Vila Arosa Keringsing Puteh. Prolog Kesombongan apakah ini, - TopicsExpress



          

Vila Arosa Keringsing Puteh. Prolog Kesombongan apakah ini, tatkala senang lupa diri, ditimpa kesulitan juga sombongkan diri? Sukarkah untuk beramah mesra dan bertegur sapa? Barangkali bersarang sejuta masalah di dalam tempurung kepalanya sehingga salam pengenalan tidak diendahkan bahkan menjuih bibir menghina ketetapan. Terkadang kita manusia terlupa adanya yang Maha Kuasa sentiasa menilai kita walaupun pada saat kita dipuncak bahagia. Masya-Allah... Itulah kata-kata yang terluah di dalam laman blog. Seseorang telah meluahkan ketidakpuasan hati pada apa yang dilaluinya bahkan penulis merasakan apa yang ada disekelilingnya bagaikan tidak kena. Ada sesuatu yang perlu diubah iaitu tanggapan orang terhadap kesempitan hidup. Hisyam Baktiar nama yang tidak asing dalam penulisan blog. Hari-hari yang dilaluinya pasti di situ tercatat. Namun Hisyam Baktiar tidak dikenali umum. Siapa dirinya, dari mana asalnya tidak dijelaskan. Apa yang diketengahkan adalah mengenai tindak tanduk manusia yang dilihatnya. Walau bagaimanapun, Hisyam Baktiar adalah sekadar nama samaran di dunia maya yang telah banyak menimbulkan kontroversi tentang siri pembunuhan. Apa yang tertulis di situ atau segala pendapatnya menjadi satu ketetapan yang tidak dapat dielak. Isu yang terbaru dikupaskan adalah tentang bagaimana seorang professor universiti terkemuka telah dibunuh dengan begitu kejam. Ketika mayat ditemui, didapti kedua-dua belah kaki mangsa telah dipotong. Sepasang kaki itu telah tiada sehingga ke paras lutut. Wajah mangsa telah disimbah dengan asid. “Macam mana blogger ni mendapat info?” Zahid memalingkan wajah ke arah rakan sekerjanya, Masri. Mereka berdua adalah penyiasat persendirian dan seorang lagi bernama Julia sedang bancuh kopi. “Aku rasa dia mesti ada kena mengena.” Masri merenung tajam ke arah skrin komputer. Setiap artikel yang dikeluarkan pasti menarik perhatian. “Sekarang ni tak hairan dengan semua ni. Biasanya yang tulis memang ada penglibatan secara khusus.” Julia mencelah sambil membawa dua cawan kopi. Satu dibagi kepada Zahid dan satu lagi dipegangnya. “Untuk aku mana?” Masri berkerut dahi. “Bancuh sendiri.” Julia mahu menyisip kopi itu. Masri pandang dengan tidak puas hati. “Ni memang untuk kau pun.” Julia tadinya mengacah sahaja. Zahid menggeleng dengan sikap Julai yang memang suka mengusik Masri. “Mana kita nak cari budak ni?” Zahid masih menghadap skrin laptop itu dan cuba mendapatkan infomasi mengenai hal tersebut. Julia tarik kerusi dan duduk disebelah Zahid yang sedang menggerakan sensor tetikus ke butang seterusnya. “Aku cuba dapatkan info dari pihak multimedia tapi jelas mereka susah nak trace. Kedudukan sentiasa berubah.” Ucap Julia. “Maksud kau?” Masri mencelah. Julia mengambil sesuatu yang berada di atas rak. Laporan yang dicetak keluar dari unit multimedia. Zahid mengambilnya. Menggeleng Zahid. “Kalau begini susah kita nak jejak dia.” “London, Jakarta, Noway, Pakistan dan bla bla bla…” Masri mengintai kertas yang dipegang Zahid. “Banyaknya lokasi. Bermakna Hisyam Bakhtiar bukan berada di Malaysia.” Tutur Masri lagi. Dibaca sesuatu yang baru sebaik sahaja butang ‘refresh’ ditekan. Terbeliak biji mata Zahid membaca sesuatu yang diluar jangkaan. Lima senarai nama tercatat di situ. “Kau orang tengok ni.” Lantas mereka berdua memandang skrin. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. “Siapa lima orang ni?” Julia tertanya-tanya maka spekulasi mula timbul. “Boleh jadi mereka adalah mangsa seterusnya.” Masri ketap bibir. Ketika Masri menoleh semula pada tempat itu, didapati Zahid sudah tiada. Julia pula kebingungan. Bila masa pula Zahid beredar? Kemudian kedengaran enjin kereta menderu di tingkat bawah. Mereka mengintai dari tingkap. “Mana Zahid nak pergi tu?!” Soal Julia cemas. “Aku pun tak tahu. Jom kita ikut!” Masri tarik lengan Julia. ~sambung ke bab 1~ Villa Nabila
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 16:42:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015