Umat Islam diingatkan agar tidak terpengaruh dengan isu provokasi - TopicsExpress



          

Umat Islam diingatkan agar tidak terpengaruh dengan isu provokasi kalimah Allah yang ditimbulkan pihak tertentu bertujuan mengalih pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata isu kalimah Allah yang hangat hari ini lebih bermotif politik bagi mengalih isu sebenar. Katanya, jika isu tersebut terus dimainkan dikhuatiri rakyat akan terlupa bahawa isu utama adalah peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang. “Kalimah Allah diberi keizinan oleh Perdana Menteri sendiri untuk digunakan di Sarawak. Kita tidak mahu lari daripada fokus rakyat dalam isu peningkatan kos sara hidup ini. “Ini melibatkan elektrik, pengangkutan awam, barangan keperluan harian, harga minyak dan sebagainya,” ujarnya.
Posted on: Thu, 23 Jan 2014 05:12:39 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015