Villa Nabila, ALLAH dedahkan realiti orang Melayu Bila ALLAH - TopicsExpress



          

Villa Nabila, ALLAH dedahkan realiti orang Melayu Bila ALLAH izinkan seorang pengawal keselamatan menembak dengan kejam sampai mati seorang pegawai bank wanita, terdedahlah sindiket MyKad palsu yang terbesar serta mededahkan realiti betapa ramainya pendatang asing yang memiliki MyKad palsu. Kini bila ALLAH izinkan seorang remaja 16 tahun tidur di rumah kawannya, ianya menunjukkan betapa kurang bijaknya orang kita yang berlumba-lumba pergi tengok rumah yang mempunyai banyak jin dan syaitan tetapi tidak berlumba-lumba ke masjid dan surau yang mempunyai lebih banyak lagi bilangan malaikat. Kepada mereka yang mempunyai twitter, Whatsapp, Facebook dan sebagainya, marilah kita seru rakan-rakan kita memenuhi masjid dan surau untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu dengan pelbagai kisah-kisah ajaib para Nabi, para sahabat, para malaikat. Nasihat untuk diri saya
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 04:06:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015