UniSZA Naib Juara. USM juara Pertandingan Rekaan NST-Peugeot - TopicsExpress



          

UniSZA Naib Juara. USM juara Pertandingan Rekaan NST-Peugeot 2012/13 Oleh admin pada Jun 25, 2013 • 3:34 pm Tiada Komen Debaran untuk mengetahui Juara Pertandingan Rekaan NST-Peugeot 2012/13 berakhir hari ini (25 Jun 2013) dengan pengumuman pemenang dengan hadiah tempat pertama menjadi milik pasukan USM dari Universiti Sains Malaysia (USM). Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George dalam ucapannya berkata: “Malaysia mempunyai ramai pelajar yang memiliki bakat dalam bidang automotif dan melalui pertanding seperti ini, ia dapat membantu mempertingkatkan lagi kemahiran merekacipta mereka.” Pertandingan yang bertujuan mencungkil kreativiti, idea dan bakat pelajar ini dibahagikan kepada dua kategori; sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT), menerima lebih 50 penyertaan bagi setiap kategori. Pengarah Urusan dan Pengasas Orcadesign Consultants, Goo Yock Yee, berkata; “Penyertaan yang diterima amat mengalakkan malah melihat dari lukisan sememangnya menarik namun dalam penghasilan model 3D, agak kurang menyerlah dan terdapat model yang kelihatan tidak sama seperti lukisan yang dihasilkan.” “Diharapkan pada pertandingan akan datang, peserta dapat menghasilkan model yang sama seperti lukisan kerana ia merupakan salah satu faktor penting yang akan dinilai,” jelas beliau lagi yang juga merupakan salah seorang juri . Pemenang dinilai berdasarkan model yang menepati tema pertandingan, mempunyai DNA Peugeot, berkualiti dari segi reka bentuk dan persembahan, idea yang boleh dikomersialkan dan yang paling penting adalah keaslian sesuatu rekaan itu. Juara kategori IPT dimenangi pasukan USM dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diwakili Ahmad Syafiq Aiman Mohamed Raziff dan Nor Azieiwani Mohd Ghani. naib juara Mohamed Saiful Abdul Halim dan Mohammad Afwan Hussin dari Pasukan Unisza yang mewakili Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Pasukan Grand Sportivo, Chim Chee Hoo dan LA Supun Savinda Abeywickrama di tempat ketiga yang mewakili Universiti Lim Kok Wing. Manakala bagi kategori sekolah juara dirangkul oleh Muhammad Yuszaeem Salmin dari Sekolah Menengah Vokasional Klang, tempat kedua Lim Jiun Yang dari Catholic High School, Petaling Jaya dan Cheok Keegan dari Fairview School International di tempat ketiga. INFO Kategori IPT • Juara: Tiket pelancongan 5hari 4malam (segala perbelanjaan ditanggung) ke Paris dan pusat penyelidikan dan rekaan Peugeot di Velizy, Perancis bersama wang tunai RM1,500 dan barangan Peugeot setiap seorang. • Naib juara: Tiket pelancongan 5hari 4malam (segala perbelanjaan ditanggung) ke Paris dan pusat penyelidikan dan rekaan Peugeot di Velizy, Perancis bersama wang tunai RM1,000 dan barangan Peugeot setiap seorang. • Tempat ketiga: Wang tunai RM1000 setiap seorang Kategori Sekolah • Juara: Wang tunai RM1,500 dan barangan Peugeot • Naib juara: Wang tunai RM1,000 dan barangan Peugeot • Tempat ketiga: Wang tunai RM750 dan barangan Peugeot Penyertaan kali kedua bawa tuah Pada Pertandingan Rekaan Peugeot 2011/12, Ahmad Syafiq Aiman bersama rakan sepasukan, Nor Azieiwani hanya berjaya meraih saguhati namun tuah menyebelahi mereka apabila merangkul tempat pertama pada pertandingan tahun ini. “Kami terkejut dan tidak terfikir langsung akan memenangi pertandingan kali ini, memandangkan saingan sengit daripada peserta lain,” jelas Nor Azieiwani ketika ditanya mengenai perasaan diangkat sebagai juara pertandingan. Ahmad Syafiq menjelaskan, “Idea diperolehi dengan melihat pelbagai variasi kereta sport dan dari situ tercetus idea bagi menghasilkan ciptaan kami ini. Kami hanya menggunakan cara manual tanpa sebarang bantuan alatan mesin dalam penghasilan bentuk rekaan model ini.” Merupakan pelajar ijazah jurusan Rekaan Produk dari USM, keduanya memberitahu BH Auto, penyertaan dalam pertandingan ini adalah hasil dorongan dari pensyarah dan rakan-rakan yang yakin terhadap kebolehan mereka untuk menghasilkan rekaan yang menarik. Bermula dengan hobi Bagi pemenang peringkat sekolah, Mohammad Yuszaeem Salmin mengakui terkejut apabila diumumkan sebagai juara memandangkan ini merupakan kali pertama beliau menyertai pertandingan sebegini. “Idea untuk menghasilkan sebuah lukisan kereta ini saya perolehi dari ibu bapa, guru dan kawan-kawan dan sememangnya melukis merupakan hobi saya,” jelas bekas pelajar Kejuruteraan Automotif . Sedang menuntut di Institut Teknologi Tinggi Malaysia (ADTEC) di Shah Alam, Yuszaeem memberitahu akan menyertai pertandingan ini lagi sekiranya berpeluang. –Asyikin Md Isa
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 02:56:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015