jikalau ada masa cubalah masuk ke dalam perpustakaan - - TopicsExpress



          

jikalau ada masa cubalah masuk ke dalam perpustakaan - perpustakaan universiti. anda akan merasakan kecewa sepertimana saya merasakan kecewa.. maka kami mula memikirkan konsep universiti baru.. (yang sebenarnya telah pun wujud) iaitu sebuah tempat, di mana, kita boleh berdiskusi apa - apa sahaja, belajar apa sahaja, membaca apa - apa sahaja.. dan assignment adalah sebuah pelepasan pensyarah ke atas anak - anak yang disyarahnya supaya tidak mempersoalkan keilmiahan pensyarah.. bayangkan setiap pagi kita di konsep universiti baru ini, adalah membaca buku demi buku sampai ke petang - diselangi menulis satu ke dua jam - malamnya pula adalah kegiatan diskusi sampai awal pagi (1 pagi minima) hari ini di dalam kelas, pensyarah - pensyarah buat apa? siapa aje yang masuk ke dalam perpustakaan? memang kita benar - benar telah menjadi modal insan, yang belajar pandai - pandai, untuk menjadi kaki dan tangan kepada pemodal - pemodal di luar.. kita tiada masa untuk berfikir sebab itu, buku banyak - banyak dalam perpustakaan pun adalah tidak berguna, jika kau pun tidak ada masa untuk membaca, jika pensyarah - pensyarah sendiri tidak jelas fikrah keilmuannya.. jika pensyarah sendiri pun malas membaca buku, anak murid apatahlah lagi.. maka sebab itu mereka melunggukkan kepada kita sekian banyak assignment, tetapi tidak melorongkan kita untuk menghabiskan seberapa banyak yang mungkin buku - buku yang berada di dalam perpustakaan.. buku - buku yang banyak di dalam perpustakaan adalah tidak berguna, jika tidak ada sesiapa yang nak mengusiknya
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 04:01:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015