VITAMIN B-KOMPLEKS Vitamin B-Kompleks adalah keluarga vitamin - TopicsExpress



          

VITAMIN B-KOMPLEKS Vitamin B-Kompleks adalah keluarga vitamin larut air yang perlu dan terdiri daripada tiamin(B1), riboflavin(B2), niasin(B3), asid pantotenik(B5), piridoksine (B6), biotin(B7), asid folik(B9), kobalamin(B12). Secara semulajadi, Vitamin B1 boleh ditemui di dalam bijirin,roti, daging merah,kuning telur, sayuran berdaun hijau, kekacang, jagung manis,beras perang, buah-buahan beri dan ragi. Vitamin B2 pula boleh diitemui di dalam produk bijiran penuh, susu, daging, telur, keju dan kacang pea. Vitamin B3 biasanya terdapat pada makanan yang kaya protein, termasuklah daging, ikan, ragi brewer, susu, telur, kekacang, kentang, dan kacang tanah. Vitamin B5 terkandung di dalam daging, kekacang dan bijirin penuh. Vitamin B6 boleh ditemui dalam pelbagai makanan seperti hati, daging, beras perang, ikan, lepa susu, putik gandum, bijirin dan kacang soya. Vitamin B7 pula adalah kuning telur, hati dan sayur-sayuran. Vitamin B9 mudah didapati dari ragi, hati, sayuran hijau, dan bijirin penuh. Vitamin B12 pula boleh diperolehi daripada hati, daging, kuning telur, ayam, itik dan sus. MANFAAT PADA KESIHATAN - Menggalakkan penghasilan tenaga - Mengekalkan kesihatan kulit - Otot - Sistem pertahanan dan saraf FUNGSI VITAMIN B - Menggalakkan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ia digunakan dalam pengurusan menurunkan berat badan -Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa Vitamin B membantu dalam memperbaiki simptom-simptom dan tanda-tanda masalah saraf berkaitan diabetes atau pengambilan alkohol. Ia juga dipercayai membantu dalam menurunkan risiko untuk mendapat kanser -Vitamin B penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak -Vitamin B1 dan B2 membantu penghasilan tenaga dan fungsi enzim pada otot, saraf dan jantung -Vitamin B3 juga penting dalam penghasilan tenaga dan mengekalkan kesihatan kulit, sistem saraf dan pemakanan -Vittamin B5 mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan normal tubuh -Vitamin B7 juga meransang penggunaan protein dan karbohidrat dan juga penghasilan hormon. -Vitamin B9 menyokong sel dalam membuat dan mengekalkan DNA yang sihat, dan penting dalam penghasilan sel darah merah -Vittamin B12 pula bertindak sebagai komponen penting dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh. Ia juga memainkkan peranan dalam penghasilan sel darah merah dan mengekalkan fungsi sistem saraf. KESAN KEKURANGAN kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan -Kekurangan darah merah -Keletihan -Hilang selera makan -Sakit abdomen -Tekanan perasaan -Rasa kebas pada tangan dan kaki -Ekzema -Gangguan pertumbuhan kanak-kanakk -Kecatatan pada bayi yang dilahirkan
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 15:23:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015