info:berita harian admin:abeel Pahang bawa bekalan tipis Conti - TopicsExpress



          

info:berita harian admin:abeel Pahang bawa bekalan tipis Conti muncul wira ledak hatrik bantu Pahang benam PKNS 3-2 Kuantan: Matias Conti muncul wira selepas meledak hatrik untuk membantu Pahang merakam kemenangan 3-2 ke atas PKNS FC pada perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam tadi. Babak pertama menyaksikan anak buah Dollah Salleh bermula garang apabila meledak gol hanya 38 saat selepas wisel sepak mula, hasil jaringan mudah Conti yang menyempurnakan hantaran lintang R Gopinathan ketika penjaga gol PKNS FC, Remezey Che Ros sudah tertewas. Conti hampir meledak gol kedua tujuh minit kemudian apabila Gopi sekali lagi melepasi benteng PKNS FC tetapi hantarannya tidak sempat ditampan penyerang Argentina itu yang hilang keseimbangan di depan gawang. Lorongan bijak Nazmi Pahang yang menguasai setengah jam pertama perlawanan seharusnya mendahului dua gol tetapi jaringan minit ke-28 Damion Stewart dibatalkan pengadil kerana dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid ketika sepakan percuma diambil rakan sepasukan. Anak buah Abdul Rahman Ibrahim bagaimanapun mula mendapat rentak dengan Nazmi Faiz Mansor bijak mengawal bahagian tengah, dan dua gol pantas menerusi Patrick Ronaldinho (m-37) dan Mohd Lot Abu Hassan (m-38) meletakkan pelawat di depan. Selepas rehat, tuan rumah kembali menggandakan asakan dan Conti sekali lagi merobek gawang pelawat dengan menanduk masuk hantaran R Surendran pada minit ke-50. Conti melengkapkan hatrik lapan minit kemudian selepas memanfaat bola muntah Remezy yang cuba menangkap rembatan padu Amirulhadi Zainal. Pahang akan bertandang ke Stadium Shah Alam Jumaat ini untuk perlawanan timbal balik yang akan menentukan tiket ke separuh akhir
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 01:58:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015