{Ucapan Tahniah & Terima Kasih} Alhamdulillah! Segala puji bagi - TopicsExpress



          

{Ucapan Tahniah & Terima Kasih} Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah Yang Maha Agung kerana dengan izinNya kita berjaya menambah nilai dalam kehidupan lebih 5,000 orang peserta melalui program Intensif Advanced Marketing Power Januari 2014 (AMP) bersama Jurulatih Kejayaan #1 Asia Dr. Azizan Osman selama 3 hari di MIECC, Mines. Tahniah kepada peserta AMP Jan 2014 – You are a Marketing Genius! Moga kalian selamat pulang ke pangkuan keluarga, beroleh Elmu yang bermanfaat dan terus menggunakan Kuasa Tindakan anda untuk Berjaya dunia akhirat insya Allah. Dengan rasa rendah hati, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih dan Penghargaan kepada setiap orang yang bertungkus lumus untuk Add Value sepanjang AMP ini; khususnya kepada semua Speakers Jemputan dari Alumni Dr Azizan Osman yang terbukti ‘Proven Success’. Kalian sanggup meluangkan masa, datang dari jauh semata-mata untuk memberi Inspirasi, Ilmu dan Menambah Nilai kepada peserta AMP kali ini. Izinkan saya merakamkan jutaan Terima Kasih kepada tetamu jemputan Hot Seat (anak didik Dr Azizan Osman) dan Speaker Jemputan yang memang Luar Biasa Hebat, Jutawan & Dermawan yang Sangat Berjaya: 1.Ustaz Badrul Sani 2.Ustaz Rohizal Kasim 3. Tuan Muhammad Kamal Selamat 4. Puan Faizah Othman 5. Puan Anim Abu 6. Puan Siti Hajar Mohd Noor 7. Puan Nor Haniza Taib 8.Puan Fiona Tahir 9. Puan Kala Vathy Rasalingam 10.Datin Atikah Ab Ghani 11. Tuan Ridzuan bin Ahmad 12.Dato’ Mohammad Ruslan 13.Tuan Mohd Asri Ahmad 14.Tuan Gero Azrul 15.Tuan Azzam Sabtu 16. Dato Roslan Abd Hamid Perkongsian kalian benar-benar menyentuh hati ribuan insan, memberi Inspirasi untuk Bangkit dan Berjaya. You touched the heart and soul of thousand lives! Penghargaan Khas kepada Tuan Sayed Munawar Kepakaran atas kesudian Menambah Nilai sebagai ‘Moderator’ untuk sesi Hot Seat. You are Totally Superb, Tuan Sayed Munawar - Dalam Lingkungan Richworks tak mungkin berada di tahap ini tanpa Sokongan dan Komitmen Luar Biasa dari Pasukan Crew, Rakan Perniagaan, Pasukan Staff Kumpulan Richworks serta keluarga masing-masing. Terima Kasih yang teramat sangat di atas kesungguhan kalian untuk mencapai Misi Richworks – to Inspire, Educate & Add Value to the World. Moga setiap titisan peluh, setiap detik diterima sebagai amal jariah dan beroleh nikmat Jannatul Firdaus dari Allah Yang Maha Kaya. InsyaAllah, the more you give, the more you get back. Saya sentiasa mendoakan Kejayaan, Kebahagiaan, Kesihatan, Kekayaan, Keberkatan dunia akhirat untuk semua Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman, semua peserta program anjuran Richworks, setiap insan di belakang tabir yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Di Richworks, kami percaya setiap orang mempunyai Potentsi Hebat & Anugerah Istimewa dari Allah Yang Maha Kuasa, setiap insan layak untuk Berjaya dan sebaik-baik insan ialah yang Memberi Manfaat kepada seluruh alam. Dengan Doa, Elmu dan Kuasa Tindakan – insya Allah, impian anda menjadi Realiti. Kejayaan anda adalah Kepuasan kami. That’s why we do what we do Thank you is never enough. Terima Kasih sekali lagi & Tahniah kepada graduan AMP Jan 2014! Insya Allah kita bertemu kembali dalam program Platinum dan mana-mana program Richworks yang akan datang. BarakAllahhufikum! “Inspire, Educate, Add Value” Salam hormat, Hjh Yasmin bt Mohd Ramzi Group CEO, Richworks Group of Companies
Posted on: Mon, 20 Jan 2014 05:17:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015