Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu mempunyai - TopicsExpress



          

Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah dan mempunyai ketaqwaan kpd Allah. Mereka hidup dgn mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dn pelbagai medium.Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri2 kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan diri sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam. Adakah kesedaran yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi ulamak yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran? Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu parti nasional yang memperkecil dan menghina ulamak namun sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka. Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan Islam? Serangan dibuat secara umum terhadap ulamak kononnya tidak turun ke padang berdakwah, tiada daya kepimpinan dan berselindung di bawah jubah ulamak untuk menjadi pemimpin. Sangat jahat fitnah-fitnah seumpama ini sedang realiti menyaksikan ulamak-ulamak ini turun ke masyarakat pagi dan petang dengan puluhan program dakwah 7 hari seminggu bergerak menyampaikan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara peribadi untuk menjadi pemimpin. Di kala sebahagian kita sibuk dengan mencari nafkah para ulamak turun berdakwah sama ada dengan imbalan dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah sebagai pergantungan rezki. Lidah mereka seharian basah dengan zikir dan ayat-ayat Allah. Malam-malm mereka dipenuhi dengan munajat kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Nabi saw bersabda dalam hadis sahih من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب "sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dgnKu) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka". @ust Khairuddin atTakiri
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 16:39:25 +0000

Trending Topics



in #Egypt?

Recently Viewed Topics




© 2015