Upin Ipin... Antara karekter sy suka buat tapi boleh tahan jugak - TopicsExpress



          

Upin Ipin... Antara karekter sy suka buat tapi boleh tahan jugak rumitnyer. 1. Kepala lebih besar drpd badan menyebabkan figurine tidak stabil akibat tarikan graviti yg dh takleh nak ubah 2. Kepala botak menyebabkan perlu lebih berhati2 apabila menguli fondant bentuk kepala supaya tak penyek di bhgn belakang sbb takleh cover kecacatan dgn rambut 3. Hand drawn eyes.. my specialty. Pembuatan figurine adalah sangat rumit yang menyebabkan harganya lebih tinggi drpd patung2 mainan yg dijual di kedai. Namun harga figurine dgn standard sy ini adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dgn pembuat kek/figurine cantik yg lain yg ada di pasaran. Sy tidak memaksa anda memilih handmade figurine jika anda merasakan ianya tidak berbaloi. Sbb anda pastinya boleh membeli patung2 mainan yg dijual di merata tempat. Lebih2 lagi jika karekter tersebut tidaklah istimewa sgt kerana byk dijual contohnya patung superhero superman, spiderman, ultraman etc. Sy lebih gemarkan custom made figurines contohnya figurine yg tak dijual di mana2 kedai atau mencontohi wajah selebriti atau wajah anda sendiri. Di luar sana juga ada 3D printer yg boleh buat figurine drpd clay mengikut wajah anda dan harga jualannya mencecah rm400 sepasang. Jadi in the end terpulanglah kepada anda utk membuat keputusan nk memilih yg mana satu yaa.. sbb yg penting adalah majlis anda.. sy di sini cuma membantu anda sekadar yang boleh saja ;-) Salam sayang.. Eliza
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 05:46:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015