Undang-Undang dan Anda :- Tahukah anda: Bahawa mengikut - TopicsExpress



          

Undang-Undang dan Anda :- Tahukah anda: Bahawa mengikut Akta Pungutan Rumah Ke Rumah dan Di Jalan (1947), mana-mana orang yang ingin mengutip derma perlulah memohon untuk mendapatkan Permit Polis dan setelah mendapat kelulusan pihak berkenaan barulah boleh minta derma. Sekiranya se-seorang atau badan bukan kerajaan menjalankan sebarang aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran boleh di penalti mengikut peruntukan berikut:- Sek 8(1) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada penalti khas diperuntukkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau didenda dan dipenjarakan kedua-duanya. Sekarang kita boleh lihat ramai yang meminta derma dari orang perseorangan mahupun badan-badan bukan kerajaan lebih-lebih lagi yang melibatkan pemungutnya kanak-kanak yang juga boleh dikaitkan dengan Akta Kanak-Kanak 2001.
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 04:03:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015