#novelcinta Bagaimana mencipta idea novel cinta dari novel - TopicsExpress



          

#novelcinta Bagaimana mencipta idea novel cinta dari novel cinta orang lain? Penulis memilih satu plot yang menarik perhatian ketika membaca. Dari situ penulis membangunkan satu lagi novel baru. Tanpa terpengaruh dengan cerita sedia ada. Contoh. Kita membaca novel cinta berkaitan seorang suami yang kerap mengirimkan surat demi surat kepada isteri hanya selepas beliau meninggal dunia. Itu satu cara isterinya kekal bersemangat hidup selepas si suami meninggal dunia. Itu cerita novel penulis. Saya terfikir. Kita mendapat idea, Novel ini tidak cerita pun siapa yang meletakkan surat-surat itu. Bagaimana jika kita bangunkan kisah seorang lelaki yang meletakkan surat-surat harapan di pintu-pintu rumah orang yang diketahui sudah putus harap dengan hidup. Sehinggalah salah satu surat itu adalah titik temunya dengan jodohnya. Plot, konflik, klimaks disusun. Dari satu novel (orang lain) mencetus satu lagi novel (milik kita) Kita akan bersembang lebih lanjut pada 8 - 9 Februari di Auditorium Karangkraf ketika bengkel penulisan novel cinta di bit.ly/novelcinta
Posted on: Sat, 25 Jan 2014 01:20:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015