perasan tak kalau kita order satay, mesti akan diserve dengan - TopicsExpress



          

perasan tak kalau kita order satay, mesti akan diserve dengan timun? kalau kita makan chicken chop atau steak, mesti akan dihidang dgn fries, mashed potato atau corn cob? org melayu panggil benda2 sampingan tu sebagai "pemati makanan". dari segi sains, ianya mmg tepat sebab biasanya benda2 berdaging ni berasid - pH 5 biasanya. kentang dan jagung tu biasanya akan duduk kat pH 8. pH ideal utk badan manusia ialah 7.3-7.5. jadi secara tak langsung kehadiran "pemati"2 makanan tu bertujuan menyeimbangkan kadar pH badan kita agar tidak terlalu berasid - dapat mengelakkan risiko lambakan asid urik yg jika dibiarkan akhirnya memungkinkan kita terkena penyakit berkaitan asidik seperti gout, gastrik dan sebagainya. begitu juga kehidupan manusia - kita ni banyak lakukan dosa sama ada kita sedari atau tidak. dan kekadang dosa2 tu mmg "sedap" dilakukan - sesedap makan ayam goreng kentaki. jadi bagaimana caranya nak menyeimbangi dosa kita? selain bertaubat, kita hendaklah konsisten mengamalkan "pemati dosa" iaitu amal kebaikan. dan sebagaimana nasihat pakar2 permakanan yg menyatakan makan sayur dgn banyak tu baik utk kesihatan, maka melakukan amal kebaikan sebanyak yg mungkin itu juga baik utk kehidupan kita sebagai manusia. jackie chan dalam filem "karate kid" berkata "kung fu ada dalam setiap kehidupan kita, apa yg kita lakukan, bagaimana kita bersikap". jomlah kita ejas kepada "ISLAM itu ada dalam setiap aspek kehidupan kita, apa yg kita lakukan, bagaimana kita bersikap".
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 16:39:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015