beberapa tahun lepas bonda ada buat produk Laksam Anjungmas. - TopicsExpress



          

beberapa tahun lepas bonda ada buat produk Laksam Anjungmas. Melalui FAMA, Dia buat cover kemudian memanggil untuk masuk MAHA International. Masa tu manalah mampu nak sediakan berpuluh ribu pek secara manual. bonda tolak tawaran itu. Kemudian, FAMA suruh pula bonda hantar produk tersebut ke 17 kedai agro di seluruh Lembah Klang. Bonda kata xcukup modal dan tak ada mesen. Mereka tidak boleh bantu, tetapi melalui Bank Pertanian. Sebenarnya mereka mahukan premis barulah mereka bagi mesen yang diminta ataupun bonda kena upah kilang membungkusnya. Jadi di sini bonda kena mempunyai modal. Bonda tidak boleh membuat pinjaman bank kerana black list micro credit. sb tu bonda tak boleh nak buat pinjaman untuk membeli rumah, kereta atau membuat pinjaman peribadi. sekali tersangkut, terus-terusan tersangkut. Sekarang bonda ada plan macam Mat Jenin, nak buat produk jenis masak sekali dan pek tahan berbulan2. Tetapi sb tidak ada modal untuk menyewa premis, bonda diamkan saja. Sebab itulah bonda aktif menjual produk2 di internet sebagai drop ship, untuk mendapatkan pendapatan harian. Bonda masuk ke bidang penulisan sekiranya berjaya, dapatlah royalti untuk masa tua bonda. Semoga Allah kabulkan doa bonda di malam jumaat yang mulia ini. Aamiin
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 17:51:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015