kenali 10 jenis pemanis makanan Pembentangan belanjawan negara - TopicsExpress



          

kenali 10 jenis pemanis makanan Pembentangan belanjawan negara baru - baru ini menyaksikan harga gula akan dinaikkan berikutan pengurangan subsidi gula. Sebagai pengguna , kita pasti akan terkena tempias kenaikan harga gula ini. Biarpun saya jarang membeli gula, namun pastinya saya akan terkena kesan kenaikan harga gula. Kebanyakan masakan menggunakan gula, hatta sambal nasi lemak kerana fungsi gula bukan sahaja sebagai pemanis makanan tetapi sebagai pengawet dan pewarna semulajadi (karamel). Berikut adalah pemanis utama makanan yang terdapat di pasaran yang menjadi pilihan pengguna. Gula pasir Kebanyakan gula pasir yang didapati di Malaysia ialah jenis gula tebu. Struktur kimianya dikenali dengan nama sukrosa. Pengambilan gula ini secara berlebihan menyebabkan kadar insulin yang dikeluarkan tubuh akan meningkat dan boleh menyebabkan gangguan pada sistem tubuh. Kencing manis atau diabetes jenis II, merupakan penyakit yang biasa berlaku disebabkan pengambilan gula berlebihan. Ini kerana, kalori pemanis jenis ini dalam lingkungan 20 kalori dalam 1 sudu teh. Sedangkan kajian menyatakan seorang lelaki hanya perlu mengambil 120 kalori gula dalam sehari bersamaan dengan 6 sudu teh gula. Bagi wanita , kadarnya lebih rendah iaitu 100 kalori gula sehari. Namun , ramai yang tidak sedar, gula jenis ini berada dalam hampir semua makanan termasuklah sos cili, mayonis, makanan bermasak, makanan dalam tin, makanan dalam bungkusan. Ini kerana selain sifatnya sebagai pemanis, ia juga boleh bertindak sebagai pengawet makanan. Contoh produk ialah jem buah - buahan. Masalah kita sebagai pengguna , kita jarang mengambil tahu kandungan gula di dalam makanan berbungkus seperti itu. Contohnya, dalam soda minuman, kandungan gula adalah sekitar 9 hingga 11 sudu teh gula. Jadi berapa kalori gula dalam soda minuman tersebut? baca selanjutnya di sini zunairahghani.blogspot/2013/10/10-jenis-pemanis-makanan.html **************************************** Mahu menulis dan kongsikan kepakaran anda, boleh daftar kelas asas blog & fanpage sekarang
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 16:47:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015