YANG SAMPAI HANYA SATU JALAN Sebahagian besar kaum muslimin yang - TopicsExpress



          

YANG SAMPAI HANYA SATU JALAN Sebahagian besar kaum muslimin yang menerima, berkompromi atau cuba mengubahsuai tsaqafah dari ideology barat dalam sistem politik kaum muslimin seharusnya meneliti sejenak.... Mereka bersolat mengikut sunnah Rasulullah saw.... Mereka memakai pakaian, wangian, untuk mengikut sunnah... Mereka menyimpan janggut.... Mereka bertingkah laku lemah lembut dan zuhud.... Kesemuanya mereka cuba untuk mengikuti Rasulullah saw sebagai suri teladan terbaik. Namun kenapa dalam BERPOLITIK, mereka tidak mahu mencontohi sunnah? Kenapa mesti menggunapakai apa yang digunapakai oleh musuh-musuh Allah? Bukankah Rasulullah saw menyuruh kita berpegang teguh dengan sunnah baginda??? Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau/ as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’ (Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll) Tujuh puluh tiga pintu Tujuh puluh tiga jalan Yang sampai hanya satu jalan... (Tanya Sama Itu Hud-Hud: M Nasir)
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 02:18:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015