Utusan dari NERAKA - Gelombang pertama Yakjuj dan - TopicsExpress



          

Utusan dari NERAKA - Gelombang pertama Yakjuj dan Makjuj Gambaran berikut cukup jelas menceritakan mengenai segolongan manusia yang mewakili Makhluk Ganas seperti yang disebut dalam alQuran. Ganas, zalim dan merosakkan. Sesuai dengan sifat Yakjuj dan Makjuj. “Mereka menunggang unta dan kuda dengan tangkas, tubuh mereka bagaikan besi, wajah membara, tatapan muka garang, leher pendek, telinga lebar berbulu dan memakai anting-anting, kulit kasar penuh kutu dan baunya amat busuk.” Amir Khusraw memberi gambaran tentang orang-orang Monggol itu. Penulis lain mengatakan bahwa mereka seperti keturunan anjing saja, wajah rajanya seperti binatang buas dan berkata bahawa tuhan mencipta mereka dari api neraka.” “Jengis Khan naik ke atas mimbar masjid dan mengaku sebagai cemeti Tuhan yang diutus untuk menghukum orang-orang yang penuh dosa.” - Juwayni sejarawan abad ke-13 menulis dalam bukunya Tarikh-I-Jehan Gusan. Imbas kembali pesanan dari Rasulullah SAW mengenai serangan besar kaum bermata sepet ke atas kerajaan Islam. Perkara ini benar-benar berlaku dalam tahun 1258 M. Kekhalifahan Abbasiah mengalami kekalahan total dan bumi Baghdad hancur luluh. Adakah mereka ini yang digelar Yakjuj dan Makjuj? Asal usul Monngol adalah pecahan kaum Turk yang behijrah ke arah timur Dari Abu Bakrah bahwasanya Rasulullah telah bersabda: “Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijlah (Dajlah), dan di atas sungai itu ada sebuah jembatan. Penduduk daerah itu akan bertambah banyak, dan ia akan menjadi salah satu negeri dari negeri-negeri orang-orang yang berhijrah. [Perawi Muhammad ibnu Yahya berkata: Abu Ma’mar meriwayatkan dengan mengatakan: negeri-negeri kaum muslimin]. Kelak di akhir zaman Bani Qanthura’ yang berwajah lebar dan bermata sepet akan datang menyerbu, sehingga mereka mencapai tepian sungai Dajlah. Pada saat itulah penduduk daerah itu akan terpecah menjadi tiga kelompok. Satu kelompok mengikuti ekor sapi (menuntun binatang mereka) dan menyelamatkan diri ke pedalaman, mereka akan binasa. Satu kelompok lainnya memilih menyelamatkan dirinya dengan jalan memilih kekafiran. Adapun kelompok terakhir menempatkan keluarganya di belakang mereka dan bertempur melawan musuh. Mereka itulah orang-orang yang akan mati syahid.” HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al Albani. “Adapun satu kelompok yang terakhir menempatkan keluarganya di belakang punggung mereka dan mereka maju berperang menyongsong musuh. Orang-orang yang terbunuh di antara mereka adalah orang-orang yang mati syahid, dan Allah akan melimpahkan kemenangan kepada mereka melalui orang-orang yang tersisa.” HR. Ahmad-shahih. Sewajarnya kita mengambil iktibar dari sejarah. Sejarah tidak pernah menipu tetapi manusia sendiri yang menipu sejarah. Ramai yang masih belum sedar sehingga kini, masih ragu dan tidak percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj telah lama turun menghancurkab muka bumi ini. Disebalik bilangan manusia yang berwatak Yakjuj dan Makjuj ini, para pengikut mereka juga akan menjadi sebahagian dari mereka. Ia menyebabkan keluarga Yakjuj dan Makjuj ini semakin hari semakin membesar sehingga sebahagian besar muka bumi ini dipenuhi oleh mereka. Mereka melakukan fasad iaitu memusnahkan apa sahaja yang ada. Tamak dan tidak pernah bersyukur. Sejarah telah menunjukkan sebahagian dari manusia Yakjuj dan Makjuj ini boleh berubah menjadi Mukmin begitu juga sebaliknya. Kaum Mukminin yang lalai dan ingkar bertukar watak menjadi Yakjuj dan Makjuj. Misteri ini hanya dapat dirungkai dengan memberi perhatian kepada beberapa petunjuk yang berkias dalam alQuran dan Hadis. Ada banyak rahsia disebalik setiap kejadian. Kehancuran peradaban hebat di Asia Barat oleh tangan makhluk ganas dari Utara Dunia amat menyentuh perasaan. Bagaimana manusia primitif berjaya mengubah sejarah dan menghancur luluhkan sebuah peradaban. Mereka hanya suka berperang dan membunuh. Di sebalik penderitaan dan kehancuran pemerintah Islam, ada peristiwa luar jangkaan muncul. Kerajaan Islam telah hancur berkecai meninggalkan kesan yang sungguh menyayat hati kaum Muslimin. Walaupun begitu, rahmat Allah tetap mengatasi segalanya. Kemusnahan ini mempunyai hikmah yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Setiap peristiwa yang terjadi semestinya ada penyebabnya. Jika dilihat dari pandangan mata kasar, kejatuhan empayar Abbasiah pada 1258M pastinya akan memperlihatkan kejatuhan Islam secara total. Segalanya musnah jadi debu, bukan sahaja khalifahnya, malah seluruh cendekiawan, ulama dan hasil penulisan mereka ikut musnah. Segala peradaban yang gilang gemilang, bangunan-bangunan hebat yang dikagumi seluruh bangsa dunia hilang lenyap. Dibakar dan diruntuhkan. Jika dinilai dari situasi ini, Islam tentu sahaja akan ranap dan hilang dari permukaan bumi. Sebaliknya, manusia ganas dan buas ini secara tiba-tiba telah bertukar wajah menjadi penakluk baru bagi kaum Muslimin pula. Mereka membawa Islam menyeberangi sempadan hingga ke India, China dan juga pendalaman negara mereka Monggolia. Kejadian ini memang aneh. Walau apa pun keadaannya, Allah telah menghukum kaum bangsawan dan pemerintah Banghdad yang semakin lalai terhadap perintah agama dan lebih mencintai dunia. Berlumba mencari pengaruh dan saling besengketa. Meninggalkan sunnah dan memilih untuk bermusuhan sesama sendiri. Berpecah belah sehingga ada yang sanggup melakukan khianat. Manusia ganas ini (Monggol) seolah-olah dihantar dari neraka untuk menghancur lumat peradaban yang amat dibanggakan ketika itu. Menghukum manusia lalai, tamak dan meninggalkan sunnah. hiburan dan kemewahan melampau Kegilaan kepada pangkat, kuasa, harta dan pengaruh menjadikan segala urusan hanya berkiblat kepada dunia. Ada maklumat menyatakan ulama dari berlainan mazhab juga saling berlumba dan memusuhi sesama sendiri. Ada di antaranya melibatkan pertumpahan darah sesama umat Islam akibat petelagahan antara pengikut. Pada waktu itu bilangan mazhab yang wujud tersangat kecil berbanding dengan apa yang wujud pada hari ini. Kelalaian terhadap agama dan tertarik kepada dunia menjadikan bangsa Arab telah terjajah oleh nafsu. Keseronokan melebihi batas serta mabuk syahwat. Memilih untuk hidup mewah berbanding kesederhanaan yang dianjurkan oleh agama. Tak semena-mena datang satu kaum ganas dan gasar ini dan sekelip mata semuanya hilang bagai dipuput bayu. Bumi Baghdad sama seperti bandar-bandar besar yang lain telah diratakan oleh serangan Monggol, bertukar rupa menjadi padang jarak. Yang tinggal hanyalah epik Arabian Night - kisah 1001 malam yang terkenal itu. kisah seribu satu malam Mampukah manusia hari ini mengambil iktibar dari peristiwa ini? Rasanya tidak. Apabila hati sudah terpaut pada cara hidup mewah dan memanjakan nafsu, segalanya akan dicampak ke tepi. Ini adalah realiti kehidupan makhluk yang dicipta dari air yang jijik ini. Senonim dengan sifat bergopoh gapah dan melebihi batas, ramai diantara kita kurang berminat untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Hanya sedikit yang menyedari hakikat bahawa ini semua adalah ujian sementara hidup di muka bumi. Hanya sedikit yang bersedia mengorbankan hawa nafsu. Hanya sedikit yang meletakkan agama melebihi kuasa, harta dan pangkat. Manusia inilah yang akan selamat. Selain daripada golongan ini, semuanya akan ditawan oleh dunia. Manusia yang sedikit inilah yang berjaya melepaskan diri dari menjadi pecacai Yakjuj dan Makjuj. Selain dari itu, semuanya secara tidak langsung bertukar watak menjadi sebahagian dari Yakjuj dan Majuj ini. Seperti kata pengkaji fenomena akhir zaman, Sheikh Imran Hosein dalam salah satu ceramahnya. Jika kita memuja Yakjuj dan Makjuj dan hidup selesa sebagaimana mereka anjurkan maka kita akan ditarik masuk menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita makan apa yang mereka makan, kita pakai apa yang mereka pakai. Kita akan hidup seperti mereka dalam setiap aspek kehidupan. Kita tertarik dan begitu ingin menjadi seperti mereka. Kita bangga menggunakan bahasa mereka, kita kagumi kejayaan mereka, kita selesa perpakaian sepertimana mereka. Kita meniru gaya hidup mereka. Akhirnya kita percaya terhadap falsafah dan setiap kata mereka. Dalam tidak sedar kita telah mengangkat mereka sebagai idola dan contoh kehidupan untuk diikuti. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka. (Riwayat Muslim) Seperti yang beliau (Syeikh Imran) sebutkan, jika dibayangkan 99.9 peratus manusia adalah Yakjuj dan Makjuj, berapa ramaikah lagi yang tinggal untuk menjadi pengikut Imam Mahadi? Jelasnya, memang hanya sedikit sahaja. Bilangan pengikut Imam Mahadi tersangatlah sedikit iaitu manusia beriman (0.1 peratus). Ratio (kadar) yang boleh diperkirakan ialah, hanya seorang yang beriman di kalangan 1000 orang manusia. Sesungguhnya Allah berfirman pada han kiamat: Hai Adam, bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu untuk ditempatkan ke dalam neraka, dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga. (Ketika Rasulullah SAW menerirna firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis terisak-isak, demikian pula para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam. (HR. Tabrani). Adakah anda juga ikut menangis mendengar berita tersebut? Begitulah malangnya manusia akhir zaman ini. Jelas terbukti hanya sedikit sahaja yang akan selamat dari neraka Allah. Mahukah kita terus menerus mengikut cara hidup Yakjuj dan Makjuj dan akhirnya menjadi sebahagian dari mereka? Kita terdiri dari makhluk di akhir zaman ini, selain dari terpaksa menghadapi Dajjal, kita juga akan dimusnahkan oleh Yakjuj dan Majkjuj. Ini hanyalah sebuah peringatan untuk kita semua insafi, bukan bermaksud untuk memaksa anda. Contoh, jika seluruh penduduk dunia berjumlah 10 billion orang, 10 juta orang sahaja yang menjadi pengikut Imam Mahadi nanti. Mampukah 10 juta orang beriman ini menentang 10 billion orang Yakjuj dan Makjuj selain dari Dajjal itu sendiri? Selain dari itu, kita sendiri belum pasti adakah kita termasuk di kalangan mereka yang sedikit itu. Tetapi harus di ingat bahawa golongan ini akan menghadapi sesuatu musibah yang sungguh dahsyat. Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi) Bersedialah menyertai kumpulan ini dan teruslah berdoa agar, kita termasuk di kalangan golongan yang sedikit tersebut kerana Yakjuj dan Makjud bakal menghuni neraka, Nauzubillah. Daripada Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah. (Ada yang membuat tafsiran jemaah itu bermaksud Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, namun ia tentu sekali bermaksud mereka yang berkasih sayang antara sesama Muslim - kefahaman kami). Bagi pengkaji peristiwa akhir zaman, bukanlah mudah untuk menilai dan mengagak peristiwa yang bakal terjadi, namun atas keinsafan dan ketakwaan yang kuat pastinya mendapat petunjuk. Lihatlah dengan hati yang suci bersih dan insaflah dengan sebenar-benarnya. Perkara utama yang wajib ada di antara kita ialah sifat kasih sayang dan menjauhi tindakan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam walau dalam keadaan apa sekali pun. Meninjau kembali sejarah Tanah Di Hujung Dunia iaitu Tanah Melayu tercinta ini, entah kenapa, bumi Melayu tidak dimusnahkan oleh pelbagai bencana alam sebagaimana negara lain, malah tidak juga menjadi mangsa serangan kaum Monggol yang ganas tersebut di era penaklukan mereka. Allah sengaja menghalang kemusnahan sebagaimana Tanah Arab. Mungkin sengaja ditangguhkan seketika untuk kemudian hari? Ataupun sememangnya bukan ditakdirkan menjadi mangsa sehina bangsa Arab pada zaman itu. Masihkah kamu enggan bersyukur atas nikmat Allah ini? Janganlah jadi manusia yang kufur nikmat. Siksa Allah amatlah pedih. Berbalik kepada situasi semasa, tidak mustahil kita juga akan terdedah kepada fenomena luar jangka. Menjadi mangsa kepada serangan penjajah dalam bentuk baru (??). Tidak mustahil pula kita bakal menjadi makanan kaum Monggol selepas ini - yang telah bertukar bentuk (??). Sila fikirkan. Sebelum ini kami pernah membangkitkan sebuah pandangan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu adalah makhluk berktrampilan dan bergaya dari benua Eropah dalam sebuah artikal di blog ini. Namun setelah mengkaji semula berdasarkan beberapa nas berkaitan makhluk ini, kami merasakan ada sesuatu yang ganjil atau kelompangan. Seperti ada kecacatan sedikit kerana apa yang digambarkan oleh nas-nas tersebut, makhluk ini sangat ganas melebihi binatang. Rasulullah saw sendiri menggambarkan ketakutan yang amat sangat selelah mendapat petunjuk mengenainya. Siapa sebenarnya mereka? “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha). Kami terus membuat kajian dan menemui beberapa penulisan yang menarik untuk dianalisa secara mendalam. Antaranya ialah sebuah tulisan ilmiah Hancurnya Sebuah Peradaban karya Thoriq Ahmad (disiarka di bawah). Selain dari itu, banyak lagi artikel seumpamanya sempat kami baca. Ini membuatkan kami lebih berani membuat kesimpulan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk jahat yang berduyun-duyun turun menghancurkan peradaban dunia. Kejahatan mereka dalam bentuk pelbagai. Kejahatan mereka tertakluk kepada keadaan. Kebanyakannya memang diluar tahap pemikiran manusia. Lebih sesuai disebut di luar jangkaan. Kali ini (kemungkinan yang terakhir) bukan sahaja peradaban dunia yang akan mereka rosakkan tetapi juga peradaban kemanusiaan. Tauhid akan cuba dimusnahkan dari jiwa manusia. Mereka juga akan membawa keraguan kewujudan TUHAN malah mengangkat nafsu manusia itu sendiri sebagai tuhan. Sudah nampak apa yang ada di sekeliling kita? Tandanya, ia telah pun bermula. Dunia belum kiamat, tentunya Yakjuj dan Makjuj akan datang lagi buat kesekian kalinya. Mereka tidak turun hanya sekali seperti mana yang selalu kita dengar. Air tasik diminum oleh mereka (golongan sebelumnya) dan setelah kering nanti, datang pula kumpulan berikutnya dan mengatakan dulu tasik ini dipenuhi air. Tasik Galilee atau Tasik Tiberias menjadi indikator penting masa kedatangan Dajjal, Makjuj dan Makjuj (kumpulan terakhir) dan juga Nabi Isa as. Sekarang Yahudi Palsu (Kazaria) sedang mengeringkan tasik tersebut dengan rakusnya. Mereka juga adalah berasal kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Saka baka Monggol juga. Mereka berpecah kepada dua puak, satu ke Barat dan satu lagi ke Timur. Yahudi Kazar (Yakjuj Makjuj gelombang kedua) ini bakal diserang pula oleh Yakjuj Makjuj kumpulan terakhir di bumi Palestin? Siapa pula Yakjuj dan Makjuj akhir zaman ini? Teruskan berfikir. Sementara itu cuba kita lihat ada sesuatu keganjilan yang disebut di dalam nas, dua nama yang bercantum. Pertama Yakjuj dan kedua ialah Makjuj. Adakah ia tidak membawa apa-apa makna terselindung? Semua itu tetap menjadi misteri, bagaimana keadaan sebenarnya akan terus mengasak pemikiran kita semua. Berduyun itu maksudnya jumlah yang amat banyak. Meluru turun bermaksud pantas menuruni dari kawasan atas ke kawasan bawah secara berlumba-lumba. Apa pula indikasi yang boleh kita kaitkan Monggol dan Barat dengan Yakjuj dan Makjuj? Jika puak Khazar Zionis melalui gerakan penjajahan Barat, kita mungkin dapat menerimanya dengan mudah kerana kini mereka sudah pun bermukim di Bumi Palestin. “…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96 “Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Baitul-Maqdis,“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan “Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia. dipetik dari artikel Imran Hosein. Adakah Yakjuj dan Makjuj kumpulan terakhir ini juga ada kaitan dengan Yahudi Khazar? Mereka asalnya dari satu induk walau berlainan nama. Terkini, mereka sedang melalui proses terakhir untuk kembali kepada sifat asal mereka (makhluk perosak). Mereka bakal menjadi manusia penakluk yang baru. Keadaan menjadi semakin kompleks bila seluruh manusia mengikut cara, etika dan falsafah mereka serta bernaung di bawah kekuasaan mereka. Pembongkaran mengenai siapa mereka mungkin terpaksa dilakukan pada masa yang lain. Apa yang boleh kita faham, Yakjuj dan Makjuj adalah dua perkataan begandingan. Ia bermakna dua puak. Puak pertama Yakjuj dan puak kedua ialah Makjuj. Sebab itu di sebut Yakjuj wa Makjuj. Perkataan wa dalan Bahasa Arab itu bermaksud dan. Dalam perkhabaran Hadis dan alQuran ia diucapkan sekaligus iaitu gabungan keduanya. Terpecah tetapi satu. Adakah mereka bergabung antara keduanya atau dua jenis manusia berlainan kumpulan tetapi mempunyai kebuasan yang sama? Jawapannya tentu sekali tidak. Bangsa Tartar atau Monggol ini adalah orang gasar. Tindakan mereka juga kasar dan ganas. Serangan brutal membumi hanguskan semua negara yang diserangnya. Sementara pihak Barat membawa pendekatan berbentuk muslihat dan tipu daya. Melakukan provokasi, konspirasi berstrategi dan dusta. Merekalah yang mencipta perang dunia melalui muslihat jahat. Mereka kedua yakni Yajkuj dan sepupu mereka Makjuj tidak pernah berganding bahu merosakkan muka bumi. Jadi bagaimana kita hendak ulas mengenai bangsa Yakjud dan satu lagi bangsa Makjuj? Atau Gog and Magog. Ada satu fakta yang menarik. Sila baca di sini dan di sini. Kita akan lihat ada sesuatu maklumat di sana yang membolehkan kita mula berfikir untuk mengenali dua puak sejiwa ini. Yang paling menarik ialah: Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Manusia di sini bermaksud orang yang beriman. Kita dapat lihat ada maklumat yang boleh mambantu kita faham kenapa Monggol itu satu dari kaum Yakjuj Makjuj. Mereka berasal dari kaum Turk yang menghuni utara Asia. Buat waktu ini tak dapat lagi dipastikan sama ada Monggol itu Yakjuj dan Barat itu Makjuj. Tetapi sebilangan pengkaji Barat menyatakan bangsa mereka (Eropah) berasal dari kaum GOG. Lupakan dahulu mengenainya. Apa yang kami cuba bangkitkan ialah mengenai ungkapan “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”. Apakah maksudnya? Maksud tersembunyi ayat ini ialah perkataan Insya Allah. Adakah mereka sudah mengenali Allah sehingga mampu menyebut perkataan tersebut? Bukankah mereka kaum yang kasar, ganas dan primitif sehingga tidak dapat difahami perkataan mereka? Malah mereka terdiri dari kaum pagan. Hanya orang yang percaya kepada kekuasaan Allah atau beriman dengan kekuasaanNya sahaja yang akan mengucapkan perkataan Insya Allah ini. Ayat tersebut membayangkan ada sesuatu tanda di sebaliknya. Ia tidak akan disebut secara sia-sia. Jika perkataan Insya Allah itu tidak disebut, tembok Zulqarnain tentu masih kekal di sana sehingga hari ini. Yakjuj atau Makjuj juga tidak akan keluar sehingga sekarang. Begitulah cantiknya bahasa alQuranul Karim dan juga perkhabaran dari Baginda Rasulullah saw. Kita lihat dalam artikel Runtuhnya Sebuah Peradaban – Serangan Monggol ada disebutkan seorang dari cucu Jengis Khan: Pemimpin Monggol pertama yang memeluk Islam ialah Barkha Khan (1256-1266), cucu Jengis Khan dari puteranya Juchi Khan, penguasa Eropah Timur Barkha Khan telah memeluk Islam secara rasmi atas dakwah seorang ahli sufi. Ketika itu Bangsa Arab masih selamat dan belum lagi jatuh ke tangan tentera Monggol walaupun beberapa kawasan Islam bukan Arab (ajam) telah pun ditawan sebelum itu. Ini berarti dia sudah mengenali Islam dengan mendalam sebelum menerima Islam secara rasmi sebagai cara hidup beliau. Adalah munasabah jika kita katakan ada di antara tentera mereka (sebelum ketuanya) sudah pun mengenali Islam dan menganut agama Allah ini. Lebih awal sebelum kemusnahan halangan tersebut. Tembok itu musnah boleh ditakrifkan sebagai tamatnya halangan untuk Yakjuj dan Makjuj keluar. Bermulalah serangan Monggol dari dataran Asia Tengah ke atas bangsa Arab di Baghdad. Salah satu pasukan Hulagu menyerang dari arah utara. Perjalanan 1000 km melaluii celahan dua gunung tersebut. Dalam satu hadis Baginda Rasulullah saw, Baginda menyebut Celakalah bangsa Arab... bermaksud kerajaan Arab ketika itu iaitu kerajaan Abbasiah di Baghdad. Artikel saudara Thoriq amat menarik perhatian kami, disiarkan di sini para pembaca boleh mengetahui bagaimana dahsyatnya hentaman kaum Monggol ini sesuai dengan sifat manusia ganas bernama Yakjuj dan Makjuj seperti mana yang digambarkan dalam beberapa hadis. Berkaitan analisa tentang siapa Yakjuj dan Makjuj akhir zaman (belum keluar) akan kami cuba postkan kemudian, insyaAllah. Sebelum itu pembaca bolehlah memikirkan sendiri siapa mereka, apa kaitan dengan Yahudi Zionis, apa persamaan dengan misionari Barat dan THH dan apa pula persamaan sifat kebuasan yang ada pada mereka. Bagaimana keadaan yang dikatakan Mereka begitu ramai bilangannya berbanding kaum Mukminin? Yang paling penting untuk kita fikirkan ialah apakah nasib kita nanti jika menghadapi serangan mereka? Atau, adakah... sememangnya kita hari ini sedang menghadapi mereka di luar kesedaran kita? Kuasa Allah Maha Suci Allah, segala sesuatu adalah atas kehendakNya. Akal manusia tidak mampu mentafsir kecuali sedikit. Islam kembali semula dalam wajah baru selepas sahaja Monggol tewas kepada tentera Islam di Ain Jalut. Pemimpin Monggol yang bengis dan ganas dengan rela hati beransur-ansur menerima dan menganut agama musuhnya, Islam. Akhirnya mereka menjadi pemimpin Islam meluaskan takluk ke India. Di sana wujudlah kerajaan Islam Monggol yang dikenali sebagai Moghul. Mereka terus bertahan di sana sehinggalah ditamatkan oleh penjajah British (Yakjuj Makjuj gelombang kedua). British mengetuai bangsa Eropah menjajah dunia. British secara rahsia telah dikuasai oleh kaum Khazar (Yahudi Khazar - Ashkenazi Jews) yang menguasai ekonomi mereka. Eropah menyerang semua negara yang dikuasai Monggol termasuk India dan Timur Tengah. Melemahkan China dengan menyeludup masuk candu dan menduduki beberapa wilayahnya. Kerajaan Monggol akhirnya tumbang. Mengatur Perang Dunia Petama dan Kedua. Gerakan Eropah ini akhirnya memberi peluang tertubuhnya sebuah negara Yahudi Khazar di Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari sana. Tinggallah manusia Arab Palestin di kem-kem pelarian sehingga kini. Mereka terus melakukan kerosakan tanpa henti dalam usaha memperluaskan kekuasaan mereka. Meliputi seluruh kawasan Arab yang mereka dakwa sebagai bekas kerajaan besar David (Nabi Daud as) dari Nil hingga Dajlah. Mereka terus menerus mendustai dunia. Kadatangan penjajah Eropah merupakan gelombang kedua Yakjuj dan Makjuj. Kita masih menanti keluarnya Yakjuj dan Makjuj untuk kali terkhir. Iaitu gelombang ketiga. Siapa Mereka? Yang pasti mereka akan datang berduyun-duyun dari utara dunia. Adakah Monggol akan datang kembali selepas giliran Eropah? Yakjuj dan Makjuj akan melakukan kerosakan besar. Itu adalah faktanya. Tunggu sambungannya nanti... Tidak masuk akal, luasnya kekuasaan bangsa primitif dari utara dunia ini Sila baca : Runtuhnya Sebuah Peradaban – Serangan Monggol Oleh: Thoriq Ahmad You might also like: Monggol Makhluk Yang Menakutkan - misteri roda sedang ... Makhluk Perosak yang berkterampilan, segak dan bergaya FITNAH? FD - 1 materialisma satu agama ciptaan makhluk - mengajak manusia ... LinkWithin Dicatat oleh pHD Mm di 9:17 PM 5 comments: AnonymousMay 5, 2012 at 6:40 PM artikel ni dah pergi terlalu jauh. mungkin sekarang kita blh berteori gog&magog adalah bhg drp bangsa monggol.. cuma jgn terkejut klu2 yajuj & majuj sebenar tiba2 keluar pd akhir zaman nanti. klu dikira drp tempoh waktu zulkarnain, bukankah perubahan bentuk mukabumi perlu diambil kira? dgn izin Allah, kemungkinan besar satelit tdk dapat mengesan perkara tersebut.. petikan dr surah Al-Kahfi : Bawalah kepadaku ketul-ketul besi sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, iapun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu, sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. besi (tidak dapat dipastikan drp unsurnya)+ tembaga cair. adakah kita pernah berfikir mengenainya? mungkin kita perlu mengetahui kombinasi kedua-duanya apabila digabungkan.. dan lagi selama mereka berada dlm sebuah tempat yg tidak mungkin dpt mereka keluar x mustahil utk jumlah makhluk-mahkluk tersebut bertambah.. ada kemungkinan mereka juga makhluk hybrid.. perumpamaannya mungkin spt ini : satu golongan yg telah lama tinggal dlm kawasan hutan@ bwh tanah dlm jangka masa yg lama (x mengenal puak manusia lain selain puak manusia sebelumnya). blh kita bayangkan bagaimana perilaku mereka jika berjumpa dgn manusia? sudah tentu kita mengenal tentang manusia-manusia kanibal.bagaimana perilaku mereka.? (segala di atas hanya andaian dan teori penulis) Hanya Allah yg lebih mengetahui. tambahan pula, mereka selalu melakukan kerosakan dan adakah kita mempunyai pengetahuan tentang kekuatan bangsa-bangsa terdahulu? jadi, tidak mustahil bilangan & kekuatan tersebut dpt menghabiskan air sebuah tasik dgn izin Allah. (walau bagaimanapun ini cuma andaian sahaja, kajian yg lebih mendalam perlu dilakukan) Reply AnonymousFebruary 27, 2013 at 2:15 AM baca buku LIMA GELOMBANG KELUAR YAKJUJ & MAKJUJ author Muhammad Alexander. sebuah buku yang terperinci mengenai gog magog. Reply smart featureAugust 30, 2013 at 10:12 AM This comment has been removed by the author. Reply smart featureAugust 30, 2013 at 10:13 AM Wow !! Bahasanya banyak yang nggak saya fahami, knp nggak pakai bahasa indonesia yang baik dan benar aja biar mudah difahami. Reply AnonymousOctober 31, 2013 at 8:17 PM Bahasa melayu masih murni berbanding bahasa Indonesia yang terlalu banyak istilah inggeris dan belanda. Reply Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) artikel menarik sepanjang masa Rahsia Tersembunyi Yang Amat Digeruni Yahudi Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara ... Kod–kod rahsia perjuangan alMahdi Terdapat satu pandangan yang saya kira amat baik diangkat sebagai artikel untuk diteliti bersama. Perbincangan dan misteri siapakah dia ma... Devils Triangle Methane hydrates An explanation for some of the disappearances focuses on the presence of vast fields of methane hydrates on the contine... Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia Muncul beberapa penulisan yang membuka rahsia percaturan Yahudi di ambang kemusnahan dunia. Ramai diantara penulis dunia yang tidak sehal... Keajaiban Rahsia Tersebunyi - KAABAH “Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijad... Misteri Kewujudan Medan Tenaga Yang Terkuat Di Segitiga Bermuda, Makkah dan Madinah (update) Atas permintaan seorang pembaca, saya tulis kembali kisah ini dalam bahasa Melayu. Ini mungkin artikel terakhir blog ini (saya sebut mungki... kaitan RIBA, KNIGHTS TEMPLER dan MANUSIA di akhir zaman Salam hormat dari ABATASA Bismillahirrahmanirrahim gambar pada wang kertas 10 ringgit lama Kemunculan huru hara dunia semakin menghimp... Malaysia 2013 ?? unleash riots... moslems, ..must read ! 2013 ILLUMINATI BLUEPRINT (TOP SECRET REVEALED) There are two Illuminati blueprint which I think should be told to the masses (obtained ... Tasik Tiberias semakin kering. Dibawah ini saya selitkan beberapa keterangan yang ditulis oleh penganalisis barat yang saya pasti tidak memihak atau prejudis terhadap ... MURSYID dan LADUNI kasyaf dalam redha Allah Ilmu ladunî diperoleh manusia melalui penyampaian langsung (mukâsyafah). Untuk memperoleh mukâsyafah, ia memerl... Total Pageviews 944,623 Salam Sejahtera - Selamat Datang ...... Misteri terkini Akhzaman.Blogspot.Com Pamir Kebodohan Demi Ego (03 Oct 2012) (8 comments) Diseret Ke Lembah Hina (23 Oct 2012) (10 comments) Jihad Seorang Budak Dangau (25 Oct 2012) (12 comments) Selamat Datang 1434 H - Meniti Waktu Menanti AlMahdi (15 Nov 2012) (162 comments) Penguasaan Yahudi dan Nasrani: Umat Islam Akan Hancur Binasa (08 Dec 2012) (37 comments) Kod–kod rahsia perjuangan alMahdi (07 Jan 2013) (240 comments) MURSYID dan LADUNI (15 Feb 2013) (61 comments) get this widget here Maklumat Tambahan abatasa ii DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS - Sepertimana UMNO, PAS kini ikut tergoyang akibat sentuhan tangan hitam. Apatah lagi ianya melibatkan parti politik Melayu. Matlamat utamanya ialah membuk... Google Blog Search 2010 PInk RSS Posts Comments teori dan misteri Dari mana asalnya salsilah Melayu apa kaitan dengan : JAWI. Siapa sebenarnya Yahudi Zionis? Kenapa mereka memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishaq+Ismail+ Q ? Siapa Q? Siapa Pemuda Bani Tamim? Apakah itu 3Mim? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan keturunan NABI ISHAQ. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran? Misteri ini kian terbongkar. SATU KEGANJILAN diakhir zaman......... Penemuan kajian, Melayu Nusantara ialah Bani Ishaq beragama Islam sementara Yahudi Zionis ialah Bangsa Khazar yang berugama Yahudi. ??? Kaum Phastuns di Afghanistan dan Pakistan juga adalah Bani Ishaq??? Misteri yang semakin nyata. Google+ Followers rakan blog Popular Posts Kod–kod rahsia perjuangan alMahdi Keajaiban Rahsia Tersebunyi - KAABAH Saad bin Abi Waqqas; SYIAH, IRAN dan Majusi Utusan dari NERAKA - Gelombang pertama Yakjuj dan Makjuj Rahsia Tersembunyi Yang Amat Digeruni Yahudi Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia Misteri Kewujudan Medan Tenaga Yang Terkuat Di Segitiga Bermuda, Makkah dan Madinah (update) MURSYID dan LADUNI Tasik Tiberias semakin kering. Blog Archive 2013 (5) 2012 (39) Dec 2012 (1) Nov 2012 (1) Oct 2012 (3) Sep 2012 (1) Aug 2012 (1) Jul 2012 (2) Jun 2012 (3) May 2012 (3) Apr 2012 (6) Mangsa Diperbodohkan Mangsa Bendera Hitam Qutuz - Benteng akhir Makkah dan Mad... Utusan dari NERAKA - Gelombang pertama Yakjuj dan ... materialisma satu agama ciptaan makhluk - mengajak... Selangor oh Selangor Kebangkitan Palsu Mar 2012 (5) Feb 2012 (4) Jan 2012 (9) 2011 (43) 2010 (24) 2009 (8) RANGKAIAN EMAS Nusanaga TAUFAN SUPER HAIYAN 7 hours ago CATATAN SI MERAH SILU Kenangan zaman UK : Sedikit barangan lama sebagai jambatan cerita 1 day ago abatasa ii DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS 4 days ago Insan Insan Pendakwah Konflik Syria Petanda Akhir Zaman 2 weeks ago IBNU RUSYDI Prestij Darjah Kebesaran Dato’ Johor 2 weeks ago Umat Terakhir Art of Con: God Game 2 weeks ago OrgOrg Itulah kita 3 weeks ago ABU ZULFIQAR Alexanderwathern Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Muslim (PDF) 3 weeks ago Menelusuri Zaman Ummah Kedua Aura Harmoni Imam Mahdi di Malaysia 5 weeks ago Satu Niat , Satu Matlamat Akhirat Menembusi Alam dan Penguasaan Dunia 2 months ago abuhakeem Tazkirah / Perpaduan Kaum / Haram Yang Halal 2 months ago SANGTAWAL sakranta Rasis Yahudi 2 months ago Kubra @ News Zamany. SIRAH- KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 19 6 months ago MistisFiles Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI 11 months ago Sebuah Kehidupan Azan Flower - Mekar Semasa Azan Berkumandang 1 year ago Rangkaian Pilihan Caca Marba Kaum Muslimin akan mewarisi dunia ini - Paderi Rusia 1 hour ago SATU UMAT PALESTIN - Briged Al-Qassam Kenang Hijarah Sijjil 12 hours ago TAZKIRAH Hukum Baca Usolli 15 hours ago CAHAYA HIDAYAH APA RENCANA MATANG SANG DAJJAL AKHIR JAMAN? 18 hours ago Cahaya Mukmin Hindari Perdebatan 3 days ago Ustaz Nor Amin Jangan Salahkan Mereka Yang Tidak Menyokong 6 days ago RESEPI RAHSIA KU DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN 1434/1435H 1 week ago RAHSIA-RAHSIA BESAR DALAM AL-QURAN, المعجزات الكبيرات فى القرآن Hisab Imkanur-Rukyat: Kriteria Baru Awal Bulan Hijriyyah Setelah Pengamatan Bertahun 2 weeks ago KORBAN-DEMOKRASI Jual Sprei Murah - Bangkitkan Gairah lewat Kamar yang Seksi 3 weeks ago Ustaz Amin - Bicara Agama, Keluarga, Masyarakat dan Aktiviti Dakwah Jawapan kepada isu ketidakpuasan hati penganut agama Hindu tentang perlaksanaan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya. 4 weeks ago bradokapak Catatan dari Facebook #1 - Ibadah Haji 4 weeks ago AFTERDARK WRITES! THE PREPPER IN ME IS BACK! (FB SCREENSHOT) 5 weeks ago PANJI HITAM DARI TIMUR Wakil - Wakil Panji Hitam Dari Timur 2 months ago Kebangkitan Cahaya Islam (kitabngeri.blogspot) Jalan menuju Allah. 5 months ago ::QUDWAH ALHASANAH::TINTA TAMSIL PENYUBUR BIAH SOLEHAH:: Tasawwur Islam : Apa Itu Islam 5 months ago SufiSense 7 months ago Permata HD Kejayaan Anwar membawa wajah baru kepada PAS 9 months ago DEVOTEE KEMUNCULAN RISALAH ILMU PERUBATAN 10 months ago Read, Youll Conquer The World KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER 11 months ago MaRi Ke ALaM JiN BuNiaN AKTIVITI PKMAF yg perlu anda tahu .. 11 months ago WakeUp Project | The Arrivals | The WakeUp Project The Matrix & This World - a must read/watch 3 years ago Return of The King SALAM AIDIL FITRI 3 years ago DUNIA DAN KONSPIRASI The Arrivals Part 04 (Bukti-bukti Ketibaan Dajjal) - Malay Sub 3 years ago Kumanddie Welcomes you to ARMAGEDDONS DEATH ZONE Erez Zion - Negara Kedua Yahudi 3 years ago freeourmind - the rise of Islam Special Blog List MELAYU NUSANTARA BANGSA NAGA DAN AUSTRONESIA 1 day ago T H E . M A L A Y . P R E S S AKAL LIAR 1 day ago Sitiks Blog Today’s Quote 2 days ago an offer you cant refuse Ramalan Untuk Tahun 1435 Hijriyah 1 week ago Saya Cinta Islam Makam dan sejarah 25 Rasul Allah 1 month ago Aminuddin Yahaya Saranan pada TPM – Jangan Mengalah 2 months ago Weblog Cikgu Jumali Cerita RM 20.00 2 months ago Beautiful And Elegant Abaya, The Abayas of Choice Murah Hati Ganda Rezeki 2 months ago PANJI HITAM DARI TIMUR Wakil - Wakil Panji Hitam Dari Timur 2 months ago Ensiklopedia Muslim (موسوعة المسلم) ABU LULUAH 3 months ago ISLAM vs WAHABI & SYIAH Perdana Menteri Malaysia 7 (PRU 13) 6 months ago Portal Rasmi Jalur 3 Aku Janji BN Islamik – JATI 6 months ago Surah Al-Kahfi Mengapa BN Akan Bankrupt Jika Menurunkan Harga Kereta? 7 months ago Hikayat Merong Mahawangsa Meneliti Undang-undang Kedah dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II 9 months ago Jejaki Tinggalan Rasul (JTR 2010) Teguran Dan Bantahan Terhadap Karekter Fifi Dalam Siaran Radio Hot.Fm 1 year ago Cetusan Minda Seorang Pemuda Gila-Gila Remaja 1 year ago blogsafar Naruto Prologue Anime Manga Series 2 years ago freeourmind I’m Proud To Be A Muslim 3 years ago AMERICA THE GREATEST SINNER ON EARTH SELAMAT HARIJADI LEE KWAN YEW 3 years ago eradajjal Konspirasi World Cup 2010 3 years ago Wake Up Muslims! Version 2 Menyingkap Tabir Dunia: Perihal Imam Mahdi-Bangsa MIM BAHAGIAN 3 3 years ago Warga Melayu 3 years ago :. Dunia Metafizik dan Sufism .: An Ancient Names of Malay Peninsula 4 years ago The Sovereign Empire of Bani Jawi Kingdom of All Time Ayyuhal ‘Abid 5 years ago Eramuslim - Media Islam Rujukan TERJEMAHAN Dewan Bahasa dan Pustaka @ DBP - Enjin Google - translate - politiking? demo-k-ras-i Ibnu Hasyim Pemilihan PAS: Tolak Melalui Kekal -Khalid Samad 2 hours ago Lim Kit Siang British PM David Cameron meets Tamils in Jaffna; Sri Lanka fumes at CHOGM 8 hours ago AIDC Timbalan Presiden PAS : Khalid Samad Sokong Mat Sabu 9 hours ago Belantan Mampukah Noh jinakkan ...? 10 hours ago ZULKIFLI BIN NOORDIN IKTIBAR ASYURA 13 hours ago PEJUANG BANGSA PANAS ! RAFIZI TERKEDU BILA DITEKAN BERAPA GAJI DIBAYAR JADI PENASIHAT KERAJAAN SELANGOR !! 14 hours ago Anwar Ibrahim Anwar wants judge removed from Federal Court bench 2 days ago BlogList Malaysia Syed Mokhtar tamak ambil Bernas untuk keuntungan sendiri 3 days ago Rakyat Malaysia DEMI TEGAKKAN SYIAR ISLAM, POLIS PERLU BURU PEMBUNUH MOHD RAFLI HINGGA KE LUBANG CACING… 3 days ago RADIKALISMA ANWARINAS diperanjingkan oleh sebilangan ahli PAS 4 days ago SIASAH Protes jatuhkan pemerintah: Aktivis perlu bijak pilih taktik dan strategi 1 week ago hijabul crewz Analisis PRK N.20 Sg Limau : Kenapa Undi Majoriti Merosot? 1 week ago Kickdefella Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 5 weeks ago MWA - Kumpulan Pejuang Siber Melayu Anwar dan REVOLUSI ala komunis 10 months ago t 100309 link world news 1 google news indonesia conspiracy Cintai Bahasa Kita DBP webside: buku agama kanzun mahfiyyan ....... Recent Visitors baca fikir halusi .. ya @ tidak Utusan Online Pas ada bukti Karpal bohong - IPOH 15 Nov. - Pas hari ini mendakwa mempunyai bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh telah berbohong apabila menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti ... 6 hours ago Kosmo Online Akmal Rizal sertai Sarawak musim depan - KUCHING - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan pasukan Ngap Sayot telah mengikat kontrak dengan bekas pemain Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sela... 8 hours ago Eramuslim - Media Islam Rujukan - XINHUANEWS - Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu - Recent Visitors Subscribe To Posts Comments Referrer1104290411 SANGTAWAL sakranta [11,213] abatasa ii: Umat Muh... [9,583] Yahoo [6,325] Sebuah Kehidupan [5,673] MistisFiles: Alter T... [2,874] Satu Niat Satu Matl... [2,055] akhzaman.blogspot - ... [1,878] Google [1,850] Leaving Facebook... [1,795] Umat Terakhir: SYARA... [1,451] 44,697 e-referrer kembali ke HALAMAN UTAMA King of the East: bani JAWI yang hilang misteri Saad bin Abi Waqqas; SYIAH, IRAN dan Majusi 5 weeks ago hubungi: abatasa2@gmail Jika ada sebarang maklumat sesuai untuk membantu ummah sila hubungi saya kingsakhzaman@gmail Maklumat Penting Berhati-hati memilih Jangan hanya kerana terlalu berdendam dan marah saudara semua memilih jalan yang dilarang, akhirnya saudara semua akan hilang kasih sayang Allah dan juga bakal dipertanyakan kelak. Sia-sia sahaja amalan seharian kita. Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani (kafir) sebagai sekutu (yang memimpin) kamu. Mereka (Yahudi dan Nasrani) (sebenarnya) adalah sekutu sesama mereka. Dan barangsiapa di kalangan kamu (yang beriman) menjadi sekutu bagi mereka, sesunggunya dia adalah sebahagian daripada mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim,” (Quran, al-Maidah: 51) Siala yang Zalim? Siapa yang Tidak Mendapat petunjuk?
Posted on: Sat, 16 Nov 2013 00:31:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015