Walaupun USM bukan berada pada kedudukan teratas dalam penarafan - TopicsExpress



          

Walaupun USM bukan berada pada kedudukan teratas dalam penarafan tempatan dan antarabangsa, USM menikmati kelebihan sebagai universiti Apex (accelerated programme for excellence), iaitu dengan suntikan kewangan yang besar supaya mendaki puncak kecemerlangan sebagai universiti bertaraf dunia. Keputusan kabinet bertarikh 27.8.2010 itu menyebabkan saingan untuk mendapat tempat di USM lebih sengit dan pemohon perlu melepasi tapisan khas inventori universiti di Malaysia (Malaysian University Inventory, Munsyl). Universiti Malaya pula memiliki kelebihan dari segi reputasi sebagai universiti sulung negara dan kekuatan alumni yang menguasai kepimpinan politik, akademik dan korporat sejak sekian lama. UKM sebagai pelopor pengajian tinggi dalam bahasa Melayu sepenuhnya telah membuktikan keupayaan dengan kualiti siswazah yang mendapat pengiktirafan antarabangsa
Posted on: Thu, 11 Jul 2013 17:33:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015