USTAZ2 BREAKDANCING AT MURSHID/K-FIQH ! Ramai yg tanya saya - TopicsExpress



          

USTAZ2 BREAKDANCING AT MURSHID/K-FIQH ! Ramai yg tanya saya mengapa saya memilih utk bergiat dlm MURSHID/K-FIQH. Dalam majlis aprisiasi semalam, keynotes address Master Mindnya Dr.Zaharudin telah menjelaskan halatujunya yg begitu futuristic. Kata beliau, keunikan MURSHID/K-FIQH ialah asatizah/du’at utamanya terdiri dari yg giat dalam BN, PAS atau PKR. Bila saya duduk dalam berdiskusi dgn majlis tertinggi Murshid/K-Fiqh, khilaf politik bukan sekadar penuh adab dan inspirational tetapi adalah begitu critical dan intellectual. Setiap ahli majlis tertinggi yg datang dari pelbagai parti politik meletakkan ISTINBAT HUKUM atas partinya sendiri. Tak wujud taksub “LAA ILAAHA ILLA PARTIKU”! THIS IS MUSLIM UNITY IN DISAGREEMENT! Sambil saya merenung ucapan Dr.Zaharudin yg santai, lawak tapi serius, teringat bila Ustaz Maszlee mula2 jemput saya ke liqa pertama team K-Fiqh. “Ustaz, are you sure you nak invite I join team ‘USTAZ’? Haiyaa! I tak pakai kopiah, serban dan jubah dan kapla hotak saya majnun jiddan jiddan! Nanti rosak KETSIQOHAN para asatizah. Lagipun SAYA BUKAN USTAZ! I ni “breakdancer”! Habis budaya saya break!” “Xifu, Dr.Zaharudin itu mcm saya juga: campuran darah Cina-Melayulah.” “Wah, ini mcm aah. Boleh lah gi SATU kali.” So, liqa I gi kali pertama ialah di Bangi waktu malam. Liqa ini dah berjalan lama sebelum ini. Bila I sampai …..ALAMAK, SEMUA DRESS UP CAM NAK BUAT REVOLUSI PAKAI KOPIAH. ADA YG PEGANG KITAB. I plak pegang buku Karl Popper, ikon falsafah liberal Yahudi! Biar betul malam ini. Tak salah venue kot saya! Tetapi Dr.Zaharudin adalah seorang yg peramah dan cepat mesra. Tak ada protokol. Maybe krn ada darah kiasu kot. Bila mula liqa, setiap ustaz bercakap ttg research dlm bidangnya. Bidang hadis, usuluddin, tafsir, usulul fiqh dan …..hati saya bisik, “Bidang breakdance ada ke?” Saya dgn nakal terbayang setiap ustaz malam ini, termasuk NED ZAM (ustaz Nidzam), MZ LEE (Maszlee), Z-DENT (Zaharudin), RAMBO (Ramadhan Fitri), B-BOY (Basit), LORD ZFL (Zulkifli Bakri) menari breakdance! Imaginasi ini menghilangkan gemuruh dalam diri saya dalam majlis yg begitu ‘malaikat’ ini ….tersentak saya bila tiba2 Dr.Zaharudin tanya, “Apa pendapat Xifu?” “Saya?” Lesap imaginasi nakal saya tadi. “Silakan!” “Rasanyaa……saya tak setuju …..TAK SETUJU! …Boleh ke?” Ini adalah permulaan diskusi yg critical dan intellectual bersama ustaz2 yg saya amat hormati, yg saya dgn nakalnya telah bayangkan semua sebagai breakdancers dalam imaginasi saya: ada yg tgh freeze, jackhammers, handhops, windmills, poppin etc! Ini adalah permulaan persahabatan yg begitu inspire saya dalam dakwah. Ini adalah permulaan journey yg baru towards PARADIGM SHIFT dalam dunia ustaz2 yg berusaha utk TIDAK SETUJU dgn budaya taksub-mediocre ustaz dan budaya liberal. I LEARNT A LOT, CHANGE A LOT WITH MURSHID/K-FIQH. “Kita bersama menuju INDEPENDENCE sebagai satu entiti yg self-sustaining dgn business yg kita bina supaya kita tidak bergantung kpd satu pihak, supaya kita tidak taksub kpd satu cara pemikiran.” Kata Dr.Zaharudin dgn penuh azam dan tegas sambil tersenyum dalam keynotenya. Perkataan ‘independence’ ……. very kiasu. Ini bukan team konservatif ‘ballet’ dancers. Ini squad USTAZ-BREAKERS! LET’S BREAK! Saya tak salah venue! XIFU NASER AL-MAJNUN fb: xifu naser II (PERNAH JADI JUARA BREAKDANCE BERKUMPULAN MSIA 1983/ NAIB JUARA PERAK SOLO 1983)
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 01:08:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015