Untuk Mengghalag Penyeludupan Harga Petrol RON95 Di Naikkan - TopicsExpress



          

Untuk Mengghalag Penyeludupan Harga Petrol RON95 Di Naikkan Lagi? Diperkatakan bahawa harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula tersebar. Di katakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini. Dipetik dari Harakah Daily melapurkan Konon nya menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman Harga berkata kenaikan harga petrol RON95 ada lah sebagai langkah Kerajaan untuk mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran. Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia, kata nya kepada Bernama. Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu. Walaupun Kerajaan telah menaikkan harga minyak baru-baru ini, namun di Malaysia masih lagi dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Sudut Pandang Penulis Sejauhmana kebenaran lapuran berita ini saya (secara peribadi) pun kurang pasti, tetapi apa yang menarik disini ia lah jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal berhadapan sekali lagi dengan penambahan bebenan terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Semua pun tahu, sejak RON95 dinaikkan pada 3 september lalu, ramai rakyat; pengguna kenderaan khasnya, merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik. Dalam pada itu, teringat pula tragedi yang berlaku di Sudan Benua Afrika, akibat pemotongan subsidi minyak oleh kerajaan Sudan awal minggu ini. Menurut lapuran berita Al Jazeera, 7 penunjuk perasaan telah terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan semasa demonstrasi disana. Selain dari itu, 20 orang penunjuk perasaan di tahan polis Sudan. Harapan kita, kes yang terjadi di Sudan tidak akan berjangkit ke Malaysia. Apa lagi bila meningatkan sejak akhir-akhir ini, budaya Demonstrasi Jalanan ini sudah bertapak di sini. Untuk lapuran Berita bergambar serta klip video tragedi di Sudan, Benua Afrika selanjutnya...
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 04:57:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015