Wajib pertahan kemerdekaan : JOHOR BAHRU 30 Ogos - Rakyat - TopicsExpress



          

Wajib pertahan kemerdekaan : JOHOR BAHRU 30 Ogos - Rakyat pelbagai kaum digesa bukan sahaja bersama-sama berganding bahu memastikan negara terus selamat, malah wajib mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain itu semua pihak turut diminta supaya sentiasa menjaga dan memastikan kesejahteraan berpanjangan. "Marilah kita doakan agar negara tercinta terus dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan daripada segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara. "Tanamkanlah rasa kasih sayang antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman," katanya dalam status terbaharu menerusi laman sosial, Facebook sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok. Beliau turut berdoa semoga negara ini sentiasa dilindungi dan di bawah keampunan Allah SWT. Dalam entri bertema Rakyat Muafakat Negaraku Berdaulat Negeriku Berkat itu, Mohamed Khaled berkata, Muafakat Johor menjadi tulang belakang kepada pelengkap kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini. "Penekanan muafakat kepada aspek keharmonian, kesepakatan, persefahaman, bertolak ansur, bekerjasama serta menanam jati diri sebagai anak negeri Johor tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit wajar dipelihara dan dipupuk agar terus menjadi teras amalan bangsa Johor," katanya...
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 00:32:00 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015