kita ni sanggup buat solat hajat, berdoa panjang-panjang untuk - TopicsExpress



          

kita ni sanggup buat solat hajat, berdoa panjang-panjang untuk rakan seIslam kita nun jauh di sana seperti umat Islam di Palestin, Syria, Mesir mahupun Utara Burma. tapi pada masa yang sama kita buat Solat Hajat dan berdoa agar saudara mara kita yang berbeza pandangan politik di sini agar dapat musibah dan keburukan. Mungkin mereka jauh hubungan darah dengan kita atau bukan saudara mara seibu sebapa se nenek se atauk. Tapi kita mungkin tidak sedar mereka mungkin bersaudara rapat dengan jiran-jiran kita , biras atau saudara mara belah isteri atau suami kita. berbeza pendapat tidak perlulah sampai mendoakan musibah untuk orang Islam yang lain. Adakah ini ajaran dari Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat utama. Jika ia sila kemukakan bukti dan dalil. Jika tidak silalah ubah sikap kita walaupun kita masih berbeza pendapat dan pandangan politik
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 23:07:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015