kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan - TopicsExpress



          

kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri pada 2012 yang mengumumkan bahawa kerajaan telah menandatangani perjanjian pengimportan gula mentah selama tiga tahun pada harga $AS25 bagi setiap 45.36 kilogram. Perjanjian itu dikatakan dimeterai untuk tempoh tiga tahun bertujuan melindungi harga pasaran gula mentah supaya berada di bawah $AS26 bagi setiap 45.36 kilogram sedangkan harga pasarannya ketika ini hanyalah $AS18.91 bagi setiap 100 paun atau 45.36 kilogram. Ini bermakna jika kerajaan menandatangai perjanjian pengimportan gula mentah itu berdasarkan harga pasaran dan tidak menjadi terlalu cerdik dengan bersetuju pada kadar $AS25 selama tiga tahun, sudah pastilah negara kita akan menikmati harga gula yang lebih rendah, biar pun tanpa subsidi. Tindakan membeli gula mentah pada harga yang mahal ini bukan saja menunjukkan kerajaan yang ada dan pemimpinnya terlebih cerdik dalam berurusniaga sedangkan seringkalai melaungkan slogan membela rakyat, tetapi juga menunjukkan kemungkinan berlakunya amalan rasuah dan mengutip wang di bawah meja dalam perjanjian tersebut.
Posted on: Fri, 01 Nov 2013 17:05:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015