Wanita & Pemakanan Masalah pemakanan pada setiap peringkat - TopicsExpress



          

Wanita & Pemakanan Masalah pemakanan pada setiap peringkat kehidupan Remaja • Kekurangan zat besi dalam diet boleh menyebabkan anemia, di mana diterukkan lagi dengan kehilangan darah akibat kedatangan haid setiap bulan. • Salah tanggapan terhadap imej tubuh boleh menyebabkan gangguan makan (seperti anorexia nervosa, bulimia nervosa atau makan berlebihan mengikut perasaan, compulsive overeating) yang boleh mengakibatkan masalah perubatan yang serius. Umur reproduktif • Wanita yang kekurangan berat badan berisiko untuk mengalami ketidaksuburan, keguguran atau melahirkan anak yang berat lahir rendah atau mempunyai kecacatan kongenital. • Wanita yang berlebihan berat badan pula mungkin mengalami ketidaksuburan atau kehamilan yang berisiko tinggi yang dikaitkan dengan diabetes semasa mengandung dan tekanan darah tinggi. Kehamilan yang berisiko tinggi akan menyebabkan pelbagai komplikasi seterusnya meningkatkan risiko morbiditi atau mortaliti janin, bayi atau ibu. • Anemia kekurangan zat besi yang biasa dialami oleh wanita boleh lebih teruk dengan keperluan zat besi yang meningkat semasa kehamilan. Wanita hamil yang mengalami anemia adalah berisiko untuk melahirkan anak yang mempunyai berat lahir yang rendah dan mengalami komplikasi semasa melahirkan anak. Warga emas • Wanita tua lebih mudah untuk mempunyai berat badan yang berlebihan atau menjadi obes dan seiring dengan perubahan hormon akibat putus haid, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan sesetengah jenis kanser juga meningkat (sebagai contoh kanser payudara dan uterus). • Wanita pada peringkat ini juga mengalami kadar kehilangan kepadatan tulang yang tinggi, seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis. • Warga tua lebih mudah terdedah kepada risiko kekurangan pemakanan dan kehilangan berat badan yang disebabkan pengambilan makanan yang tidak cukup akibat perubahan fisiologi dan psikologi yang berlaku pada peringkat ini.
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 01:10:00 +0000

Trending Topics




© 2015