Ustaz Bilal Jailani (UBJ): Selamat datang ke rancangan Dimensi - TopicsExpress



          

Ustaz Bilal Jailani (UBJ): Selamat datang ke rancangan Dimensi terbitan TV ISMA. Hari ini kita bersama Naib Presiden 1 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni bagi membincangkan isu hangat iaitu isu kalimah Allah. 14 Oktober lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa pihak gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya, The Herald. Selepas itu, isu ini terus hangat diperkatakan oleh semua pihak yang menyentuh dari pelbagai sudut termasuk ada yang mengatakan orang Kristian di Kedah tidak lagi boleh menyanyikan lagu negeri Kedah kerana terdapat kalimah Allah di dalam lagu tersebut. Apakah perkara sebenar yang berlaku dalam kes ini? Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni (UFA): Isu kalimah Allah adalah merupakan satu isu yang agak panas semula selepas keputusan mahkamah dikeluarkan, yang mana keputusan itu menolak penggunaan kalimah bagi menggantikan perkataan God dalam majalah The Herald. Keputusan itu disambut oleh umat Islam dengan baik sekali, kemudian ia disambut oleh orang Kristian dengan tidak gembira. Persoalan yang kita nak bincangkan hari ini ialah respon sebahagian daripada umat Islam yang membincangkan isu ini secara tidak tepat, tidak menyentuh kepada isu sebenar yang dibincangkan atau diperbahaskan oleh mahkamah. Kita melihat bermacam-macam pandangan, ada yang mengatakan hukum asal penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah harus, tetapi oleh kerana siyasah syariyyah, campur tangan dakwah, campur tangan politik, maka penggunaan itu dihalang. Ada yang kata boleh digunakan tetapi dengan syarat ia jangan disalahguna. Jadi itu sebenarnya membincangkan dalam premis yang tidak sama dengan apa yang dibincangkan oleh mahkamah. UBJ: Dari sudut yang mahkamah bincangkan tu Ustaz? UFA: Mahkamah sebenarnya membincangkan penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan perkataan God dalam terbitan-terbitan Kristian yang berbahasa Melayu. Ini ditafsirkan oleh sebahagian daripada umat Islam sebagai satu cubaan untuk menjalankan misi kristianisasi mereka. Hal ini jauh daripada perbincangan melibatkan adakah orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah. Ini dua isu berbeza. Bolehkah orang bukan Islam menggunakan kalimah? Ini tidak ada isu. Sebab ia merupakan satu khilaf (perbezaan pendapat) yang panjang, yang tidak sepatutnya orang Islam masuk ke situ. Kalau kita melihat nas-nas Al-Quran, sebahagian orang berkata dalam Al-Quran memang orang bukan Islam ada menyebut kalimah Allah dalam percakapan harian mereka. Bahkan ada ayat Al-Quran yang menyebut orang bukan Islam menyebut dalam biara mereka, gereja mereka, dalam rumah ibadah mereka (bagi agama-agama samawi sebelum ini). Jadi daripada itu, timbullah perbincangan adakah menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam menyebut kalimah Allah? Jawapannya, itu khilaf. Sebahagian yang mengatakan boleh, ada dia punya dalil. Sebahagian yang mengatakan tidak boleh, ada dia punya dalil. Jadi ia bukan isu orang bukan Islam boleh sebut atau tidak boleh sebut. Akan tetapi isunya adalah, ada terbitan-terbitan bahasa Melayu yang diterbitkan oleh gereja yang kita rasakan bahawa ia disasarkan kepada orang Islam. Dalam terbitan itu, mereka berkeras untuk menukarkan perkataan God kepada Allah. Dalam terbitan bahasa Inggeris, mereka tidak menukarkan God kepada Allah. Dalam terbitan bahasa Cina India dia tak nak tukar pun perkataan itu kepada Allah, tetapi dia kekalkan perkataan yang sama. Hanya dalam terbitan bahasa Melayu sahaja mereka mahu tukarkan perkataan God kepada Allah. Oleh itu bila kita membincangkan isu ini, kita kaitkan bahawa ia adalah merupakan satu misi kristianisasi. Jadi kalau nak bincang hukum di situ, adakah perbuatan dan permintaan pihak Kristian untuk menerbitkan terbitan dalam bahasa Melayu, dan dalam terbitan itu perkataan God ditukar kepada perkataan Allah, kita boleh benarkan atau tidak boleh benarkan? Jadi itu satu isu yang lebih spesifik berbanding dengan orang bukan Islam boleh sebut atau tidak boleh sebut. Kalau isu boleh sebut tak boleh sebut ini, itu relevanlah dengan isu lagu negeri, buku teks ada kalimah Allah bagaimana pelajar bukan Islam boleh baca atau tidak boleh baca, itu isu lain. Kita sekarang berbincang tentang isu penerbitan yang disasarkan kepada orang Melayu, di dalamnya ada perkataan Allah yang menggantikan perkataan God Kristian. UBJ: Berkenaan isu kristianisasi, sejauh mana umat Islam yang teguh imannya akan terpengaruh sekiranya kalimah Allah digunakan? UFA: Secara umum, walau kita katakan orang Islam sudah kuat akidahnya, tapi bila kita bicangkan isu kristianisasi, ancaman itu bukan kena kepada orang tua, tapi kepada generasi muda yang sebenarnya masih rapuh akidahnya. Apabila kita melihat kesungguhan orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah menggantikan perkataan God, ia adalah kesungguhan yang cukup luar biasa. Ini tidak boleh kita tafsirkan secara lurus bahawa mereka memang nak tukar nama tuhan. Tetapi seolah-olah macam ada udang di sebalik batu. Pertama, mengapa mereka mahu menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu? Siapa akan baca Bible dalam bahasa Melayu? Orang Cina dan orang India Kristian, mereka akan baca dalam bahasa Inggeris. Mereka tak baca bahasa Melayu. Mereka tak baca pun surat khabar Melayu, mereka tak tengok pun drama Melayu, mereka akan baca dalam bahasa Inggeris, ataupun dalam bahasa Cina atau bahasa Tamil. Sebahagian daripada bangsa pribumi di Sabah Sarawak pun ada Bible dalam bahasa masing-masing. Jadi, adakah mereka akan baca dalam bahasa Melayu? Belum tentu. Terbitan dalam bahasa Melayu ini pula diterbitkan dalam jumlah yang cukup banyak yang melebihi jumlah orang Kristian itu sendiri. Jadi maknanya, kepada siapa nak disebarkan semua ini? Kalau kita kata orang Cina akan baca bahasa Inggeris, siapa akan membaca bahasa Melayu? Jadi kita rasa bahawa penerbitan Bible dalam bahasa Melayu itu sendiri sebenarnya merupakan satu yang bertujuan untuk misi kristianisasi ke dalam masyarakat orang Islam, orang Melayu. Kedua, mengapa mereka mahu menukar perkataan God kepada Allah? Sebenarnya orang Kristian sudah ada nama tuhan mereka sendiri. Mereka sendiri mengatakan dalam Old Testament, New Testament, dalam Injil dan Taurat yang lama, ada yang disebut sebagai Yehuwa, Yahweh, Adonai, Elohim dan sebagainya. Itu nama-nama tuhan mereka, mengapa mereka tidak kembali kepada nama-nama itu? Itu satu persoalan, dan mereka nak tukar juga God kepada Allah. Sekiranya mereka nak selaraskan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu, sepatutnya God diterjemahkan kepada tuhan. Allah bukan bahasa Melayu, ia bahasa Arab, atau ada setengah yang berkata ia nama khusus dalam bahasa Arab. Mereka bukan betul-betul bertujuan untuk selaraskan bahasa, ia bukan setakat isu itu. Kita melihat pengalaman yang berlaku di India, di benua India dalam kurun ke-19, apabila Kristian datang ke sana, mereka terjemahkan Bible ke dalam bahasa Benggal. Masyarakat di Benggal ada tuhan tempatan. Tuhan orang tempatan bernama Ishwar. Mereka pun terjemahkan God kepada Ishwar. Mengapa terjemahkan God kepada Ishwar? Jadi maknanya, memang satu strategi untuk mengkristiankan orang tempatan mereka akan menggunakan nama tuhan orang tempatan. Memang orang Kristian sendiri mengakui bahawa masalah mereka dalam kristianisasi, adalah masalah linguistik. Masalah bahasa. Apabila mereka tukar kepada Ishwar, maka orang tempatan merasa bahawa kitab yang dibaca itu kitab mereka dan mereka tidak menolak pada peringkat awal. Mereka akan terus membaca. Jadi taktik yang sama juga digunakan kepada orang Islam, dia tukar kepada perkataan Allah. Orang Islam yang muda-muda tidak akan terus menolak, dia akan terus membaca. Kemudian akan timbul persoalan, terkesan atau tidak terkesan itu bergantung kepada iman seseorang. Kalau kita mengambil pengalaman di Indonesia, kenapa ramai murtad di Indonesia? Kerana kekeliruan berlaku. Antara puncanya di sebelah sini rumah Allah masjid, di sebelah lagi rumah Allah gereja. Orang melihat agama itu sudah sama. Akhirnya orang pergi kepada agama yang sama. Oleh itu kita mengatakan bahawa misi kristianisasi ini cukup jelas apabila mereka bersungguh-sungguh nak juga perkataan Allah tu, tak nak tuhan, tak nak God, mereka nak Allah juga. Dan terbitkan itu dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris. Kalau nak tukar Allah, tukar dalam bahasa Inggeris terus. Bahasa Inggeris tak nak tukar, bahasa Cina, Tamil pun tak nak tukar. Dia tukar bahasa Melayu sahaja. Sedangkan pembaca Bible dalam bahasa Melayu tak ramai. Sebab mereka akan baca dalam bahasa Inggeris. Lebih asli kepada mereka. Maknanya terbitan itu ditujukan kepada orang Melayu. Ini kita lihat satu niat yang cukup jelas dalam misi kristianisasi. Kita bukan bimbang terlajak, kebimbangan kita adalah kebimbangan yang berasas dan ada bukti, berdasarkan kepada sejarah di India, berdasarkan kepada pengakuan paderi sendiri bahawa mereka tidak mahu umat Islam terus menolak di peringkat awal, mereka nak orang Melayu terus membaca. UBJ: Adakah orang Kristian yang mahu menggunakan kalimah All
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 08:18:49 +0000

Trending Topics



style="margin-left:0px; min-height:30px;"> GEORGE TOWN, Aug 19 - Police raided a service apartment in Sungai
Read Article published on Nigeriaworld media website (see part
Beginning Labor Day, television ads will air in three test

Recently Viewed Topics




© 2015