YAB PM AKUI RPWP ADALAH MODEL ENTREPRENEUR SOSIAL Petang - TopicsExpress



          

YAB PM AKUI RPWP ADALAH MODEL ENTREPRENEUR SOSIAL Petang semalam RPWP berpeluang iftar bersama wakil Persatuan Social Entrepreneur Malaysia (S.E.M) yang dinaungi oleh YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan. Sejak subuh lagi ibu-ibu murobbiah sudah ke pasar dan bergotongroyong menyiapkan juadah berbuka. Malangnya jangkaan kehadiran 40 orang, hanya 5 orang wakil yang hadir, bakinya termasuk Ahmad Maslan, Penaung SEM tidak muncul. Pengerusi SEM Y.Bhg Tuan Haji Azmi telah mewakili SEM untuk menyampaikan beberapa mesej dalam majlis ringkas itu. Beliau yang pernah hadir meninjau kompleks RPWP menampakkan antaranya, RPWP dilihat telah menunjukkan sesuatu yang besar kepada masyarakat tentang halatuju kehidupan yang penuh dengan ciri kasih sayang dan insaniah. Hj Azmi turut menyatakan bahawa YAB PM ada menyebut tentang potensi modul pengurusan dan operasi RPWP yang boleh dikembangkan dalam usaha membantu gelandangan dan asnaf. Beliau menampakkan antara formula kejayaan RPWP ialah adanya kerjasama yang kukuh berteraskan semangat kekeluargaan di kalangan jemaah pengasas RPWP. ALHAMDULILLAH, kami kembalikan segalanya kepada Allah yang telah melimpahkan hidayah dan memberikan kekuatan untuk kami melakukan perintah Nya sekadar kemampuan kami. Selamat berpuasa, WARGA PRIHATIN.
Posted on: Sun, 13 Jul 2014 10:57:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015