mencadangkan kepada gerakan - gerakan bermotif politik Islam, agar - TopicsExpress



          

mencadangkan kepada gerakan - gerakan bermotif politik Islam, agar mula belajar ekonomi, menjadikan ekonomi sebagai silibus di dalam usrah dan perbincangan, tajuk seperti IMF, TPPA, New World Order (Isham Rais selalu bincang) dan lain - lain yang asas dalam ekonomi hari ini seperti Kapitalis dan Sosialisme, atau jika tak mahu Sosialisme, apakah alternatif ekonomi selain dari itu? Perkara ini sangat penting sekali dibuat dari meratap - ratap dengan apa yang berlaku Timur Tengah. Budak - budak Azhar pun, saya melihat kamu semua sangat pasif, jumud dan beku, dan cuma reti share apa yang berlaku, tetapi tiada mahu mengusulkan, atau mengajukan sistem ekonomi apa yang kamu rasa ideal untuk menyelesaikan permasalahan - permasalahan sekurang - kurangnya di negara kamu. apakah kamu mahu mengulang kalam - kalam guru kamu, presiden kamu yang sangat lost dalam permasalahan ekonomi? apakah kamu semua ingat "Pemerintahan Islam " itu sekadar teriakan Takbir, Allahuakbar? orang - orang seperti kamulah yang mendatangkan fitnah kepada Islam dan umat Islam. via- Benz Ali -Anak Jebat-
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 06:19:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015