emahiran Belajar Kemahiran Belajar KEMAHIRAN BELAJAR adalah - TopicsExpress



          

emahiran Belajar Kemahiran Belajar KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR 1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek. 2. Memupuk disiplin belajar. 3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat. 4. Meningkatkan daya ingatan. 5. Pengurusan masa yang berkesan. 6. Memantapkan pembelajaran individu. 7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri. 8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan. 9. Meningkatkan pencapaian individu. Kaedah Belajar Berkesan 1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. 2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran. 3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru. 4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan. 5. Memahami apa yang dibaca. 6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran. 7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran. 8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan. 9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran. 10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet. 11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran. 12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu. 13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea. 14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran. Teknik Belajar Berkesan (Oleh : [email protected]) Pengenalan Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan. Teknik Belajar 5R-STUV 1. Recopy [salin semula] 2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] 3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali] 4. Recheck [semak semula] 5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya] 1. S-sumarize [ringkaskan nota penting] 2. T-test your self [uji diri anda] 3. U-use [gunakan] 4. V-visualize [bayangkan selalu] Teknik Belajar Secara Pembayangan Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak ‘akademik’ seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri. Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran. Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran. Teknik Belajar PV3R 1. Preview (tinjauan awal) 2. Question (soal diri) 3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda) 4. Recite & write (lafaz dan tulis nota) 5. Review (tinjauan akhir) 6. Sumarize (ringkaskan) 7. Test your self (uji diri anda) 8. Use (gunakan) 9. Visualize (bayangkan) Pengurusan Masa Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. 1. Masa sebelum tidur – masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. 2. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. 3. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1) 4. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam. 5. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa) 6. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4) 7. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin) 8. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar) 9. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula) 10. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan) 11. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat) 12. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi) 13. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat) 14. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat) 15. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku) 16. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah) 17. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir) 18. Masa berada dalam bas ( baca kad nota) 19. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 20. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain) 21. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain) * MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH. Lain-lain masa yang perlu diurus. 1. Masa ditelipon-pendekan perbualan 2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan) 3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota) 4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda) 5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat) 6. Masa mendengar radio(kurangkan masa) 7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota) 8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan) Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang. Amalan Peningkatan Daya Ingatan 1. Faham. 2. Jarakkan/pecahkan masa belajar. 3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat. 4. Percaya pada diri sendiri. 5. Ulang berkali-kali. 6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu. 7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur. 8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang). AMALKAN SEMOGA BERJAYA RESEPI KEJAYAAN Bahan-bahannya; 250 g Daya usaha 100 g Kesabaran 100 g Keimanan 190 g Keinsafan 150 g Pengorbanan 150 g Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna ) 8 sudu the rasa tanggungjawab 200 g senyum secukup rasa Cara-cara membuatnya: Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada. U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik. PANDUAN MENCATAT NOTA Pengenalan Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu. Mengapa perlu Membuat nota ? 1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca. 2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca. 3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa. 4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan. 5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari. 6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. Nota daripada buku teks Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya: 1. Membantu pelajar memhami pelajaran 2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan 3. Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik. Teknik Mencatat Nota Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota: 1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku. 2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat. 3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h] What [Apa] Why [kenapa] When [bila] Where [di mana] How [bagaimana] 4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan. 5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai. Ciri-Ciri Nota Yang Baik 1. Terdiri daripada isi-isi penting [utama]. 3. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca. 4. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran. 5. Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri. 6. Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang. 7. Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham. 8. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca. STRATEGI MENJAWAB SOALAN Berikut adalah beberapa strategi menjawab yang boleh digunakan bagi soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah: 1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang baru. 2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab. 3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab. 4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan. 5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan. 6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat. 7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu. 8. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntuk markah bagi soalan berkenaan. 9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan. 10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan. 11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan. 12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan. KELEMAHAN-KELEMAHAN UMUM PELAJAR Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah: 1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh. 2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan. 3. Cuai dalam membuat pengiraan. 4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul. 5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur. 6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat. 7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan. 8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi. 9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah. 10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti. 11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas. 12. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur. MENGURUS MASA BELAJAR Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah: 1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 – 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 – 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari. 2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya. 3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya. 4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai. 5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan. 6. Sediakan senarai tugas harian (“TO DO” lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first things first”. 7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda. 8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan. 9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang. 10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat. 11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 –2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil. 12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda? KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA Oleh DR. ISMAIL ZAIN PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini. Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya. Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak. Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat. Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:- Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya. Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik. Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu. Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:- Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu. Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut. Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman. Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif. Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:- Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif. Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea. Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar. Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal. Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang. Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk “Superbrain”, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat… “learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort…” yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Sumber : Utusan Malaysia TANGGAPAN DIRI POSITIF Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D – Laman MAP Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri. Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyakbergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya. Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya. Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, “orang itu tak boleh dipercayai”, semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri. Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada. Tanggapan ini pula merujuk kepada peristiwa lampau dalam sejarah hidup kita. Misalnya, kalau kita diminta memberikan pidato umum, kita mungkin menolaknya dan memberikan seribu alasan semata-mata kerana dulunya kita pernah ditertawakan kerana pidato yang tidak menjadi. Sebaliknya, kalau kita tidak pernah langsung berpidato, kita merujuk kepada pengalaman rakan yang ditertawakan dan menggambarkannya sebagai diri kita sendiri. Kenapa tidak pelajari pengalaman mereka yang berjaya? Dapatkan idola dalam setiap bidang yang mahu diceburi. Misalnya, berani macam Anwar Ibrahim, bijak dan berwawasan macam Dr. Mahathir Mohamad, baik pekerti dan takwa macam Nik Aziz. Dengan gabungan beberapa individu di atas pastinya kita bakal menjadi orang yang jauh lebih baik. Dan sebaik-baik idola itu ialah junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Minda manusia ibarat sebidang tanah. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kalau kita sentiasa terdedah dengan unsur-unsur yang baik, bergaul dengan mereka yang berjaya, hidup dalam persekitaran yang membina. Pastinya tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita mirip kepada kecemerlangan. Jadi semailah padi agar yang dituai nanti padi. Jangan semai lalang nanti yang tumbuh nanti juga lalang. Slmt ptg ckgu,ckgu,sy memang susah nk faham apa sebenarnya akaun ni dan cara membuatnya.sy faham apabila embuatnya d sekolah tp apabila sy hendak mengulang kaji d rumah,saya jd blank.untuk pengetahuan ckgu sy tidak pernah lulus akaun sejak tingkatan4.sy tidak mahu mengecewakan ibu bapa sy krn hnya 4 bulan lg menjelang spm.bantulah sy untuk menyelesaikan masalah ini. Ana, jangan mudah berputus asa masih ada lagi peluang untuk lulus walaupun masa hanya tinggal 4 bulan sahaja. Mulai sekarang Ana mesti menetapkan TARGET sebanyak 40% (sekurang-kurangnya) dalam peperiksaan SPM nanti. Sekiranya mencapainya, ana bukan sahaja akan LULUS (7D) kemungkinan besar akan mendapat KEPUJIAN (6C). Bagaimana caranya ? 1. Pastikan Ana dapat menjawab Soalan 1 : Dokumen Sumber (iaitu 29 markah = 24%) - Dapatkan teknik menjawab soalan ini daripada guru anda. - Kuasai kemahiran menjawab dengan mendapat bimbingan guru dari semasa ke semasa. - Perbanyakkan latih tubi soalan tahun2 lepas dan minta tolong guru semak jawapan anda 2. Pastikan soalan Kertas 1, Ana BETUL 20 daripada 40 soalan objektif (iaitu 20 markah = 17%) - Kertas 1 mengandungi 40 soalan yang terdiri daripada —- 24 soalan aras rendah, —- 12 soalan aras sederhana —- 4 soalan aras tinggi. - Jadi lakukan latih tubi beberapa set soalan tahun2 lepas, pastikan soalan pada ARAS RENDAH dapat dijawab. Sekiranya Ana dapat melakukannya Maka Ana akan mendapat, 24% + 17% = 41%. (kemungkinana besar mendapat gred 6C) Semoga sedikit panduan yang Cg berikan dapat membantu menyelesaikan masalah yang Ana hadapi. Dan Cg doakan semoga Ana akan berjaya. cg, saya setuju cg kata jwp soalan yg mudah dahulu. tetapi bagaimana dgn soalan dokumen, kdg2 ia mangambil masa lebih dari 1/2 jam. kalau tk siap dan tk balance rasa mcm dh fail akaun. adakah soalan 1 dan 2 perlu dijawab dahulu sbb guru saya beritahu jika dpt jwb dgn baik 2 soalan ini ada harapan utk lulus. bagi pelajar yg lemah kalau sudah dpt jwb dua soalan ini, sudah baik pd mereka. tetapi ada kwn saya yg tak jwb langsung soalan no 2 semasa trial dahulu n pelajar tersebut fail. mereka lebih risaukan soalan2 lain drp soalan no 2. lebih2 lagi bila mereka tahu ada skima baru. bagaimana nasihat cg. tq Shafiq, Memang tidak dapat dinafikan S1 dan S2 sangat penting untuk skor kerana kedua-duanya memberikan (48m) 40% daripada jumlah markah keseluruhan. Tujuan disarankan menjawab soalan mudah dahulu ialah ianya akan menjimatkan masa, Misalnya, S3 masa yang diperuntukkan 20 minit, jika soalan tersebut MUDAH bagi kita, maka kemungkinan hanya 15 minit saja masa yang akan digunakan. Oleh itu JIMAT 5 minit dan ianya boleh digunakan untuk menjawab / semak S1. S1 biasanya akan mengambil masa yang lebih sekiranya ID tidak seimbang kerana pelajar akan mengambil masa untuk menyemak / mengesan kesilapan yang berlaku. Katakan kesilapan tersebut hanya 1 markah, tetapi pelajar telah menggunakan masa 5 minit atau lebih untuk menyemak dan memperbetulkannya. Sedangkan masa tersebut boleh digunakan untuk menjawab soalan lain yang boleh memberikan 5 markah atau lebih. Jadi Cg cadangkan TERUS menjawab soalan lain walaupun ID tidak seimbang, dan lakukan semakan apabila semua soalan telah dijawab. ID tidak seimbang tidak semestinya hilang banyak markah, mungkin hanya 1/2 , 1 atau 2 markah sahaja. Skema baru sebenarnya banyak menguntungkan pelajar, markah lebih mudah diperolehi sekiranya pelajar INGAT FORMAT dan OPERASI + / – adalah betul. Nasihat Cg pastikan S1 dan S2 dikuasai dengan baik serta pastikan Kertas 1 betul sekurang-kurangnya 20 soalan. tq ats nasihat cg yg sgt berguna di saat hampir dgn spm. saya akn gunakan kaedah cg utk dptkn extra masa utk semak semula jwpn. saya juga semakin yakin jwb soaln K1 dgn bantuan guru saya yg sentiasa membuat ulangkaji kertas 1 kerana katanya banyak tajuk yg dpt kami cover jika selalu buat latih tubi K1. tq cg. Shafiq, Disaat2 akhir, banyak2lah jumpa cikgu anda, minta bimbingan dan nasihat. Dengan berbuat demikian akan menambahkan KEYAKINAN Shafiq dalam menjawab soalan SPM nanti. Ok. Good Luck. cikgu, saya rase tertkan krana SPM dah dkt. lbih kurng 2minggu je lgi. saye da try blaja akauns sndiri tpi kurng pham. so,mcm mane nie? btw,bleh saye tau ape soalan ramalan thn ini? thnx! Ameerul, Prinsip Perakaunan memerlukan bimbingan dan tunjukajar daripada guru, kerana banyak kemahiran yang perlu dikuasai seperti teknik2 menjawab tidak dinyatakan dalam mana-mana buku rujukan. Nasihat Cg, jawab soalan2 trial (daripada koleksi diatas) kemudian semak jawapan dengan skema yang disediakan. Serta cuba dapatkan bimbingan dan panduan daripada guru atau kawan2. Pastikan Soalan 1 dan Soalan 2 dapat dikuasai dengan baik. Berkaitan soalan ramalan, sila rujuk tips yang diberikan di BAWAH. Semoga Berjaya. TIPS BELAJAR Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari Belajar Untuk Belajar -Jangan Takut Pada Peperiksaan -Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan -Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar. Kenal Pasti Cara Belajar -Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji -Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran -Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif. Teknik Belajar -Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab. -Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif. Sikap Di Dalam Kelas -Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar. -Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain. Masa Dalam Kelas Sangat Penting -Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru. -Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian. -Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas -Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru. -Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet. Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas -Kenalkan Diri Anda Dengan Guru -Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu. -Jangan Lupa Bawa Buku Teks -Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas. -Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda Mendengar Secara Berkesan -Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji. -Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda -Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas. Belajar Merancang Masa -Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja. -Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen. -Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda. Buat Jadual Waktu Belajar -Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah. -Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan Bosan,Bosan Apa Ubat Nya -Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan. -Lawan Diri Anda Atasi Bosan. -Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan. -Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda. Strategi Ulangkaji -Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi. -Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham -Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota. -Bincang Dengan Rakan-Rakan Teknik Membaca -Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali. -Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik. Buat Nota Dengan Baik -Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur. -Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya. -Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting. -Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham. Manfaatkan Bahan Rujukan -Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica. -Kamus Inggeris-Melayu Dewan Persediaan Pada Hari Peperiksaan -Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk. -Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji -Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham. -Tidur Dengan Cukup Menjelang Hari Peperiksaan -Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul. -Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan. -Pastikan Anda Tiba Awal -Elakkan Dari Berbual Kosong -Pastikan Semua Keperluan Cukup Persediaan Emosi -Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan -Menjaga Hati Ibu Bapa -Tidak Bercinta -Terlalu Yakin -Prasangka Negatif Kepada Orang Lain Persediaan Fizikal -Mengutamakan Kesihatan Badan – Tidak Tidur Larut Malam – Menjaga Keselamatan Diri – Makan Makanan Secukupnya – Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari Persediaan Mental -Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa -Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan -Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan Strategi Cemerlang Peperiksaan -1 -Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar -Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan -Mengingati Tajuk -Buat Nota Strategi Cemerlang Peperiksaan -2 -Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan -Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat -Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan - Mencari Sebab Tidak Tahu Mengatasi Persoalan Seperti -Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula -Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir -Subjek Ini Cukup Membosankan -Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat Persoalan – 2 -Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya -Terlalu Banyak Untuk Dihafal -Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa -Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir Masa Depan Yang Cerah -Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik. -Kehidupan Yang Lebih Baik. Kata Hikmat -Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah -Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu. Kata Bestari -Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka. salam… Cikgu di sini saya mohon bantuan untuk membuat jadual ulangkaji yang berkesankerana saya calon persendirian spm. akan ambil peperiksaan pada 2010. untuk makluman cikgu sudah 13 tahun tidak belajar dan hampir lupa kesemuannya. hanya mengambil sunjek teras iaitu 12 kertas… mohon bantuan cikgu… wassalam. Masliza, Tempoh 13 tahun suatu jangka masa yang panjang, berbagai-bagai perubahan boleh berlaku seperti Huraian Sukatan Pelajaran, Format Pentaksiran Soalan SPM dan sebagainya. Pandangan Cg, cuba dapatkan panduan dan bimbingan daripada guru bagi setiap subjek yang diambil. Dibawah ini Cg nyatakan salah satu teknik membuat jadual belajar sebagai panduan Masliza. Semoga ianya membantu. TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa . Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri , untuk memanfaatkan masa yang terluang . Setelah ditolak masa di sekolah , masa tidur , masa bersukan , masa makan , masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain . Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian . Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon . Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza . LANGKAH PERTAMA dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar . Contohnya Hari Ahad : 9.00 pagi – 10.00 pagi 10.30 pagi – 12.00 tengah hari 2.00 petang – 3.30 petang 3.30 petang – 5.00 petang 8.30 malam – 10.00 malam 10.00 malam – 11.30 malam Hari Isnin : 2.30 petang – 4.00 petang 4.00 petang – 5.30 petang 8.30 petang – 10.00 malam 10.00 malam – 11.30 malam LANGKAH KEDUA , ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran , berdasarkan kepentingan dan kelemahan diri . Contohnya : Matematik – 4 kali seminggu Bahasa Inggeris – 2 kali Sejarah – 4 kali dan seterusnya LANGKAH KETIGA , ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas . PERINGATAN : 1. Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar, berbeza mengikut hari, maka jadual belajar perlu dibuat berasingan . Iaitu setiap hari . 2. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi. 3. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja . Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya . 4. Pematuhan kepada jadual , tidak semestinya 100% , kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga . saya nak tahu mcm mane nk buat jadual belajar di rumah?saya tak de idea nak buat jadual dan tak tau bagaimana caranya.bolehkah tuan tunjukkan saya. Dayana, Teknik menyediakan jadula belajar telahpun Cg nyatakan diatas, sila ikut satu persatu langkah2 yang diberikan. Bentuknya lebih kurang jadual waktu persekolahan. salam cikgu.. nie lari dari topik.. minta maaf yer. nak tanya macam mana nak ambil spm sistem terbuka nie. untuk menggantikan subjek lain.maksud saya ganti subjek yang gagal tu.. sekarang nie betulker tak ada kertas julai lagi.. teima kasih cikgu.. Regards ai Aidil, Kalau tak silap Cg Sistem Persijilan Terbuka SPM telah bermula tahun 2000 lagi. Di mana pelajar dapat mengambil sehingga 21 subjek (kalau tak silap) dalam satu tahun. Tetapi disekolah biasanya menawarkan 9 hingga 11 subjek sahaja (termasuk 5/6 subjek teras), selebihnya kena belajar sendiri. Cg tidak pasti berkaitan peperiksaan kertas julai, samada masih ada atau tidak. cikgu.. sy kurg gemar dgn subjek sejarah..krn ia sgt bnyk dan kdgkala mngantukkan sy..sy tak tahu teknik mmpelajarinya..bab 1 ting.4 pun tak habis lagi..bila sy dah bace sy akan lupa krn bnyk lagi subjek yg prlu sy bace..asik ulang je bnyk kali..sy ambil 11 sbjek pd thun 2009 ini…kalau nak buat nota tu rasanya mcm tak sempat je…boleh tak cikgu beritahu cara belajar sejarah agar kita lebih minat dan cepat ingt..secara individu dan dlm bntuk study group.. Hana, Cg cadangkan Hana kemukakan masalah ini kepada cikgu sejarah, kerana beliau lebih mengetahuinya. Cuba layari blog cikgu sejarah berikut : Blog Cikgu Adie’s akulelaki.wordpress/ salam cg.. bley tlg sy x.. sy nk stdy cma kalu bab yg mghafal ne… kira sma sbjek pun byk kna hfl.. trutama pa,eko,sej… cmna crya nk bhgkan time mghafal n nk wat latih tubi??? Hana & Ela, Sila rujuk panduan lengkap yang telah diberikan di atas, antaranya : 1. Kaedah Belajar Berkesan 2. Teknik Belajar Berkesan 3. Pengurusan Masa 4. Amalan Peningkatan Daya Ingatan 5. Panduan Mencatat Nota 6. Mengurus Masa Belajar 7. Penggunaan Peta Minda 8. Tips Belajar Kesemua panduan tersebut dikemukakan oleh Pakar2 Motivasi, jadi anda hanya perlu BACA, PILIH dan AMALKAN apa yang diperkatakan. KEMAHIRAN BERTANYA DALAM PEMBELAJARAN 1. Bertanya atau diam ? Rajin bertanya luas pengetahuan, malu bertanya sesat jalan. Pertanyaan penting bagi mengatasi masalah kurang faham. Murid-murid selalu atau pernah memerhatikan kanak-kanak kecil (adik-adik kita umpamanya) mempunyai tabiat yang baik sekali terhadap proses pembelajaran, iaitu sering bertanya apabila mereka mempunyai masalah. 2. MENGAPA bertanya ? Kurang faham sesuatu konsep Kurang pasti apa yang dibaca, didengar, dilihat. Tidak faham tentang istilah yang guru gunakan Untuk mendapatkan jawapan Untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada guru 3. Mengapa MALU bertanya ? Rasa rendah diri Tidak yakin pada diri sendiri Merasakan orang lain lebih padai Bimbang ditertawakan oleh rakan Bimbang orang lain akan mengatakan kita tidak tahu 4. Apakah yang hendak ditanya ? Perkataan baru Istilah baru Gambarajah yang kabur Formula yang rumit Konsp yang tidak difahami Penggunaan formula / rumus 5. BAGAIMANA mengemukakan soalan ? Mulakan dengan : maafkan saya cikgu…. Cikgu, apa makna ………….. Cikgu, bagaimana ia berfungsi ? Cikgu, bagaimanakah ……… Cikgu, boleh ulangkan cara penyelesaian tadi ? Cikgu, mengapakah ia berubah ? Cikgu, minta jelaskan sekali lagi tentang ……… Sudahkan pertanyaan dengan : terima kasih, cikgu…… Sumber : Laman Aspirasidiri TEKNIK MENDENGAR BERKESAN 1. Bersedia Tetapkan matlamat / harapan ibu bapa Menanam minat terhadap mata pelajaran Menanam minat terhadap guru yang mengajar Tidak penat Tidak mengantuk 2. Peralatan yang mencukupi Alat tulis / buku nota Buku ruukkan / teks Kertas nota 3. Duduk dekat dengan guru Mendengar dengan jelas (dapat lebih tumpuan) Senang bertanya 4. Ulang kaji tajuk awal Bacaan awal (sebelum menghadiri kelas / waktu malam) Dapat menjangka awal perkataan / istilah / rumus penting 5. Aktif dan diam Ambil bahagian dalam perbincangan Jika tidak faham bertanyalah segera Diam dalam makna memberi sepenuh perhatian (memudahkan pemahaman) 6. Elak gangguan Berbual / bermain / ingat perkara lain / berkhayal Alih perhatian / prasangka 7. Catat nota Ringkas dan padat ( kg : kampung) Tulis cepat dan jelas Gunakan simbol yang boleh difahami ( contoh : > lebih ) Sumber : Laman Aspirasidiri MENGGARAP KEMAHIRAN MEMBACA 1. Membaca secara BERHATI-HATI Beri tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dibaca Pastikan dapat memehami isi / fakta penting dalam bahan bacaan Elakkan gangguan (radio, televisyen, bunyi bising, sms, mms) Ulang jika tidak memahami apa yang dibaca 2. Membaca secara MENYELURUH Dari pengenalan hingga ayat terakhir. Jangan memilih sebahagian topik sahaja. Setiap isi saling berkaitan Perhatikan juga gambar, gambarajah, graf, jadual, peta minda dan sebagainya 3. Membaca secara BERULANG-ULANG Membantu mengingat isi / fakta dengan lebih baik Menggelakkan dari tertinggal fakta-fakta penting 4. Membaca dalam SUASANA SELESA Lampu terang / tenang / sunyi /Udara segar dan mencukupi Suhu bersesuaian Pengudaran yang baik / kipas / arcond 5. Berada di dalam KEADAAN SELESA Badan sihat, kalau demam, makan ubat dan berehatlah dahulu Duduklah dalam keadaan tegak dan bersandar pada kerusi Elakkan daripada berbaring / menyarap 6. Baca secara BERPERINGKAT Peringkat permulaan : Baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhannya. Peringkat seterusnya : Membaca untuk mendapatkan maklumat. 7. Cuba BENTUK Soalan ketika membaca Uji Kefahaman / ingatan : 5W 1H ( What, When, Where, Why, Who, How) Apa ? bila? di mana ? kenapa ? siapa ? bagaimana ?. 8. CATATKAN isi yang dibaca Mengukuhkan ingatan Dapat mengelak daripada mengantuk 9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca Pen, highlither, kamus, penanda buku, kertas conteng Tandakan isi penting dengan highlither Gunakan kamus untuk istilah sukar Sumber : Laman Aspirasidiri salam, saya ingin bertanya… apabila peperiksaan makin hampir amalan rohani apakah yg perlu diamalkan? Patutkah saya:-1. Solat hajat 2. Solat tahajud 3. Membaca alquran 4. Berpuasa sunat semasa peperiksaan sedang dijalankan. Terimakasih Noor, Itulah yang sebaik2nya, perbanyakkan amalan kerohanian, sesungguhnya ianya akan memberikan kita ketenangan dan keharmonian. Sentiasa berdoa kehadrat Illahi dan perbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW. Tetapi adalah lebih baik jika amalan2 tersebut dimulakan dari sekarang secara istiqamah. Kerana matlamat hidup kita bukan setakat berjaya dalam peperiksaan SPM sahaja, malah lebih jauh daripada itu. TIGA STRATEGI UNTUK RAIH KEJAYAAN CEMERLANG Oleh Ahmad Zabidi Hitam KETUA Wilayah Tengah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), Mohamad Nasip Saiat menggariskan tiga strategi untuk diamalkan pelajar bagi meraih kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Strategi itu ialah sentiasa menghormati Allah termasuk sentiasa melakukan suruhanNya, tidak derhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan hormat guru. “Kalau hendak berjaya dalam pelajaran, pelajar perlu melaksanakan semua panduan ini, selain konsisten ketika mengulangkaji pelajaran. “Pelajaran dapat mengubah masa depan seseorang, menjamin masa depan lebih cemerlang dan mampu meningkat kualiti kehidupan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Skor A PMR di Wisma Felcra, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir Pengurus Yayasan Bank Rakyat, Rafidah Yaakop, Pengurus Bank Rakyat cawangan Angkasaraya, N Huzaimi Abdul Halim dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said. Seramai 250 peserta di kalangan anak anggota bank itu dan ahli koperasi sekolah terpilih sekitar Kuala Lumpur menyertai seminar sehari anjuran bersama akhbar sisipan Minda terbitan Berita Harian. Program bimbingan guru berpengalaman yang juga penulis Fokus PMR akhbar itu memberi pendedahan peserta mengenai teknik menjawab soalan secara tepat dan berkesan. Mohamad Nasip berkata, pelajar juga dinasihat jangan meminggirkan Bahasa Inggeris kerana subjek itu penting khususnya ketika di universiti. “Sebaliknya mereka perlu belajar bersungguh-sungguh, sekali gus cemerlang dalam peperiksaan bagi menjamin masa depan yang gemilang,” katanya. Sumber : Berita Online 10/04/2009 salam..cgu brksn ke stdy last2 mnit?? Eila, Prinsip Perakaunan merupakan ilmu yang memerlukan pelajar FAHAM, INGAT FORMAT, LATIHAN dan KEMAHIRAN/TEKNIK MENJAWAB. Disaat2 akhir, untuk faham dan ingat format mungkin boleh TETAPI untuk menguasai kemahiran menjawab adalah tidak mungkin. Kerana kemahiran tersebut tidak boleh diperolehi melalui bacaan dan hafalan tetapi melalui LATIHAN dan BIMBINGAN GURU yang berterusan. Sebagai perbandingan, untuk menjadi ahli sukan yang berjaya, adakah dengan hanya melakukan latihan disaat2 akhir sahaja akan dapat menguasai semua kemahiran dengan baik ? Untuk mencapai KECEMERLANGAN, PERSEDIAAN AWAL adalah KUNCINYA. salam… Saya pelajar perakaunan di KMPP.setelah saya menjalani kehidupan di KMPP selama lbh krg 5 minggu,kadang2 saya rasa tertekan.apa yang harus saya lakukan?ini kerana keputusan kuiz saya juga tidak memberansangkan… please tlg saya… thanks a lot… Zahrah, Anda rasa tertekan mungkin disebabkan oleh : Apa yang anda belajar sekarang “seolah-olah” tidak sama dengan apa yang awak belajar di sekolah dulu. Kadang2 awak rasakan kawan yang tiada basic akaun lebih baik daripada anda yang ada basic. Sebenarnya apa yang dipelajari sama saja , cuma ISTILAH2 yang digunakan agak berlainan sedikit tetapi merujuk kepada perkara yang sama. Contohnya Akaun Belum Terima = Penghutang, Akaun Belum Bayar = Pemiutang. Susutnilai Terkumpul=Peruntukan Susutnilai. Belanja Prabayar= Belanja Terdahulu… dll. Semasa SPM catatan pelarasan tidak diajar sediakan Jurnal Am seperti sekarang. Anda juga didedahkan dengan penggunaan Lejar Am dan Lejar Subsidiari. Format Lejar berbentuk “T” dan LAJUR juga diperkenalkan. Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai bagi mengantikan Buku Tunai. Format Jurnal Khas lain sedikit. Mungkin disebabkan perkara2 diatas, anda jadi KELIRU dan TERTEKAN. Nasihat Cg adakah study group untuk membincangkan sebarang permasalahan yang timbul disamping dapat menghilangkan sedikit rasa tertekan. Serta gunakan sebaik mungkin waktu tutorial untuk bertanya. Zahrah juga boleh muat turun nota2 matrik sebagai bahan rujukan yang telah Cg sediakan diSINI. Kalau tak silap ada anak didik Cg di sana, namanya NURUL AFIQAH BT CHE RAZAMI dari Kelantan. Percayalah kalau SPM boleh CEMERLANG, Matrik juga pasti boleh CEMERLANG. Berusahalah Bersungguh2. InsyaAllah Berjaya. CALON SPM PERLU BUAT PERSEDIAAN MENTEL, FIZIKAL Oleh Basir Zahrom SELAIN mengulang kaji, pelajar juga perlu menunjukkan komitmen tinggi serta membuat persediaan mental dan fizikal sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, kata Pegawai Pelajaran Daerah Mukah, Abdul Wahab Sepawi. Selain itu, katanya, calon peperiksaan berkenaan juga perlu berusaha dan memperlihatkan hasil daripada pelbagai kemudahan disediakan untuk membantu mereka berjaya dalam pelajaran. “Contohnya, jangan anggap seminar peperiksaan yang dianjurkan ini dengan mudah memberi kejayaan, sebaliknya pelajar perlu memanfaatkannya bagi mendapatkan hasilnya. “Pelajar perlu berusaha gigih bagi memperlihatkan hasil daripada pelbagai kemudahan yang disediakan untuk mereka. “Sehubungan itu, segala tunjuk ajar penceramah hendaklah dimanfaatkan kerana program ini peluang keemasan pelajar meningkatkan penguasaan kemahiran,” katanya pada majlis perasmian Seminar Skor A SPM anjuran Yayasan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) di Mukah, Sarawak, baru-baru ini. Sumber : Berita Harian Online 23/07/2009 assalamualaikum, cg sy nak tahu ttg konsep kemahiran belajar dan kepentingannya.. Farah Hawani, KEMAHIRAN BELAJAR adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR 1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek. 2. Memupuk disiplin belajar. 3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat. 4. Meningkatkan daya ingatan. 5. Pengurusan masa yang berkesan. 6. Memantapkan pembelajaran individu. 7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri. 8. Membina budaya belajar yang betul dan #1 written by Cg Narzuki about 5 years ago #2 written by Cg Narzuki about 5 years ago #3 written by Cg Narzuki about 5 years ago #4 written by Cg Narzuki about 5 years ago #5 written by Cg Narzuki about 5 years ago #6 written by Cg Narzuki about 5 years ago #7 written by Cg Narzuki about 5 years ago #8 written by Cg Narzuki about 5 years ago #9 written by Cg Narzuki about 5 years ago #10 written by Cg Narzuki about 5 years ago #11 written by Cg Narzuki about 5 years ago #12 written by ana about 5 years ago #13 written by Cg Narzuki about 5 years ago #14 written by shafiq about 4 years ago #15 written by Cg Narzuki about 4 years ago #16 written by shafiq about 4 years ago #17 written by Cg Narzuki about 4 years ago #18 written by ameerul about 4 years ago #19 written by Cg Narzuki about 4 years ago #20 written by Cg Narzuki about 4 years ago #21 written by masliza about 4 years ago #22 written by Cg Narzuki about 4 years ago #23 written by dayana about 4 years ago #24 written by Cg Narzuki about 4 years ago #25 written by aidil about 4 years ago #26 written by Cg Narzuki about 4 years ago #27 written by hana about 4 years ago #28 written by Cg Narzuki about 4 years ago #29 written by ela about 4 years ago #3
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 02:49:37 +0000

Trending Topics




© 2015