kegilaan yang tak dapat dijerat mahupun disekat. kegilaan yang - TopicsExpress



          

kegilaan yang tak dapat dijerat mahupun disekat. kegilaan yang menggila. kegilaan itu dari tadi mengganas bagaikan ada sesuatu yang tak dapat memuaskan kehendak nafsunya. kehendak untuk melakukan sesuatu yang membuak-buak, kemudian dihalang. suatu perasaan kegilaan yang gila. sungguh, fikirannya entah ke mana tika itu. dia mungkin secara lahiriahnya berada di malaysia, namun pemikiran, rohaniahnya berada di planet lain. sedang dia berdiri di platform LRT Abdullah Hukum itu, akalnya berada di planet Marikh, berjalan-jalan, menangkap gambar kenangan bersama sahabat tersayang, mengupdate status di muka buku serta menaiki kereta Lamborghini sambil menghirup udara yang ketiadaan oksigen. mungkin otaknya sudah tepu, tidak dapat menghadam segala fakta yang dilemparkan. setiap perkataan yang di singgah di gegendang telinga melintasi saluran 2, bagaikan angin lalu. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. pergerakan orang sekeliling bagaikan diperlahankan oleh sesuatu. semunya bergerak dalam gerak perlahan. budak berlari, buih-buih belon yang ditiup ke udara, perempuan yang membetulkan solekannya, lelaki tua memegang tongkat yang sedang memarahi cucunya kerana berkelakuan tidak sopan dan sebagainya. inikah gila? kaget dengan situasi itu, dia berhenti berfikir untuk berfikir. selama ini dia terlalu banyak berfikir, dan buah fikirannya tidak terluak walau sekutil pun. fikirannya kini menjadi virus yang membunuh fikirannya sendiri. selama ini dia begitu rajin berfikir, sehinggakan fikirannya itu menguasai dirinya. nagaikan ada suatu entiti baru yang wujud daripada pemikirannya sendiri. dia tenggelam, lemas dalam ketaksuban berfikir. jawapan yang sebenarnya memerlukan seorang pakar menjawabnya, dia cuba menyelesaikannya sendiri. kesannya, dia seperti sekarang ini. gila dalam memikirkan kegilaan yang menggila. kabur. malam belum tiba, tetapi dunianya sudah gelap.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 14:39:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015