Wahabi Saudi sering dikaitkan dengan fahaman wahabi. Asalnya, - TopicsExpress



          

Wahabi Saudi sering dikaitkan dengan fahaman wahabi. Asalnya, ia merujuk kepada gerakan Muhammad bin Abd al-Wahhab. Mulanya, ia sebuah gerakan pembaharuan yang sepatutnya menghidupkan reform. Antara yang bagus dalam gerakan itu ialah keluasan bermazhab dan melihat dalil dari pelbagai pihak. Dalam sejarah gerakan tersebut, ia telah menjadi inspirasi kepada banyak gerakan lain di dunia ini. Sehingga para ulama Deoband India yang beraliran Ashairah dan Maturidiyyah juga dituduh wahabi oleh penduduk di sana. Golongan pembaharuan di Indonesia dan Tanah Melayu juga dituduh wahabi sejak dahulu sehingga hari ini. Prof Hamka dituduh wahabi, gerakan Kaum Muda yang membela wanita melayu dalam pelajaran dan rumahtangga dilebel sebagai wahabi dan pelbagai lagi. Padahal –walaupun ada beberapa sudut persamaan- di Tanah Melayu pengaruh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha yang lebih kuat. Wahabi telah dijadikan jenama untuk golongan konservatif menuduh musuh-musuh mereka. Ini menunjukkan pengaruh gerakan pembaharuan Muhammad ‘Abdul Wahhab begitu kuat. Sehingga Dr Wahbah al-Zuhaili menyebut : “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).
Posted on: Sat, 08 Jun 2013 14:52:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015