Waspada individu menyamar anggota kerja SESB by Mohd Nazib Macpee. - TopicsExpress



          

Waspada individu menyamar anggota kerja SESB by Mohd Nazib Macpee. Posted on July 5, 2013, Friday LAHAD DATU: Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati sekiranya ada individu yang mendakwa sebagai anggota kerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan meminta bayaran penukaran meter di premis mereka. Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Ahmad Fuad Md Kasim, bagi kerja-kerja penukaran meter lama kepada meter baru, tiada sebarang kos penukaran meter dikenakan kepada pengguna. Ini berikutan daripada beberapa aduan yang diterima daripada pengguna di Kampung Long Danau, Kampung Bugis Batu 1 dan Jalan Sandakan Simpang Tawayari mengenai terdapatnya individu yang menyamar sebagai pekerja SESB. Sebelum ini katanya, kejadian yang sama berlaku kepada beberapa orang pengguna di beberapa lokasi yang berlainan di daerah Tawau. “SESB juga tidak pernah melantik mana-mana syarikat, agensi atau individu persendirian untuk menjalankan kerja-kerja memeriksa atau menukar meter bagi pihak SESB. Aktiviti ini (memeriksa atau menukar meter) dijalankan sendiri oleh SESB “Pengguna juga berhak meminta anggota kerja berkenaan mengemukakan kad pekerja mereka sebelum sebarang kerja dilaksanakan. Ini bagi memastikan tiada kegiatan penyamaran dibuat yang boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti syarikat,” katanya. Oleh itu, Ahmad Fuad menasihatkan orang ramai yang didatangi oleh individu-individu yang disyaki menyamar supaya segera melaporkan kepada pihak polis dan SESB. “Anggota kerja SESB tidak dibenarkan menerima (bagi pihak SESB) sebarang pembayaran di tapak atau premis pengguna,” katanya. #MyTAWAU Read more: theborneopost/2013/07/05/waspada-individu-menyamar-anggota-kerja-sesb/#ixzz2YFlerwZV
Posted on: Sat, 06 Jul 2013 08:47:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015