Villa Nabila dipagar Johor Bahru: Banglo terbiar, Villa Nabila - TopicsExpress



          

Villa Nabila dipagar Johor Bahru: Banglo terbiar, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mendapat perhatian ramai penyebaran khabar angin melalui Internet kononnya 23 remaja disembunyikan makhluk halus tengah malam Sabtu lalu, kembali sunyi selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan itu fitnah semata-mata. Kawasan banglo terbiar seluas dua padang bola sepak itu sebelum ini menjadi antara lokasi tumpuan mereka yang ingin meneroka misteri yang dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik. Bagaimanapun, ia kembali sunyi apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang pagar di pintu masuk utama bagi mengelak pencerobohan. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bertindak memasang pagar zink pada petang kelmarin. Datuk Bandar MBJB Ismail Karim berkata, kerja memasang zink itu dilakukan petang kelmarin selepas pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik villa berkenaan supaya membersih dan menutup bangunan. “Sepatutnya pemasangan pagar dibuat selepas seminggu notis dikeluarkan, namun kami memagarnya segera memandangkan orang ramai masuk ke vila itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan. “Buat masa ini kami buat pagar di kawasan pintu masuk utama dulu dan jika ada keperluan barulah kami memasang pagar pada laluan masuk dari arah belakang,” katanya. Villa Nabila yang terbiar sejak 40 tahun lalu menjadi tumpuan apabila seorang remaja lelaki dilaporkan ‘hilang’ selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi Sabtu lalu.
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 02:56:52 +0000

Trending Topics



ass="stbody" style="min-height:30px;">
So, now that weve had the 3ds version for a while, I wanna raise a
“Ukip Scotland leader Lord Monckton was among the candidates who

Recently Viewed Topics




© 2015