnya Andai tasbih ini berhenti Rasa cinta dan mahabbah di hati Sentiasa membara di dalam diri Yakin dan pasti… Sedikit masa nanti… kita akan mengulangi tasbih ini kembali Kerana cinta yang tertanam sentiasa bersemi Kerana tasbih ini tautannya cinta Rabbi Kerana kasih ini sentuhannya rahmat Ilahi Zat yang sempurna kekal abadi Untaian tasbih ini untuk mengingati-Nya Diulang dan diratib demi meraih redha-Nya Seakan ukhwah bertemu dan berpisah Hanya untuk menyemai cinta di hati Agar gelap pada pandangan cinta dunia Jelas pandangannya pada nafsu yang sering berkuasa Sungguh ukhwah ini bukan sekadar nama Akan hidup dan mati hingga ke hujung nyawa Saling memerlukan sesama kita Kerana fitrah kita tiada sempurna “Nasihat-menasihati sesama manusia” Suruhan Ilahi muhasabah jiwa Bimbinglah diri agar tasbih ini kekal di hati Jangan biar ia sunyi dan sepi Bawalah diri mengingati Rabbi Bawalah hati saling mencintai Ketika uhkwah ini bertasbih Cahaya petunjuk memancarkan seri Dalam hidayah kasih bersemi Sedar kita adalah bersaudara Berpisah di dunia untuk bertemu semula Sesungguhnya dunia itu ladang meraih taqwa Moga bertemu meraih jannah
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 20:41:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015