Walaupun didunia ini manusia terdiri daripada kelompok penganut - TopicsExpress



          

Walaupun didunia ini manusia terdiri daripada kelompok penganut agama yang berbeza,namun kita tetap berkongsi nilai kemanusiaan yang universal.Kita tetap mahukan dunia yang lebih aman dan tenang serta bebas dari segala bentuk keganasan dan kekerasan. Kita mahu ajaran agama kita dihormati oleh penganut agama lain. Kita mahu maruah kemuliaan insan dan hak asasi kita terjamin. Kita semua mahukan kebebasan,keadilan,dan mahu memperjuangkan kebenaran. Kita mahukan masyarakat kita hidup dalam keadaan harmoni,bertoleransi, menghormati antara satu sama yang lain,mengakui kewujudan kepelbagaian bangsa dan agama ,saling faham memahami, menghargai perbezaaan dan sentiasa fokus mencari titik persamaan antara satu sama yang lain. Kita mahukan masyarakat kita saling berinteraksi,bahagia hidup bersama,mempunyai semangat persaudaraan dan persahabatan yang jitu sehinggakan rasa sedih dan rasa gembira dikongsi bersama bagaikan satu jiwa .
Posted on: Sat, 01 Feb 2014 15:55:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015