Untuk Tatapan Minda.............. China Press Perkara: jawatan - TopicsExpress



          

Untuk Tatapan Minda.............. China Press Perkara: jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri untuk orang Cina? Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19 Tarikh: 12 April 2013 (Jumaat) Tajuk: Orang Cina tiada ruang dapat jadi timbalan perdana menteri? Penulis: Lai Shao Kuang Isu orang Cina menjadi perdana menteri telah dihangatkan, Naib Presiden Pas Sallahuddin berkata, walaupun Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Pusat, mengikut perlembagaan orang Cina tidak dapat menjadi perdana menteri mahupun menteri besar Johor, ucapan Salahuddin itu bertujuan semata-mata mahu tenteramkan jiwa pengundi Melayu. Pemimpin Pas Nik Aziz pada bulan Feburari tahun lepas pernah berkata “jika Pakatan Rakyat memerintah Cina Muslim boleh jadi perdana menteri”, itu semata-mata mahu ambil hati pengundi bukan Muslim. Isu yang sama, boleh dipergunakan pelbagai cara terjemahan untuk digunakan dalam politik. Selepas Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya nanti, adalah Lim Kit Siang boleh dengan mudah menjadi timbalan perdana menteri? Pada tahun 2011 setiausaha Pas Pusat Mustafa memberi jaminan kepada perwakilan pusat, jawatan perdana menteri mesti disandang oleh orang Muslim, dan berharap timbalan perdana menteri juga disandang oleh orang Muslim. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, “akta perlembagaan 43 (7) tidak menetapkan bahawa jawatan perdana menteri mesti disandang oleh orang Melayu dan Muslim, dengan itu fakta isu agama dan kaum tidak timbul untuk menyandang jawatan perdana menteri sebagai yang termaktub. Kata-kata Karpal Singh itu diputar belit oleh Utusan Malaysia dikatakan “Karpal Singh mahu rebut jawatan perdana menteri bukan Melayu”, sebaliknya Lim Kit Siang menempelak kembali berkata: “perlembagaan negara dengan jelas termaktub, jawatan perdana menteri tidak ada perbezaan kaum, agama, tempat asal, ia dibuka kepada semua warganegara Malaysia, tetapi kita telah terima realiti dalam politik, dalam seumur hidup Karpal Singh sendiri pun perdana menteri Malaysia tetap disandang oleh orang Melayu, dan bukan kaum lain selain daripada orang Melayu. Terlihat Kedudukan Sebenar Pakatan Rakyat Lim Kit Siang cuba perjalankan keadaan kepada kita semua, perlembagaan itu perkara lain, realiti dalam politik itu perkara lain. Tidak lama dahulu Anwar Ibrahim berkata, mengikut undang-undang, negara kita tidak ada sebab untuk melarang wujudnya dua timbalan perdana menteri. Jika benar begitu, kenapa Lim Kit Siang dan Karpal Singh sehingga hari ini mereka sendiri mengaku tidak akan ada calon bukan Melayu yang akan menjadi perdana menteri, bukankah dengan cara itu mereka boleh bergantung harapan untuk itu? Adakah orang-orang Cina berpeluang jadi menteri besar ataupun timbalan menteri besar? perlembagaan negeri Perak di perenggan ke-7 menetapkan, jawatan menteri besar perlu disandang oleh orang Melayu Muslim, tetapi pada masa yang sama perlembagaan negeri Perak menetapkan, Sultan boleh terima pakai ataupun menolak syarat-syarat itu untuk memilih bukan Melayu Muslim menyandang jawatan menteri besar. Mengikut perudangan kerajaan negeri Selangor tahun 1959, Sultan perlu mendapatkan cadangan dari menteri besar untuk melantik jawatan timbalan menteri besar. PRU lepas selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, setiausaha Istana Sultan Selangor menegaskan lebih elok jika timbalan menteri besar Selangor disandang oleh orang Melayu Muslim. Dengan itu impian Koh Suh Sim untuk menjadi timbalan menteri besar terlepas begitu sahaja! Sepatutnya jawatan itu boleh diperolehi kini jawatan itu tidak wujud dan hilang begitu sahaja! Sama ada orang Cina boleh menyandang jawatan timbalan perdana menteri ataupun timbalan menteri besar, yang penting keputusan dari kerabat diRaja dari segi “elok” ataupun “realiti dalam politik”. Dengan itu Lim Kit Siang sudah nampak lebih awal dan nampak lebih jelas pola itu, sebab itu beliau umumkan beliau lebih memilih fakta pola politik, harapan itu diletakkan pada hidup semula (afterlife) beliau pada zaman akan datang. Terjemahan: Sulaiman Koh Abdullah 12 April 2013
Posted on: Sun, 07 Jul 2013 10:34:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015