Ucapan Perbahasan Menjunjung Kasih Titah DYMMTuanku Sultan Johor - TopicsExpress



          

Ucapan Perbahasan Menjunjung Kasih Titah DYMMTuanku Sultan Johor oleh YB. Tan Chen Choon, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Bagi Kawasan Jementah Pada Mesyuarat DUN Persidangan Pertama Penggal Yang Ke 13 yang diadakan daripada 19.08.2013 sehingga 22.08.2013 YB Dato Speaker, Jementah ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Speaker kerana sudi memberi peluang kepada Jementah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah DYMM Tuanku. YB Dato Speaker, Jementah juga ingin merakamkan setinggi-tingginya perhargaan saya kepada DYMM Tuanku yang telah memberi ucapan titah pada persidangan pertama DUN penggal yang ke 13 yang diadakan pada 15hb Ogos 2013. YB Dato Speaker Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi Kawasan Jementah yang telah memberi mandat kepada Jementah pada pilihanraya ke13 yang lalu untuk mewakil mereka dalam dewan yang mulia ini. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada Jementah dan misi , visi perjuangan parti DAP dalam Negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi. Saya akan menjalankan tanggungjawab saya dengan ikhlas, jujur dan sedia berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat kawasan DUN Jementah dalam tempoh masa menjadi wakil rakyat mereka. PERPADUAN YB Dato Speaker, Sejak Kemerdekaan, komposisi rakyat Negara kita adalah terdiri daripada lapisan masyarakat yang berbilang kaum, berbeza dari segi agama, budaya, adat dan bentuk cara hidup. Kita harus faham ini adalah satu kelebihan dan bukan satu kekurangan kepada Negara kita. Hak-hak rakyat yang berbilang kaum ini telah termaktub dalam perlembagaan kita, ia dipeliharai dan harus dihormati dan tidak dipertikaikan kecuali hasrat rakyat telah berubah dan berharap untuk membuat pemindaan terhadap perlembagaan. YB Dato Speaker, Memang tidak boleh dinafikan bahawa Kerajaan selama ini mengamalkan polisi yang sentiasa menjalankan usaha dan rancangan untuk memupuk perpaduan supaya perpaduan yang lebih erat antara kaum di Negara kita bertambah baik. Akan tetapi, apa yang kita lihat hakikatnya ialah polarisasi antara kaum di negara kita semakin hari semakin serius. Mengapakan apa yang diusahakan oleh pihak Kerajaan selama ini tidak menepati sasaran perpaduan malahan semakin seriusnya polarisasi antara kaum ? Bukankah ini menyatakan bahawa pihak kerajaan harus mengkaji semula polisinya dan juga aspek perancangan dan pelaksanaannya ? Dan juga mengambil tindakan terhadap puak-puak estremis yang cuba membangkitkan isu perkauman atau agama untuk kepentingan politik peribadi dan parti-parti tertentu ? YB Dato Speaker, Apakah yang perlu dibuat untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ? Jementah percaya nilai-nilai teras seperti yang berikut adalah amat penting : Hormat-menghormati antara satu sama lain dari segi agama, bahasa, budaya dan bentuk cara hidup ; Menjaga hak asasi manusia setiap warga rakyat ; Melaksanakan dasar tindakan afirmatif berdasarkan kepada sosial ekonomi dan keperluan rakyat ; Adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira latarbelakang mereka ; Peka terhadap adat dan kontradikasi antara antara kaum. Jangan ada dwi-standard bila menjalankan tindakan undang-undang oleh pihak kerajaan. ( contoh : kita sokong kerajaan ambil tindakan undang-undang kepada golong Alvivi, tetapi kenapa tidak ambil tindakan kepada golongan ektremis seperti Perkasa ? ) Jementah amat percayai sekiranya enam nilai-nilai teras ini diamalkan, maka perpaduan rakyat akan mencapai dan negara kita aman, tenteram dan terus maju. PENJAWAT AWAM Dato Speaker, Penjawat awam adalah barisan paling ke hadapan daripada pihak kerajaan dalam menguruskan hal ehwal kepentingan rakyat. Penjawat awam memberi sumbangan yang cukup bermakna kepada rakyat, masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, adalah harus diingati bahawa gaji penjawat awam adalah dibayar oleh rakyat sebagai pembayar cukai. Oleh sebab itu, penjawat awam mesti menjalankan tugas mereka dengan memberi khidmat yang sebaik-baik mungkin kepada rakyat secara berprofesion, adil dan saksama. Janganlah penjawat awam melibatkan unsur-unsur politik semasa menjalankan tugas. Biarlah perkara-perkara politik ditangani oleh politikus. Penjawat awam haruslah pihak yang “neutral” dengan mengenepikan fahaman politik, tidak menyebelahi mana-mana parti politik semasa menjalankan tugas khidmat kepada rakyat. YB Dato Speaker, Saya menyentuh isu penjawat awam kerana telah berlaku satu peristiwa yang berunsur politik semasa penjawat awam Majlis Daerah Segamat menjalankan tugas memberi saman kepada peniaga-peniaga yang meletakkan barang-barang jualan di kaki lima tempat niaga di Pasar Awam Segamat pada 26.06.2013, iaitu sejurus pilihanraya yang ke 13. Saya telah dimaklumkan bahawa ada penjawat awam mengeluarkan kata-kata seperti berikut dan saya qoute “ kau orang mahu Ubah, saya juga mahu Ubah, saya mahu kau orang kenal siapa saya ini”. YB Dato Speaker, Perkataan “Ubah” yang digunakan oleh penjawat awam tersebut, apakah niatnya ? “Ubah” adalah slogan yang digunakan oleh Pakatan Rakyat semasa pilihanraya yang ke 13, dan tidak perlu saya ulaskan dengan panjang lebar, walaupun tindakan penjawat awam ini adalah dibenar dari segi undang-undang, tetapi tidak boleh dinafikan ia adalah satu tindakan yang berunsur politik balas dendam terhadap mereka yang menyokong “ Ubah” , menyokong pakatan rakyat. Tingkah laku penjawat awam tersebut amat angkuh dan memberi mesej yang cuba menakut-nakutkan kepada mereka yang memberi sokongan kepada PR. Ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati hak pilihan rakyat yang tidak boleh dipertikaikan. YB Dato Speaker, Jementah telah menulis surat kepada Majlis Daerah Segamat meminta agar satu siasatan yang terperinci diadakan terhadap perkara ini dan diharapkan diberi perjelasan, tetapi sehingga kini belum ada sebarang maklumbalas daripada Majlis Daerah Segamat. Saya amat berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberi satu penerangan yang jelas terhadap peristiwa ini. Sebagai wakil rakyat, saya juga ingin menyeru semua penjawat awam menjalankan tugas mereka dengan kepentingan rakyat diutamakan, dan bukannya kepentingan peribadi atau mana-mana parti politiki seperti yang dinyatakan dalam titah DYMM Tuanku. Marilah kita bersama-sama memajukan negeri Johor. PERUMAHAN YB Dato Speaker, Sebuah kerajaan yang berkeprihatinan dengan suara rakyat harus peka terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan merancangkan polisi dan strategik pembangunan yang berkaitan untuk meringankan beban rakyat supaya wujudnya satu masyarakat yang lebih maju, harmoni, aman dan damai. Kerja sebuah Kerajaan untuk membangun Negara mesti disokongi dengan kepentingan rakyat tidak dipinggiri. Pendidikan yang berkualiti, pekerjaan dengan alam sekitar yang bersih dan gaji yang lumayan, perumahan dengan harga yang berpatutan, kos perubatan yang dimampubayar dan hidup bersara warga emas yang selesa merupakan aspek-aspek yang mesti dititikberatkan. Strategik-strategik dan polisi-polisi harus dikaji semula dan diperhalusi daripada suatu masa ke semasa supaya ia nya lebih realistik dengan hala tuju perkembangan yang terkini dan menepati tujuan pembangunan negara. YB Dato Speaker, Menpunyai sebuah rumah adalah hasrat semua rakyat supaya dapat mendirikan keluarga dan dapat hidup dalam satu suasana yang lebih selesa dan nilai-nilai etika keluarga dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang. Tanpa sebuah rumah, keluarga yang merupakan unik yang paling asas dalam membina sebuah Negara kita akan menghadapi risiko keruntuhan dan seterusnya akan menjadikan satu isu yang boleh mencetus ketidakstabilan masyarakat dan negara kita. YB Dato Speaker, Rakyat Johor sedang menghadapi tekanan hidup yang tinggi ekoran daripada harga rumah yang melambung tinggi. Jawapan MB dalam Survei Suarahati telah mengesahkan bahawa isu perumahan adalah perkara yang amat paling diambil perhatian oleh rakyat johor. Saya telah difahamkan harga rumah di Negeri Johor telah meningkat satu kali ganda dalam lingkungan masa tiga empat tahun yang singkat ini. Ini bermaksud harga rumah meningkat pada tahap lebih kurang 18% hingga 24% setahun. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar sahaja tetapi juga sedang berlaku dengan ketaranya di kawasan semi urban. YB Dato Speaker, Lihatlah harga rumah di JB, saya difahamkan satu rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1540 kaki persegi di Mount Austin telah mencatat harga RM520 ribu, bermaksud RM338 sekaki persegi, ada juga harga kondominium yang lebih dahsyat lagi, dengan sekaki persegi RM800. Saya juga difahamkan rumah teres dua tingkat keluasan 1540 kaki persegi di kawasan semi urban dinaikkan sehingga RM350 ribu berbanding RM164 ribu tiga empat tahun yang dahulu. YB Dato Speaker, Walaupun ada banyak pihak menyatakan negara kita mengamalkan sistem ekonomi yang bebas berpasaran ( free market economics ) dan rumah-rumah ini dibeli atas dasar permintaan dan bekalan dan harga ditentu oleh harga pasaran. Inilah retorik kapitalis yang berhati perut. Sebenarnya ini terjadi kerana unsur spekulasi oleh sesetangah pihak yang membeli rumah sebagai pelaburan untuk mengait keuntungan semata-mata. Kesan sampingannya ialah banyak pemaju-pemaju perumahan akan mengikut langkah dengan meningkatkan harga rumah. YB Dato Speaker, Harga rumah yang tinggi adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang dengan remeh temeh. Mereka yang hanya ingin mendapat sebuah rumah untuk mendirikan keluarga dan didiami, khususnya pemuda-pemudi yang baru berlepasan universiti, dengan gaji yang tidak dapat mengejar kenaikan harga rumah, mereka tidak mampu membeli sebuah rumah. Kita yang telah diberi mandat harus berusaha sama menangani perkara ini. YB Dato Speaker, Saya difahamkan kerajaan telah berusaha untuk mendirikan rumah kos sederhana dan kos rendah mampu milik. Akan tetapi, saya difahamkan juga ada sesetengah pemohonnya adalah ahli-ahli parti politik yang tidak layak untuk membeli rumah jenis kos rendah sederhana. Mereka ini adalah golongan yang tamak. Saya difahamkan mereka mendapat rumah-rumah ini kerana mereka memegang jawatan parti yang penting dalam sesuatu tempat. Ada di antara mereka yang memandu kereta besar. Mereka mendapat rumah jenis kos rendah dan sederhana dan dijualkan kepada pihak ketiga untuk keuntungan. Ini adalah satu fenomena yang tidak sepatutnya berlaku dan ia mesti diberhentikan dengan segera. YB Dato Speaker, Saya difahamkan semua pembeli rumah kos sederhana rendah mesti mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan dan saya amat berharap Kerajaan Negeri mewujudkan satu sistem permantauan yang telus supaya penyalahgunaan kuasa yang meluluskan permohonan rumah jenis ini kepada mereka yang tidak layak diberhentikan dengan segera, dan mereka yang memerlukannya diberi keutamaan. YB Dato Speaker, Jementah juga ingin tahu apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan spekulasi pelabur yang semata-mata membeli rumah untuk mengaut keuntungan yang membawa impak peningkatan kepada harga rumah. Jementah juga ingin tahu apakah semua tapak-tapak dan harga tawaran projek perumahan kos sederhana dan rendah, atau projek rumah mampu milik yang sedang atau akan diusahakan oleh kerajaan negeri untuk memenuhi permintaan rumah yang semakin meningkat. BIL ELEKTRIK YB Dato Speaker, Kehidupan rakyat bukan sentiasa dalam keadaan yang selesa dan mewah. Ada lagi banyak yang menjalankan hidup seharian dengan kias pagi makan pagi, kias petang makan petang. Kos kehidupan seharian terus meningkat dengan kadar nilai wang ringgit yang semakin turun baru baru ini apatah lagi gaji rakyat juga yang tidak meningkat selarasnya dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. YB Dato Speaker, Saya telah menerima aduan harga bil elektrik telah meningkat pada satu tahap yang tinggi sehingga ada yang mencapai satu kali ganda setelah pihak TNB menukar meter elektrik rumah mereka daripada meter analog kepada meter digital. YB Dato Speaker, Saya difahamkan oleh pihak TNB bahawa meter analog yang telah lama dipasang ini " mechanical part " dalaman telah karat dan tidak berfungsi dengan tepat dan penggantian dengan meter digital adalah mempamerkan satu keadaan yang benar kepada penggunaan jumlah elektrik. Ini jawapan pihak TNB yang tidak boleh dicabarkan kerana pembekalan elektrik di negara kita adalah dimonopoli oleh TNB. Inilah masalahnya, monopoli ! YB Dato Speaker, Saya menyeru Suruhanjaya Tenaga sebagai satu badan berkanun yang bertanggungjawab untuk memastikan bekalan elektrik yang disalurkan kepada pengguna dengan harga yang berpatutuan, memberi perhatian terhadap perkara ini dan mengambil tindakan di bawah undang-undang yang dibenarkan untuk menyemak sama ada tindakan TNB untuk menukar meter analog kepada meter digital dibenarkan berlaku secara unilateral, tanpa pemantauan daripada pihak ketiga, adakah ini dibenarkan dari segi undang-undang ? PENGGULUNGAN YB Dato Speaker, Perpaduan antara kaum adalah amat penting untuk memastikan negara kita terus maju dan makmur dan Jementah berharap nilai-nilai teras yang teras yang disarankan boleh diperturunkan kepada generasi muda melalui penggubalan dalam dasar pendidikan dan ekonomi. YB Dato Speaker, Pilihanraya sudah berlalu dan rakyat telah membuat pilihan mereka dan kita harus menghormati pilihan mereka. Saya menyeru semua ahli-ahli YB dalam dewan yang mulia ini, penjawat-penjawat awam, marilah kita bekerjasama berkhidmat untuk kepentingan rakyat. YB Dato Speaker, Masalah harga rumah yang melambung tinggi dan kos hidup yang semakin tinggi mesti ditangani dengan segera. Ini satu tanggungjawab yang berat tetapi saya berpendapat sekiranya YB daripada kedua-dua bekerjasama, kita akan dapat menangani semua masalah ini dan menjadikan negeri johor sebuah negeri yang bertamadun, maju dan makmur. Sekian, terima kasih.
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 23:57:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015